Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, August 24, 2012

APTB

APTB

Pui jalan punya la lurus bawa kereta punyalah lembab. bawa kereta cc tinggi tapi macam naik basikal. bukannya ada kereta pun kat depan tu, ingat la orang belakang sikit, jalan raya ni bukan pak hang punya. cc 2.0 bawa 30 km/jam.

Aku selalu berhadapan dengan situasi macam ni di jalan raya, tapi paling aku sakit hati bila nak kejar lampu isyarat hijau. bukan main slow macam siput dia bawa. mentang2x la dia bajet dia lepas. bila tiba time aku, aku yang melepas. dia lepas! pui selfish!

Kalau warga emas tu takpelah juga, kita faham, boleh consider sikit.

Akulah kalau bawa slow dan depan clear, bila ada kereta laju di belakang, aku akan speed berpatutan ataupun bagi dia jalan dulu. so, takdelah kita kena maki berbakul bakul . hehe

Mari kita kenali kenapa pemandu tersebut bawa kenderaan lembab ini dan apa masalah yang bermain dalam fikiran beliau.

1) Busuk hati

Pemandu jenis ini tak fikir orang lain. dia fikir dia je. atas jalan raya pak dia yang punya. bawa lembap, tapi bila potong, laju pula. budak baru nak up la katakan. nak cari gaduh ke?

2) Couple

Kalau nak bercinta pun janganlah dalam kereta sangat. pergilah kat taman bunga ke, taman buaya ke, planetarium. kalau bawa kereta tu kelajuan berpada-pada la sikit.

3) Wanita 

Mungkin wanita tersebut mengandung atau masih dalam pengawasan lesen P. kalau yang ni bolehlah consider sikit.

4) Baru lepas kena marah dengan bos di tempat kerja.

Biasalah kena marah dengan bos. lepas masuk dalam kereta, layan lagu feeling dan sedih. kereta yang follow belakang pun turut bersedih.

5) Dah deposit cash duit kat bank, lepas tu terlupa samaada dah deposit cash ke atau belum.

kau terlupa ke ape ke, janganlah asyik nak terfikir dan rewind dari mula ko datang sampailah sekarang masa dalam kereta. pui la.

6) Bos suruh datang balik kerja, walaupun tadi dia yang suruh balik, lepas tu marah marah kata siapa suruh balik.

dapat bos macamni, boleh kena tekanan perasaan. tuh yang terfikir jap sampai menganggu pemandu lain di atas jalan.

7) Banyak hutang

takut bawa laju2x sampai rumah, sebab takut ceti datang rumah.

8) Hati senang, dah keledek bos, cakap masuk lambat sebab pergi klinik

yela, bos dah beri green light masuk lambat pergi kerja. pui

9) Sedang berbual bual guna telefon bimbit

Agaknya sedang berbual hal politik di dalam kereta.

10) Pemandu OKU

ini totally boleh considered, tapi tampal lah sticker baru orang faham bang/kak oi. 

2 comments:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.