Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Friday, June 22, 2012

Aktiviti wajib mingguan yang di lakukan oleh aku

Aktiviti utama aku bila tiba hujung minggu adalah tak lain tak bukan adalah memancing. dalam seminggu 2 kali. itu sudah semestinya. hehe, kalau tools semua ok, kondisi diri stabil tak demam,  dan paling penting mendapat lampu hijau dari wife (sebelum nak pergi mancing, belanja KFC dan bawa pergi shopping, haha).

Memancing ni memang boleh dikatakan macam Investment. haha, labur dulu duit, kalau untung dapat pulangan lumayan, kalau tak, balik tangan kosong! hehe.  korang bayangkanlah, umpan je udang harimau, sotong, kerang, roti, sekali beli umpan RM 20.00 satu jenis. So korang darab kan lah, Tapi ada cerdik pandai pernah berkata, duit beli umpan tu kalau beli ikan kat pasar banyak dapat! pui, memang la, inikan hobi! yang penting kepuasan! rugi takpe yang penting kami puas walaupun bawa balik gelama sebesar ibu jari. haha.


Bila dah buat investment dan duduk dari petang sampai ke lewat malam, dapat pula pulangan yang tidak setimpal dengan beli umpan! arghh. kadang-kadang aku dapat gelama, dapat anak duri, dan yang paling aku rasa macam nak pitam, haha bila dapat ikan buntal dan sirat (ular air). Kalau dapat anak gelama atau gelama dewasa balik boleh goreng. hehe.

Tapi itulah hobi sang lelaki, kalau perempuan minat shopping, si lelaki, suka pergi memancing. Jangan dihalang hobi sang lelaki ini, boleh demam dibuatnya bila tak dapat pergi memancing. Biarkan sang lelaki mencari rezeki demi sesuap nasi untuk keluarga, kalau tak pergi memancing, alamatnya tak berasap la dapur jemahh oi.. yehaa.

Aktiviti 'Wajib' Mingguan

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.