Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri kerja singapura Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak SC_Promo nak kurus?

Tuesday, July 31, 2012

Phui. Menyusahkan Orang

Phui. Menyusahkan Orang

Kalau tak boleh buat, cakap jelah tak boleh buat. terus terang kan senang. orang pun tak marah. dah memang kita tak boleh buat. janganlah berlagak macam pandai. cakap depan2x. bukan last minit cakap tak boleh buat!

Dah tu, macam biasa la, via phone message, esoknya cakap tak boleh buat, macam macam alasan tak masuk akal ko beri.

Wednesday, July 25, 2012

Anak Bapak


Haha. memang hawau kelakau. kesian anak dia, mak bapak dia ajak makan angin. haha


Ceria Aidilfitri

Ceria Aidilfitri
Ini bukan cerita politik. ketepikan ideologi politik masing-masing. open minded. hehe

Baru 3-4 hari puasa, televisen dan orang ramai dah mula sibuk pikir nak raya dan keluar iklan raya, ada yang siap pasang lagu raya kat pejabat dan dirumah. nak rasa feel raya katanya. hehe.

Friday, July 20, 2012

Pejam Celik

Pejam celik2x, rupa rupanya esok dah puasa. rasa sekejap je masa berlalu. Bulan ni aku nak khusyuk solat terawih la, macam biasa buat 8 rakaat dan witir 3 rakaat, nak duduk saf barisan hadapan.

Kalau kat surau aku buat 8, kat surau/masjid korang? buat 8 ke, buat 20 ke, buat 39 rakaat ke, apapun terpulang kepada masing-masing, untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap penciptanya. Apa yang penting, selesaikan solat bersama imam, jangan sekerat jalan. hehe

Tuesday, July 17, 2012

Rezeki Ramadhan

Bulan ramadhan ni , ada juga job freelance trainer dari company/agency member. dan semua aku approve !, untuk duit raya dan tabung simpanan. hehe

26 Julai 2012 - Mengajar Photoshop CS 3 (Government servant)
28 Julai 2012 - Mengajar Google Sketchup 3D (Pelajar Sekolah Menengah)
04 Ogos 2012 - Mengajar Flash MX Animation 2D (Pelajar Sekolah Menengah)
11 Ogos 2012 - Mengajar Adobe Photoshop CS 3 (Pelajar Sekolah Rendah)

BAIK KE??

BAIK KE??
Amboi, siapa la yang buat statement macamnni. mentang mentang la diorang buncit. 

Aku tahulah aku slim dan baik pun tak, jahat pun tak. so, tengah-tengah. haha dan bila aku view komen di laman sosial berkenaan, ramai yang kata itu adalah fakta dan yang menentang pun ramai. haha.  tapi ye ke fakta? mungkin yang menyokong tu, comfirm laki dia BUNCIT!  haha

Monday, July 16, 2012

Perlawanan Amal Jozan

Pada 14 Julai 2012 yang lalu, jozan Fc dengan kerjasama padu dari Zizan FC telah dijemput untuk menyertai perlawanan amal 100 jam, anjuran  Yayasan Khairum di kompleks japerun dun rembia, melaka.

Bersukan sambil beramal, dapat pahala badan pun sihat. terima kasih kepada tuan penganjur yang sudi memanggil jozan & zizan FC bermain!  hehe

Friday, July 13, 2012

Hati Hancur Lebur

Hati Hancur Lebur

Peh, semalam kena saman trafik dengan encik polis ala-ala roadblok speedtrap. Time kena tahan, aku pun cakap la dengan encik polis tu, eh saya pakai tali pinggang tuan. kenapa nak saman saya pula?

Encik polis kata , awak pakai depan saya je, tapi sebelum ni awak tak pakai, bos saya (bos encik polis) dah perhatikan dari awal lagi, memang awak tak pakai. pergh, ada pengintip rope-ropenye di berberapa kilometer dari roadblok tu! .haha, so diam jelah, sebab dah buat salah, tak boleh nak keledek! haha

Tuesday, July 10, 2012

Barang Lusuh Yang Semakin Dilupakan


Aku memang suka kumpul kaset 10 tahun dulu.dalam satu bulan tak beli satu kaset tak sah! dan kaset pertama aku beli adalah N,SYNC-Tearin Of My Heart, masa tu umur aku lebih kurang 12 tahun. dalam darjah 6 kot! haha. second kaset boyzone dan seterusnya KRU-oh la la, lepas tu banyak rock dan metal menguasai rack cassette, haha.

Tapi , perkembangan pesat ICT di zaman moden ini , aku semakin memandang serong terhadap kaset, bagi aku melecehkan! kaset punya player di radio asyik rosak je, tali kaset, asyik terbelit belit. tension, kaset yang aku pernah beli 4 kali, adalah helloween-keeper of the 7 keys part II.Paling tak dilupakan, radio hangit terbakar, masa pasang lagu Master Of Puppet-Metallica. haha.

Monday, July 09, 2012

Tajupakale


Tajupakale

Sebuah peristiwa berlaku di sebuah kedai mamak, ketika seorang lelaki meminta password wifi di kedai tersebut. haha

Posisi Tidur Anda Begini?

Posisi Tidur Anda Begini?

haha..ini normal. Macam-macam jenis posisi tidur dapat kita lihat diatas.

Demi seorang anak yang masih kecil dan comel, ibu bapa sanggup mengorbankan keselesaan di kamar tidur. sampai terjatuh-jatuh. haha.

Nak honeymoon dengan isteri, sebelum dapat anak! kalau dah dapat anak baru nak honeymoon, alamatnya, melepas! haha

Batuk Over

batuk

Kerja kat IT Department ni dahlah stress, nak menghadap coding, sistem problem, video projek, design lagi, buat paper projek lagi, kena marah dengan bos lagi.

