Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, May 17, 2013

Remove friend

2-3 hari ni ada masa sempat aku kemaskini (buang mana yang tak aktif) friendlist facebook. buang mana yang tak aktif, tak aktif maksud aku bila accept, dia langsung tak generate idea, menyakat, memarahi, dan apa2x lagi la. silent! haha

Sekarang ni kena lebihkan kualiti dari kuantiti. baru tak kosong! hehe

Kalau 1000 orang sekalipun, tapi yang aktif 10 orang pun nothing kan? kepada kawan2x sekolah, kawan kolej, kawan di tempat kerja yang very flipbertigibet janganlah terlalu skeptikal. kita masih kawan. 

Remove friend di facebook bukan bererti putus hubungan di alam realiti, cuma di atas talian sahaja. okay! kan? kan? kan?

Difinisi flipbertigibet - orang yang suka mengumpat

Wednesday, May 15, 2013

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

Kalau dah job hakiki pun sebagai Designer. kalau tunjukkan bukti macamana pun akan tetap dianggap edit. pui..haha

pada 11, 12, 13/5/2013 aku dan group otai(orang lama) dari selayang seramai 8 orang telah pergi ke endau mersing mancing laut dalam. first time aku mancing laut dalam! biasa mancing pantai je.

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

hari pertama aku dah mabuk atas kapal, nasib baik telan pil 2 biji ubat mabuk. lepas tu..dah ok.

Susah jadi nelayan ni, bayangkan, aku baru 3 hari atas kapal, dengan tak mandi punya la rimas, jamban entah kemana, aduhai. tapi yang bestnye , bila time makan, dapat makan ikan fresh . memang terbaik!

hari kedua aku dapat ikan besar dengan rod dan mesin standard pantai, 2 ekor aku dapat, ebek dan jemuduk.

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

macam nak patah tangan aku nak bawa naik ikan ebek ni. tapi memang best. dapat pengalaman berharga, rasa macam nak pergi lagi. memang berdikari gila lah! survival! haha

Aku nak sambar joran dan mesin kategori laut dalam lepas ni! jaga baik. 


Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis
Memang layan walaupun tak mandi 3 hari, dan tak selesa, tapi memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. memang penat jadi nelayan ni, bayangkanlah ada nelayan yang duduk kat laut 2 minggu pun ada dan berminggu2x lagilah, pehh! tapi yang untungnya peraih. lepak tunggu bot sampai  dan deal harga murah direct lumpsum je!

Muka aku dah hitam..


Friday, May 03, 2013

Mode PRU 13

2 hari lagi masa depan negara akan ditentukan. Alhamdulillah, aku dah pun undi pos disebabkan aku kena bertugas sepenuh masa semasa hari mengundi.

Kepada korang semua pilihlah parti yang benar2x membela nasib rakyat, people first, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. masa pru je nampak muka, lepas tu hilang!!

Aku setia pada yang satu!  IM4U!

Tuesday, April 02, 2013

April yang sibuk

Sekejap je dah bulan 4 di tahun 2013, usia pun semakin meningkat. hehe. Amal je tak meningkat-ningkat.

Bulan ni memang busy, kerja hakiki di opis, kursus sampai 4-5 hari setiap minggu di bulan 4, dengan aktiviti pilihanraya lagi, kena bertugas, aktiviti mengajar dan macam-macam lagi.

Seronok betul...haha

silap2x birthday aku dan keluarga pun tak sempat nak sambut. emm bilalah nak bubar parlimen ni?

Sunday, March 17, 2013

Palsu

Palsu

hahaha...nama dan profile display perempuan, tapi owner lelaki sebenarnya..hahaha

banyak abuse dan fake akaun berlaku tanpa korang sedari, asal korang tengok cantik je terus nak like la, chat la itu la..

kalau boleh janganlah terlalu banyak letak gambar peribadi di facebook dan jangan add orang yang tak dikenali serta yang tidak menggunakan identiti sebenar

kalau gambar korang disalahgunakan di laman sosial, salahkan diri sendiri, jangan salahkan facebook. hehe

Kuantiti vs kualiti

Kuantiti vs kualiti

Ada apa pada nombor? nak tanya, korang semua kumpul beribu2x follower untuk apa eh sebenarnya? oo, mungkin nampak lebih oldtimer atau sifu la ni, lagi ramai follower lagi hebat! macam tu? haha

Sama juga seperti keadaan di facebook, kalau kumpul 1 juta rakan sekali pun, dari segi kualitinya zero macam tiada apa2x la kan.

lebih baik dalam kuantiti yang kecil, jika yang kecil itu mampu menyumbangkan sesuatu untuk kita dari 1 juta rakan, tapi dalam masa yang sama invicible, musuh dalam selimut ataupun PARASIT!

Aku cakap ni untuk diri aku juga. mentang2x la follower aku tak ramai. hahaha...ada aku kesah? sebab gua tulis entry ni, pasal aku dah kena sound dengan sorang blogger, dan aku telah dipanggil sebagai newcomer! phuiii! haha

Hampeh..

