Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, August 06, 2012

Curi dan pecah

Curi & Pecah

Cermin kereta korang pernah kena Curi dan pecah dengan penyamun tak?

Dua minggu lepas, kereta adik aku, cermin kereta dia kena pecah, bila tanya apa barang yang hilang. dia kata laptop, padahal laptop tersebut telah disembunyikan disuatu tempat mustahil untuk dilihat, tinted pula gelap, masalahnya disini dia sleep mode.

Lokasi pecah dan curi ini berlaku di sebuah kedai makan kaki lima yang menyajikan masak asam pedas tetel favourite aku haha dan di situ adalah kawasan WIFI,  dan secara totally ramailah pengunjung datang bawa laptop untuk akses intenet.

Aku selalu datang kedai ini, tak keluarkan laptop. simpan je, bila perlu atau ada story panas atau kerja emergency, baru bawa keluar laptop. haha

Nak kata penyamun bodo ni dah aim (mark) kereta adik aku ni, memang tak logik, sebab adik aku belajar KL, dalam sebulan maybe sekali je datang kedai tersebut.

Curi & Pecah

Aku detect comfirm dia guna alat pengesan laptop ni, modus operandi penyamun ini, adalah mengesan lokasi gerai yang mempunyai akses wireless percuma dan akan berlegar legar sambil mengesan laptop di kenderaan mangsa.

Dari research aku device ini di panggil inductive amplifier. sebuah alat pengesan yang digunakan oleh juruelektrik untuk mengesan masalah pendawaian, walaupun ditanam dalam dinding simen. Itu fungsi inductive tersebut, untuk detect walaupun padangan mata kasar tak nampak!

Berbalik kepada kes pecah dan curi adik aku tadi, aku kerap ke kedai tersebut dan adik aku jarang. dan untuk makluman korang, aku tidak menggunaan bateri di laptop. guna karen. 

Tips yang dapat aku share dengan korang semua dari segi pemerhatian dan pengalaman.

1) Tanggalkan bateri laptop (sebab apa, aku pun tak tahu, tapi bila korang tanya pakar, mereka akan cakap hal yang serupa, mungkin para lappers haha ni, bila guna bateri, mereka suka sleep, sebab nak cepat, tidak perlu menunggu lama untuk start-up. haha)
2) Jika mempunyai bateri, sila pastikan jangan sleep mode. (review point 1)
3) Jangan letakkan secara terang-terang di seat. memang cari pasal lah. 
4) Lock kereta anda, laptop tak hilang mungkin barang lain hilang. haha

1 comment:

  1. laaa sungguh2 ada la no bnda inductive amplifier tu? aku ingtkan tipu2 je psl boleh detect laptop dlm keta apa smua ni. sungguh no? sipbaikla aku pon jenis guna lptop direct karen je & jarang boh lptop dlm keta.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi