Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Thursday, May 10, 2012

Jozan FC

JOZAN

Yehaa! dapat baju dah wei, untuk pengetahuan korang semua, johan pun dah pakai design baru T-Shirt roundneck official ni, so? korang diluar sana yang menyokong Jozan dan mahu mendaftar, sila PM di FB saya http://www.facebook.com/safirulamar atau email saya di safirulamar@gmail.com nama penuh, no KP, no telefon serta alamat surat menyurat korang. saya akan forward borang keahlian dan sila isi. Apa benefit yang korang akan dapat jika menyertai Jozanners ni? 

First, korang dapat ramai member-member  baru didalam jozanners ni, korang boleh berkongsi maklumat isu isu semasa hiburan, pasal jozan dll, suai kenal dan macam macam lagi, kedua, jika penyertaan di peringkat negeri agak memuaskan dan ramai, berkemungkinan kita akan buat gathering bersama jozanners dan crew serta berberapa program riadah, boleh invite johan dan zizan sekali, Fan Club yang mendaftar secara rasmi dengan peminat biasa yang tidak mendaftar lain keistimewaannya, untuk mendaftar keahlian korang hanya perlu membayar RM 30.00 dimana korang akan dapat secara automatik keahlian jozanners secara rasmi, dapat free t-shirt dan sijil pendaftaran pertubuhan jozanners FC. jika ada lain-lain goodies, insyaallah saya akan beritahu, semuanya terpulang pada jozan fc crew la.

Nama haiwan..

Hai kenapalah nickname kawan-kawan aku nama binatang liar dan serangga ni?.  ada kucing, ada katak, ada belalang, ada 'ceng' sebab apa, sebabnya cengkerik! pui! nama mak bapak kasi memang dah cukup sedap, tapi bila panggil dengan nama-nama tak sepatutnya dipakai oleh seorang manusia! haha

dah tu bila panggil, ada respon lak tu...! haha..masalahnya disini, bila asyik panggil kawan-kawan guna nickname tu je, sampaikan terlupa nama sebenar member! peh! bila pergi rumah member yang nickname dia belalang, lepas tu mak dia plak yg keluar tanya kita cari siapa? emm aku termenung jap..emm...emm...nak cari belalang makcik....haha...adoyai. memang puii ar..! haha

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi