Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Tuesday, July 10, 2012

Barang Lusuh Yang Semakin Dilupakan


Aku memang suka kumpul kaset 10 tahun dulu.dalam satu bulan tak beli satu kaset tak sah! dan kaset pertama aku beli adalah N,SYNC-Tearin Of My Heart, masa tu umur aku lebih kurang 12 tahun. dalam darjah 6 kot! haha. second kaset boyzone dan seterusnya KRU-oh la la, lepas tu banyak rock dan metal menguasai rack cassette, haha.

Tapi , perkembangan pesat ICT di zaman moden ini , aku semakin memandang serong terhadap kaset, bagi aku melecehkan! kaset punya player di radio asyik rosak je, tali kaset, asyik terbelit belit. tension, kaset yang aku pernah beli 4 kali, adalah helloween-keeper of the 7 keys part II.Paling tak dilupakan, radio hangit terbakar, masa pasang lagu Master Of Puppet-Metallica. haha.

Aku kira-kira, hampir 5 radio kaset aku tukar, semata mata disebabkan nak dengar lagu dari kaset kesayangan aku.

Tapi aku beruntung, kerana aku masih simpan kaset aku walaupun dah berhabuk! haha. aku pernah terniat dalam hati, yang aku akan tunjukkan kepada anak aku suatu hari nanti, inilah kaset dan lagu yang daddy dengar dulu-dulu! haha. comfirm rare! hehe

Sanggup kumpul duit sekolah semata mata nak beli satu kaset berharga RM 19.90-RM 20.00 sen. bila hari raya, dapat je duit angpow, hari raya pertama dah terpacak kat kedai kaset, beli 3 atau 4 buah kaset.  

Balik rumah je terus pasang kuat-kuat! paling mahal aku beli kaset kat kedai bundle di terminal one seremban, dari melaka naik bas semata mata nak beli 1 kaset. haha. harga dia RM 32.00, sebab  susah cari. kaset tersebut adalah D'Cromok-Metallurgical IV. peh!

Dari berpuluh-puluh kaset aku kumpul, hampir cecah ratus rasanya, kini yang tinggal cuma berberapa sahaja. dan ada yang sudah semakin lusuh dan rosak, dan ada yang member pinjam bertahun-tahun, tak pulangkan. buat harta!

Sekarang ni, dah tak dengar kaset lagi dan susah nak jumpa player yang yang boleh mainkan kaset, dalam kereta pun, player dah guna CD. hehe

Sekarang ni, kaset telah menjadi antik ! serius! harga makin tinggi. cuba klik ini. , itu tak mustahil dan tak semua kedai kaset ada album yang kita mahu!


Sampai salotap kaset nak jaga punya pasal. haha. siap ada tulis tarikh masa beli dan tandatangan, masa belek belek kaset lama ni, bila kira-kira balik, ada yang dah lebih 10 tahun dah beli pun ada. haha, bau perfume kat cover abum pun masih ada lagi. haha.

Banyak kaset yang telah hilang dan tak dapat dikesan. ini je yang dapat di himpunkan semula! hehe.

ini album Helloween - Keeper Of The 7 Keys Part II (Epic Speed Metal)
Ini kaset yang ke-4 aku beli. haha, paling latest beli 2005!!

Beli masa tahun 1999, kaset pertama helloween aku beli.

Lelong! Lelong! wings ada, megadeth ada, nostalgia ada, casualties ada, sex pistols ada, ACAB ada. haha

9 comments:

  1. wow!
    banyak nye koleksi..
    kalah saya..hehe
    saya pon ada gak kawan yang jenis pinjam kaset pastu xnak pulangkan...
    kaset EMINEM tu,kesayangan hamba...
    bila paksa2 baru pulangkan..
    tu pon ada rosak sikit,grrr
    sabar aje la...

    ReplyDelete
  2. Jenis Dah Pinjam Tak Reti Pulangkan.
    Kalau Dengar Kaset Ini Semua Balik, Banyak Yang Dah Kelam, Span Pun Dah Keras, Kena Lembutkan Balik. Hehe

    ReplyDelete
  3. ada gak yg antara kaset2 tu akak teman kan ur mrs belikan....x caya tanya kembornya

    ReplyDelete
  4. Tau......! haha...Steady Jemah! hehe

    ReplyDelete
  5. Acik dulu simpan jugak tapi bila semut dah start berumah kat dalam, Acik humbankan semuanya.

    ReplyDelete
  6. woahhh kool! abg long aku pon org yg tegar kumpul bnda2 antik2 mcm kaset, piring hitam. siap frame kan kat dinding rumah dia hahaha

    ReplyDelete
  7. bro, ade share tips bersihkan kaset lama tak...

    ReplyDelete
  8. bro, ade share tips bersihkan kaset lama tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde bro..biasanya bersihkan manual..guna berus dan basahkan span hee

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.