Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, July 09, 2012

Dugaan Di Bulan Syaaban


Dugaan datang dan terus datang, mungkin aku telah terpilih oleh Tuhan untuk diuji dan aku percaya, setiap dugaan ringan mahupun berat, pasti ada hikmahnya dan akan terpancar keindahan dan kebahagiaan selepas itu. hehe

Pertama, tayar kereta aku, empat biji rosak, kata seorang pomen. dia kata lagi kena tukar, sebab tayar dah lebam di bahagian dalam. Alahai tayar pun boleh lebam ke? aku kena tipu ke apa ni? nampak macam pomen tu jujur.

Aku dah mula risau, so, tukar 2 biji dulu, sebabnya, hari-hari aku guna kereta. Tujuan aku datang kedai tayar, untuk buat allignment & balancing tayar, supaya tak gegar dan mengelupur diatas jalan. haha, tapi macam-macam hal jadinya.

Dulu satu tayar 14 inci, harga dalam RM 125-130, tapi sekarang dah RM 145, cekik darah betul! kalau 4 tayar dah berapa! Tayar boleh melotop bila-bila masa kalau aku tak tukar, pomen cina tu kata. alahai. aku pun terus tukar, tapi hanya dua tayar ! 


Bila tukar tayar, jumpa problem lain!! breakpad dah haus! perghh! duit lagi. satu kotak breakpad harga atas kotak RM 95 ringgit. adoi.! so, semua totally RM 431.00! baru awal bulan ni!!

Secondly, Skrin komputer rosak! keluar garis garis dan white screen, sebab bila test skrin monitor lain, ok je. cuma di laptop tak nampak!! 

Survey harga kat PC World dan kedai komputer , harga repair dan tukar hardware RM 480.00, nak taknak aku kenalah tukar, sebab aku punya periuk nasi adalah LAPTOP! takde laptop tak boleh cari makan! 

Dan dugaan yang ketiga, Motor second baru dibeli bulan lepas,  kaburetor buat hal, timing kejap tinggi dan rendah, tanya kedai, kena tukar kaburetor. mau dekat RM 150.00 harga dia. pui!

Tercunggap-cunggap bulan ni la, lagi dah nak puasa dan raya ni. terbantut nak kasi duit raya lebih tahun ni. haha

Be cool, cool...dengar muzik blues la macamni. haha

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.