Pernah tak korang menghadapi situasi seperti yang ditunjukkan dibawah ini?

Hampeh..
 ha ha hampeh!

Monday, March 11, 2013

Daddy can i buy an hour of your time?

Im only telling you this..because life is a terrible thing

Ini cerita berkenaan keluarga untuk dikongsikan bersama. mungkin aku juga perlu bermuhasabah diri. aku sedar, aku tiada masa untuk anak-anak. :(

Anak : Daddy, boleh saya tanya satu soalan?

Ayah : boleh je, apa dia?

Saturday, March 09, 2013

No smoking

No smoking
haha..kita sibuk buat kempen bebas rokok la, itu la sebab nak lindungi alam sekitar. tapi dalam masa yang sama, pencemaran udara dari perindustrian dan automotif masih berleluasa.

Lapisan ozon semakin nipis, pembakaran terbuka masih berlaku, peningkatan jumlah kenderaan automotif semakin meningkat. dah tak naik basikal lagi dah. haha..

Sekarang ini, boleh dikatakan, udara pun dah tak bersih disebabkan aktiviti manusia itu sendiri. baik korang duduk rumah je joget poco-poco. hahaha

Tuesday, February 26, 2013

Yoga

Yoga
Hahaha,...macam siak je.kan bagus kalau ada yoga macam ni. boleh cuci mato! hahaha sekali rupa2xnya, nah kau......

Wednesday, February 20, 2013

Raikan Cinta

Raikan Cinta

haha..haritu dapat panggilan dari agensi kerajaan negeri, mereka minta datang bersama pasangan untuk tanam pokok, nama program tu, ialah program raikan cinta. peh!

hahaha..program raikan cinta ni, khas bagi pasangan yang baru khawin dan nama mereka akan dicatatkan di papan tanda dekat area pokok yang ditanam tu. haha (pelik-aku kahwin dah nak masuk 4 tahun) haha..

korang kalau sampai kat melaka, singgah le di Taman seribu bunga, ayer keroh, memang best dan tenang. masuk percuma. nanti korang boleh lah tengok pokok aku! entah hidup lagi ke tidak! hahaha

Tuesday, February 19, 2013

Pencemaran ayat..

Pencemaran ayat..

Kalau nak tulis artikel dan ayat english di surat akhbar tu biarlah betul2 la sikit. tak pergi kursus mengarang artikel ke?  jangan main sedap tulis macam bahasa sms je.  hahaha

kompom? kaler? pui...

Surat khabar ni pula akhbar rasmi negeri. alahai...tak senonoh lah...orang politik tak nampak ke? fail betul siapa yang mengarang ni, dan yang finalize checker pun macam entahapeapeentah. hahaha

Kita sibuk dengan kempen memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi sekarang ni ayat bahasa di simpang siurkan campuraduk menjadi hancur lodoh. kesian!! hahaha...

Monday, February 18, 2013

Page kurang ajar

Page kurang ajar

Kalau admin ni nak murtad tu dia punya pasalah, itu antara dia dengan Allah, tanggunglah sendiri. tapi tak payahlah nak maki hamun islam, hasut keluar islam dan sebarkan dakyah yang boleh merosakkan akidah umat islam.

korang lihatlah sendiri posting yang dibuat!!! dan apa yang JAKIM buat, tolonglah pantau page ni. Semakin menjadi-jadi!

Sunday, February 17, 2013

Human Hack

Human Hack

Haha..seriously hack manusia sangat mudah.

Human hack akan menjadi mudah bila sikap mangsa (human attitude) yang macam tak ambil kisah(sambil lewa), risiko yang bakal dihadapi.

Korang pernah dengar tak kisah penceroboh yang membawa senjata pedang samurai ke pejabat PM tahun lepas? haha..lebih kurang macam tulah human hack ni! macamana boleh lepas dari security?

Hack manusia lebih senang dari hack technology. bila bercakap mengenai hack ni, apa itu hack? menceroboh! mencuri! dan sebagainya tanpa izin. tujuannya adalah untuk mencuri maklumat penting ataupun suka-suka! haha

Tunjuk Bukti!

Tunjuk Bukti!
Haha....tips menipu yang berguna...sekarang ni kalau cakap lisan, susah orang nak percaya kan? kan? lagi2x kalau cakap dengan bos!

haha , kena tunjuk bukti bergambar, baru orang akan percaya. haha

Jangan amalkan selalu, kalau kantoi....jaga baik. i know my staff in company members always doing it to me!

Keledek!!!  Pui

Friday, February 15, 2013

Terjeluir...

hahaha...terjeluir air liur bila bersembang pasal makan ni....haha

Saje je lepak2x sambil sembang dengan kak ina dan cik munah (jiran mak mertua). diorang memang pencinta makanan betul. cakap je ape jenis masakan, semua pernah try! haha

Thursday, February 14, 2013

haha...macam2x hal...

haha...macam2x hal...
kan? kan? haha...

Monday, February 11, 2013

Balik tangan kosong.

Balik tangan kosong.

Tahniah kepada gabungan pelajar melayu semenanjung (gpms melaka) dengan inisiatif mengadakan program baik seperti ini.
  
Aku tarik diri last minit untuk live akustik sebab macam tak ikut kriteria je. hahaha...sebabnya salah satu kriteria kena ada sekurang-kurangnya 3 line up, kitorang 2 orang je, dan lagu yang dipersembahkan harus mengikut tema gaza! peh!

Band aku bawa lagu woderful tonight (soul) dan endless rain (x japan power metal). so, sebelum kitorang di baling botol oleh penonton, baik berundur. hahaha..

Takpe next time kalau ada lagi, boleh join. terima kasih. 

p/s : Last minit baru reunion dengan ex member band dan praktis, last2x kriteria show baca semasa pendaftaran! hai....

Friday, February 08, 2013

Kelebihan

Kelebihan

Sepanjang 8 tahun aku bawa kenderaan, aku tak pernah eksiden. bukan nak cakap besar.lagipun aku bawa pun takdelah laju sangat dan sentiasa elak-elak. haha.

Aku tak pernah tahu pun kelebihan membaca ayat kursi ni, dan aku faham la sikit-sikit maksud terjemahan ayat ini. aku suka baca potongan ayat dari surah Al Baqarah ni. hehe..rupa-rupanya aku sentiasa dilindungi oleh malaikat-malaikat.

kalau korang amalkan ayat ini, insyallah anda akan dijauhi dari sebarang bencana kerana apa? kerana apa? ceh, macam ustaz pula, kerana ada 70000 malaikat akan menjaga mu setiap masa, ketika tidur, ketika di jalan raya atau dimana-mana je.

Aku bukanlah seorang tahfiz, surah yang aku ingat pun ialah 3 Qul dan ayat kursi je..hehe..insyallah ingat nak refresh balik dengan cikgu mengaji. 

Tapi korang amalkan la walau dimana korang berada. Insyallah, anda akan dilindungi dari sebarang gangguan jin , manusia keselamatan anda. Kalau korang lantik bodyguard 10 orang pun, tapi kalau tak minta pertolongan dari Allah dan tak ingat Dia,  tak guna.


Kalau dah brand pun apple....comfirm memang hebat...haha

Kalau dah brand pun apple....comfirm memang hebat...haha

Kalau dah nama brand pun apple..produk hampeh pun boleh nampak hebat...serius haha.....

Kalau nokia buat blender orang tak kisah pun ....haha

Thursday, February 07, 2013

Time for bed la sangat...hahaha

Time for bed la sangat...hahaha

hahaha....inilah rutin aku sebelum tidur, setiap malam asyik tidur lewat sampai ke pagi sebab teknologi semakin canggih. hehe

Ingat kan nak tidur, rupa-rupanya...haha

Rumah Idaman

rumah idaman
Alhamdulillah, semua urusan selesai, cuma menunggu rumah siap je. lepas ni tak payah nak pindah randah lagi. haha.

Lama juga lah searching rumah idaman, akhirnya jumpa juga. memang mantap dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. hehe

1 1/2 storey semi-detached house
35′ x 76′
price : from RM 238,800/–to RM 478,913/–
total units : 221
expected date of completion : Nov 2013
Developer :
Teladan Setia Sdn Bhd
8 & 10, Tingkat Bawah,
Jalan Mutiara Melaka 2,
Taman Mutiara Melaka,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
tel : 06-317 3236
www.tsetiasb.com

Friday, January 18, 2013

Inilah Lelaki

inilah lelaki

Haha...dalam marah2x pun masih sayang, nampak tak? Inilah orang lelaki, sebenarnya romantik dan tak lah sampai mementingkan diri sendiri. Please dont underestimate orang lelaki. 

Tuesday, January 15, 2013

Bila Agama Dipermainkan..

Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Macam macam hal kita dengar berkenaan isu permainkan agama hinggalah Murtad. Demi meraih undi. ada pemimpin yang sanggup mengiyakan permintaan dari ketua agama bukan muslim, apa yang penting,UNDI bukan muslim! Kenapa sampai macamni sekali! Ini bukan cerita politik.

Di internet kini, banyak pages murtad di tubuhkan, dan ramai anak muda yang join! , emm.. mungkin bagi mereka, ALLAH S.W.T adalah tuhan bagi semua agama, itu bagi mereka, ada juga yang sekadar nak mengenali agama-agama lain lebih mendalam!, tapi betulkah caranya ?

Mereka tidak mahu terikut dengan peraturan Allah , mereka anggap tidak adil dan menyusahkan. sebaliknya memilih untuk menukar!

Bila Agama Dipermainkan..