Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, July 20, 2012

Pejam Celik

Pejam celik2x, rupa rupanya esok dah puasa. rasa sekejap je masa berlalu. Bulan ni aku nak khusyuk solat terawih la, macam biasa buat 8 rakaat dan witir 3 rakaat, nak duduk saf barisan hadapan.

Kalau kat surau aku buat 8, kat surau/masjid korang? buat 8 ke, buat 20 ke, buat 39 rakaat ke, apapun terpulang kepada masing-masing, untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap penciptanya. Apa yang penting, selesaikan solat bersama imam, jangan sekerat jalan. hehe

Bulan puasa ni memang seronok dan senang nak keluar malam. haha. yelah lepas terawih boleh mengeteh bersama rakan rakan jemaah. Time balik rumah pula, macam buat 40 rakaat. haha

Kurangkan mencarut dan cakap kasar, maklumlah orang Melaka memang dah sinonim. Cakap je kasar, tapi hati baik! percayalah. haha

Tak sabar nak tarawih! hehe.Bulan puasa adalah bulan pengampunan dosa. pintu syurga terbuka luas. pendek kata bulan BONUS untuk dapat pahala. selamat berpuasa!

2 comments:

  1. selamat berpuasa n bertarawih abg amar...jgn balik lewat2.ingatlah wife tersayang besame anak2 tersayang menanti anda di rumah. :p

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.