Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, August 27, 2012

Semasa Kamu Tidur

Semasa Kamu Tidur

haha...beware ye. Korang nak tahu apa yang berlaku di bilik air anda semasa korang tidur? haha, emm korang ada rasa masam-masam manis tak atau kelat2x ?haha

Internet Di Handphone

Kami guna post-paid. every montly buat bayaran. tak ambil pun internet package or upgrade plan.

Credit limit aku RM 275.00, Suplementary line limit RM 60. Bila kami mahu guna internet via mobile, kami guna wireless.no charge!


Saturday, August 25, 2012

Sindir Jalan Berlubang

sindir

Haha sindiran terbaik kepada menteri atau pihak berkuasa terhadap kerosakan jalan berlubang. haha

Jika aduan anda tidak diendahkan dan tiada tindakan dilakukan setelah 76 kali aduan dibuat. ini makan dia. buat sesuatu di jalan berlubang dan ambil gambar. lepas tu hantar pada pihak berkuasa tersebut. haha


Mengapa? Haha

Mengapa? Haha

Akibat Gila Facebook

Akibat Gila Facebook

Inilah akibat kalau makan, minum, mandi facebook, jangan terlalu leka dengan game ramalan dari facebook. 100% tak boleh percaya. untuk seronok2x je. haha...

Nama pun ramalan kan? kan? So, dont take too serious, just fun je oklah. haha

Korang macamni ke? haha

Friday, August 24, 2012

Dalam Dilema

DALAM DILEMA

Aku tak boleh cakap kuat2x nanti cik fish (kelisa) dengar, dia merajuk nanti. baru plan ni haha

korang jangan tak percaya pula, kereta pun terer merajuk. korang tak percaya cuba la cakap nak tukar kereta, mesti ada yang tak kena nanti dekat kereta hang. hah, itu tandanya merajuk la tu. haha

APTB

APTB

Pui jalan punya la lurus bawa kereta punyalah lembab. bawa kereta cc tinggi tapi macam naik basikal. bukannya ada kereta pun kat depan tu, ingat la orang belakang sikit, jalan raya ni bukan pak hang punya. cc 2.0 bawa 30 km/jam.

Thursday, August 23, 2012

Love Monster

jpop

Aku bukanlah peminat k pop, bila sebut kpop je aku meluat sebab lagu dia tak feel langsung, mendatar dan dance je lebih. tak macam dengar lagu r azmi dan p ramlee. haha

Wednesday, August 22, 2012

Sesi Bergambar Aidilfitri 2012

Sesi Bergambar Aidilfitri 2012

Hari raya kalau tak bergambar dan berkumpul beramai ramai memang tak sah. inilah rutin keluarga besar kami bila tibanya aidilfitri setiap tahun.

Tahun ni jumlah saudara mara yang bergambar agak kurang berbanding aidilfitri sebelum ini. ramai yang pulang ke rumah mertua. hehe

Kadang-kadang, bila belek gambar2x lama, terkenang keriuhannya semasa gambar tersebut diambil dan bolehlah kita tunjukkan gambar ini pada anak cucu cicit kita suatu hari nanti untuk tatapan mereka. hehe

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya eh. maaf zahir dan batin. jemput datang rumah.

Tahun ni buat program pelita raya kat kampung, tapi kat rumah sendiri tak pasang pelita. alahai hehe. oklah. kepada korang yang nak balik ke kampung halaman, pandulah dengan cermat jiwa selamat.

Berakhir Sudah

Berakhir Sudah

Berakhir sudah program tahunan pemuda kampung aku sempena menjelang syawal tahun ini.

Thursday, August 16, 2012

Seindah Sakura

Seindah Sakura

Kepada semua yang mengenali saya, saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir dan batin. tahun ni tema baju raya kaler kelabu, korang? pagi raya nak makan rendang dan kuah kacang puas-puas. yehaa!

Sorry eh, kalau ada terkasar bahasa ke, tercarut atau apeke. biasalah orang melaka. cakap kasar tapi hati baik.

 haha. kalau korang  kecil hati ke apeke  harap korang maafkan. nak duit raya, datang rumah. aku memang tak keluar rumah. sebab nak tengok EPL new season dan makan ketupat puas-puas. 

Wednesday, August 15, 2012

Klasik terbaik

Klasik terbaik
Bila tiba hari raya, urusan kiriman ucapan makin canggih, semuanya melalui online. ucapan dan permohonan maaf hanya melalui sms dan laman sosial. bagi mereka itu sudah memadai. 

Walaupun rakan fb kita sent beribu-ribu ucapan sms dan tag kad raya sekalipun di wall fb kita, feel dia takkan sama berbanding dengan kita terima sekeping kad raya, walaupun tak cantik!. Serius! korang ada rasa feel raya ke? haha

Tuesday, August 14, 2012

Berguna

Berguna
haha, terima kasih la aku ucapkan kepada sesiapa yang conteng nombor telefon bertulis "motor bocor 018-&****#*^8" di pam angin stesen minyak. tak sia sia aku salin nombor tu kat dalam handphone. nasib baik aku fikir panjang! haha. yelah mana tahu nak jadi hal. malang kan tak berbau.

Benci

Seperti biasa bila dah nak dekat syawal ni, semua orang terkocoh kocoh nak beli baju raya, raya rasa macam tak bermakna kalau semua benda tak baru.

Aku pun tak terkecuali mahu baju,seluar raya baru. bonus dah dapat, rezeki makin bertambah tambah, so? asalkan jangan melampau lampau pembaziran sudahlah.

Masalahnya, aku tak suka shopping. serius dan entahlah. time shopping paling terbaik bagi aku adalah 5 minit. capai dan blah. 

So, aku hanya beri wang saku raya pada wife dan biarkan dia yang pilih dan belikan.  simple kan? haha

Monday, August 06, 2012

Design T Shirt Jozan Melaka

JOZAN

Curi dan pecah

Curi & Pecah

Cermin kereta korang pernah kena Curi dan pecah dengan penyamun tak?

Dua minggu lepas, kereta adik aku, cermin kereta dia kena pecah, bila tanya apa barang yang hilang. dia kata laptop, padahal laptop tersebut telah disembunyikan disuatu tempat mustahil untuk dilihat, tinted pula gelap, masalahnya disini dia sleep mode.

Kreatif Si Sekular

Kreatif Si Sekular
Ini permandangan diwaktu siang. haha.

Permandangan ini mungkin tiada di Malaysia dan hanya terdapat di negara sekular republik seperti Indon.  Kalau kat malaysia macamni comfirm  macam2x spekulasi politik negatif timbul, kat malaysia ni politik kebencian diterapkan. semua benda dicampuradukkan.

Saturday, August 04, 2012

Scan the virus

Scan the virus
haha. korang jangan terkejut, kalau ada orang scan komputer macam ni. satu kaedah baru untuk menghapuskan virus serta merta.

Friday, August 03, 2012

Jangan bergerak! karang hah ni makan dia

Jangan bergerak! karang hah ni makan dia

Haha. kan bagus orang elektrik ni ada kat melaka. senang nak charge handphone bila emergency case.

Semuanya dalam kenangan

Semuanya dalam kenangan

Dah lama tak balik kampung dekat batu anam, johor. dulu masa kecik2x arwah atok selalu bawa kami jalan-jalan kat area tangkak dan pekan segamat.

Kitorang pergi jalan-jalan kat stesen keretapi ,tengok keretapi lalu, makan KFC. beli jajan.  memang best.haha
Duit Dari Internet