Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Tuesday, July 03, 2012

Bola Tepuk (Dalam Kenangan)

Bola Tepuk (Dalam Kenangan)

Andai dapat ku undurkan masa, sudah pasti aku akan kembali ke zaman kanak-kanak. Banyak kenangan dan saat manis masa tu.

Masa kecik-kecik, kitorang suka main bola tepuk. dulu belum ada psp dan play station lagi. paling power pun micro genius game (pakai tape).

So, kitorang main game bola tepuk jela. guna kotak rokok ataupun kotak fab (sabun serbuk), kerat 5cm panjang x 3 cm lebar, lebih kurang macamtulah, lepas tu lipat 2 macam gambar kat atas.

Siap ada nama, corak jersi dan nombor lagi, team aku brazil, italy dan france. Memang best! Masa tu, player aku yang paling power, ialah Romario, Zinho dan Baggio. Kalau attack comfirm goal! haha.

Diorang sanggup pijak buffon.

Yang lagi best, keeper aku masa tu, buffon! walaupun guna kertas kad je, tapi kehebatan buffon ini, sama hebat macam buffon original yang diatas padang betul! serius!. haha. dia punya cekap, bukan main lagi. Member2x semua takut, bila jumpa team aku, sebab ada buffon! haha.

Emm, agak agak korang, kalau aku ajar/ajak anak aku main game ni, dia menyumpah2x tak? haha 

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.