Talipon pula tak pernah nye senyap! staff jabatan pula asyik buka lagu untuk dia-najwa latif. argghhh stress, stresss.

Ada seorang mamat dari department sebelah ni (jiran), batuk over! perlahan-lahan batuk tak boleh ke?  Ape ko ingat aku kerja nak dengar batuk ko je ke? pui

Normal?


haha, inilah perbezaan ketara lelaki dan perempuan bila berfacebook atau berblogging, hehe.itu normal, bukan jeles okay, cuma inilah fenomena atau sindrom yang sedang dilalui oleh kita sekarang. haha.

Kadang-kadang yang like sampai 100 orang, kalau perempuan cantik, itu belum lagi komen, mau sampai 1000 komen, agaknya. haha.

Dugaan Di Bulan Syaaban


Dugaan datang dan terus datang, mungkin aku telah terpilih oleh Tuhan untuk diuji dan aku percaya, setiap dugaan ringan mahupun berat, pasti ada hikmahnya dan akan terpancar keindahan dan kebahagiaan selepas itu. hehe

Pertama, tayar kereta aku, empat biji rosak, kata seorang pomen. dia kata lagi kena tukar, sebab tayar dah lebam di bahagian dalam. Alahai tayar pun boleh lebam ke? aku kena tipu ke apa ni? nampak macam pomen tu jujur.

Aku dah mula risau, so, tukar 2 biji dulu, sebabnya, hari-hari aku guna kereta. Tujuan aku datang kedai tayar, untuk buat allignment & balancing tayar, supaya tak gegar dan mengelupur diatas jalan. haha, tapi macam-macam hal jadinya.

Dulu satu tayar 14 inci, harga dalam RM 125-130, tapi sekarang dah RM 145, cekik darah betul! kalau 4 tayar dah berapa! Tayar boleh melotop bila-bila masa kalau aku tak tukar, pomen cina tu kata. alahai. aku pun terus tukar, tapi hanya dua tayar ! 

Sunday, July 08, 2012

We Proud Of You Iran

Selepas libya, mesir, palestin, afghanistan adakah tumpuan israel/amerika kearah Iran? bagi aku Iran simbol kekuatan islam global. negara islam yang lantang mengutuk israel sekeras-kerasnya.

Aku respek iran dan Ahmadenijad. Orang islam seperti di libya, mesir, palestin dan aghanistan terus hancur dan sengsara. Negara mereka dijajah barat kembali, tiada keamanan, sana-sini bom dan kematian. itu suasana selepas pemimpin mereka di gulingkan dari kerajaan. tiada peluang pekerjaan, makanan, pakaian, semuanya serba kekurangan.

Apa yang amannya selepas kerajaan mereka digulingkan?

Kini Syria pula bergolak, pro kerajaan dan anti kerajaan berperang, dan banyak kematian. rakan sejawat di Turki, Tayyip edorgan yang dulu rakan, kini talam dua muka.

Comel

Comelnyeeewww

Kali ni dapat senangin versi kecik dan comel sikit berbeza dengan yang sebelum ini. klik sini

Comel kan yang baju kuning tu? ops, haha..comelkan ikan tu? haha, Apa pun yang penting dapat, daripada tak dapat langsung. boleh bawa balik, goreng pun sedap! hehe.

Next target, Pari atau sembilang!

Tuesday, July 03, 2012

Hakikatnya


Renung-renungkan dan selamat beramal, kadang-kadang kita ni, selalu tertanya-tanya, kenapa orang itu kaya?

Kaya dari segi macamana? duit? ilmu? banyak cara untuk kita menjadi kaya, kalau kita implemen K-Economy dalam diri kita, insyallah, kita akan makin maju dan terus maju. berkerja dan terus bekerja. Pasti hidup kita perolehi kesejahteraan. hehe

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, united we stand, divided we fall. sharing is caring, caring is loving. haha. ok bye.

Bola Tepuk (Dalam Kenangan)

Bola Tepuk (Dalam Kenangan)

Andai dapat ku undurkan masa, sudah pasti aku akan kembali ke zaman kanak-kanak. Banyak kenangan dan saat manis masa tu.

Masa kecik-kecik, kitorang suka main bola tepuk. dulu belum ada psp dan play station lagi. paling power pun micro genius game (pakai tape).

So, kitorang main game bola tepuk jela. guna kotak rokok ataupun kotak fab (sabun serbuk), kerat 5cm panjang x 3 cm lebar, lebih kurang macamtulah, lepas tu lipat 2 macam gambar kat atas.

Monday, July 02, 2012

Dapat Hasil

ikan kurau
Alhamdulillah, dapat bawa balik ikan besar mancing haritu, dan dah selamat masuk dalam perut dah, hehe

Isi dia bukan main manis dan lembut. mak kata, ikan senangin, kejap kata kurau. emm, minggu depan plan nak mancing lagi la. hehe.

Euro 2012 : Final (Lost)

EURO
 
Aku peminat no 1 pasukan Italy sejak era 1994-1998 - Roberto Baggio,Baresi, Inzaghi dan Paolo Maldini , tapi untuk euro 2012 kali ini, aku memang tak boleh terima kekalahan teruk pasukan Italy di tangan pasukan Spain masa Final.

Memang luck la spain ni, tapi atas kertas italy memang boleh menang, cuma Belotelli & Teams tak kreatif dan bijak. Emm tengah frust ni.

Ish, habish kena 'bahan' kat office dengan member-member spain! memang pui la Belo,  Balotelli yang memang Belo. 

Kenapa? Kenapa? 4-0?? Pui...
Duit Dari Internet