Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Tuesday, September 11, 2012

Kad Khawin

Zaman sekarang ni , bila tengok kad khawin mesti ada letak ayat Al-Quran seperti Bismilllah, Asalamualaikum, atau hadis.


Semalam tereksiden bila masuk dalam kereta terpijak kad khawin, bila selak kad tersebut, ada kalimah ayat suci alquran. mungkin silap aku, letak merata-rata.


Meletakkan kalimah suci dalam kad khawin boleh menjejaskan kesucian  ayat itu dan pihak yang menerima sepatutnya lebih prihatin dan menjaga serta tidak membuangnya di merata-rata tempat.

Pelupusan pun mestilah dibuat mengikut standard garis panduan kementertian dalam negeri dan JAKIM. bukan boleh dibuang dalam tong sampah macam tu je. berdosa.

Aku berdosa membuangnya merata-rata.

Syarikat yang membuat cetakan kad khawin harus menasihatkan pelanggan yang ingin membubuh ayat suci agar dipaparkan dalam versi rumi.

Jangan hanya pentingkan diri dan kaut keuntungan semata-mata sehingga menjejaskan kesucian ayat alquran. peliharalah agar tidak di perlekehkan dan dipermainkan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.