Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, May 29, 2012

GOLF

Tenis, badminton, sepak takraw, hantu galah, bola sepak dan futsal semua permainan tu aku main dan boleh! hehe , kalau ada orang ajak memang aku join. Boleh dikatakan memang dalam seminggu, 3 kali  aku akan bersama kawan-kawan bersukan sakan main badmiinton ataupun futsal, emm mancing tuh sejenis sukan tak? sebab mancing setiap ahad. haha

Dan dalam banyak-banyak sukan yang aku list kan kat atas tu, sukan yang nampak macam fresh dan comfirm penat dan baru berjinak-jinak adalah tenis. susah betul eh main tenis ni. haha, dah kerja kat bandar, sekali sekala kenalah tukar selera, cuba sukan bandar pula! hehe

Bila sebut pasal sukan bandar (sukan orang kaya) ni, dan dari dulu memang tak terlintas pun aku nak main, langsung takde feel ialah GOLF! maintenance tinggi! entah macamana la, aku boleh terjebak dengan sukan GOLF ni, dalam diam-diam dah ada GOLF SET! haha.

Buat masa ni belum try lagi, cuma kumpulkan peralatan nye dulu. hehe, kalau korang pun 'kaki menebas' juga, jom kita main golf!  bukan maya ok, tapi real ! takde geng la.  haha.

Bengang! Weh

Peh! Jobs dah setel, tapi bila tang payment macam sual. paling lembap macam siput. tak fair la, kalau nak cepat, sama-sama cepat la, aku tak faham la dengan manusia jenis ape ni weh. langsung tak menjaga hati vendor macam aku ni. nak cepat aku dah kasi yang terbaik! nak ubah, dah kasi ubah 18 kali, tapi kenapa? kenapa? kenapa? bila gua sms atau call minta payment terus tak reply, buat dek je. aku tak marah, cuma nakkan penjelasan je kenapa dan apakah status payment aku! tu je, sekurang-kurangnya kau angkat panggilan dan jawab SMS aku, nampak macam kau jujur dan gentle bro!  Apelah salahnya angkat telefon kan,kan,kan, cakap baik baik contoh macam ni, " bro, tang payment ko ni, kewangan kata tunggu lagi 18 tahun, lagi! sebab diorang masih belum proses ".
 
hahhhhhh, kan senang macam ni, lagi 18 tahun!. so, aku tunggulah lagi 18 tahun lagi, baru dapat RM 600.00 hengget, bukan 6K pun, ratus-ratus je. itupun tunggu 18 tahun, kalau billion-trilion2x, hahaha, 18 tahun korang kalikan dengan 10 la gamaknya. Memang 'habis madu, sepah dibuang' weh! alahai lahai hai hai, aku punyalah tak tidur siang dan malam semata-mata nak siapkan jobs design tu, dan hasilnya client dan company puas hati! bila tang payment....grrrrrrrrrrrrrr! aku nak tukar tayar kereta ni,.grrrr.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi