Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, January 15, 2013

Bila Agama Dipermainkan..

Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Macam macam hal kita dengar berkenaan isu permainkan agama hinggalah Murtad. Demi meraih undi. ada pemimpin yang sanggup mengiyakan permintaan dari ketua agama bukan muslim, apa yang penting,UNDI bukan muslim! Kenapa sampai macamni sekali! Ini bukan cerita politik.

Di internet kini, banyak pages murtad di tubuhkan, dan ramai anak muda yang join! , emm.. mungkin bagi mereka, ALLAH S.W.T adalah tuhan bagi semua agama, itu bagi mereka, ada juga yang sekadar nak mengenali agama-agama lain lebih mendalam!, tapi betulkah caranya ?

Mereka tidak mahu terikut dengan peraturan Allah , mereka anggap tidak adil dan menyusahkan. sebaliknya memilih untuk menukar!

Bila Agama Dipermainkan..

Anak muda membuat perbandingan antara islam dan agama lain secara open. Aku risau hal ini. Apa akan terjadi kepada anak-anak aku, cucu aku suatu hari nanti, bila di gereja ada kalimah Allah, dan dimana-mana pusat keagamaan ada Allah? Sudah pasti, mentaliti mereka menganggap yang Allah itu tuhan bagi semua agama, so, tiada masalah untuk memilih yang mana satu. Mana pekida? mana gangster melayu? pertahankan apa yang perlu dipertahankan, bukan hanya sekadar menggunakan agama semata mata untuk kepentingan diri sendiri ke jalan yang salah.

Bila Agama Dipermainkan..

Dengan keadaan politik semasa yang semakin bercelaru, berkenaan isu penggunaan kalimah Allah di gereja dan bible. Orang islam semakin berpecah disebabkan perbezaan ideologi politik, dan mereka-mereka ini mengambil kesempatan atas kelemahan yang berlaku. 

Bila Agama Dipermainkan..
Ada yang sampaikan cakap yang Allah itu mitos! Astagfirullah Al Azim...taubatlah selagi boleh, Islam adalah agama yang benar, Allah Itu wujud!

P/S : Rasa geram pun ada..dengan perangai anak-anak muda cetek ilmu agama  ni. mereka semakin BERANI!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.