Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, July 13, 2012

Hati Hancur Lebur

Hati Hancur Lebur

Peh, semalam kena saman trafik dengan encik polis ala-ala roadblok speedtrap. Time kena tahan, aku pun cakap la dengan encik polis tu, eh saya pakai tali pinggang tuan. kenapa nak saman saya pula?

Encik polis kata , awak pakai depan saya je, tapi sebelum ni awak tak pakai, bos saya (bos encik polis) dah perhatikan dari awal lagi, memang awak tak pakai. pergh, ada pengintip rope-ropenye di berberapa kilometer dari roadblok tu! .haha, so diam jelah, sebab dah buat salah, tak boleh nak keledek! haha


Hancur lebur hati ini, bila kena saman trafik, mandatori rm 300 pula!!! No diskaun eh?? encik polis tu kata, kalau bayar sebelum tarikh yang ditulis dalam kompaun boleh dapat kurang. so, kena bayar cepatla sebelum duedate pembayaran!

Di kaunter pondok polis di suatu tempat yang lain. Aku panik dan mengelabah bila makcik polis kata tak dapat diskaun, ini mandatori, katanya, awak kena bayar RM 300.00 juga! adoyai telokop duit aku.. tak dapat diskaun dik! makcik polis berpangkat tinggi tu senyum je.

Atas jasa baik makcik polis, aku berjaya mendapat diskaun gila-gila macam hari jcard.haha. terima kaseh makcik polis, bukan calang calang rope-ropenye pangkat makcik polis tu.Tapi makcik polis tu garang.

Makcik polis sempat menceramahi aku. haha. aku mengaku aku buat salah. so, bila dah buat salah tu terima jelah kesalahan tu dengan rasional. hehe.

Lepas ni comfirm pakai seatbell ! jangan main-main ar, serik!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.