Daddy Can I Buy An Hour Of Your Time

Ini cerita berkenaan keluarga untuk dikongsikan bersama. mungkin aku juga perlu bermuhasabah diri. aku sedar, aku tiada masa untuk anak-anak. Daddy Can I Buy An Hour Of Your Time

Anak : Daddy, boleh saya tanya satu soalan?
Ayah : boleh je, apa dia?


Anak : apa yang ayah telah buat sepanjang masa satu jam?

Ayah : ini bukan urusan kamu!!  kenapa kamu perlu cakap macamni?

Anak : saya cuma ingin tahu, apa yang daddy buat sepanjang satu jam?

Ayah : Jika kamu ingin tahu, ayah buat duit RM 100 dalam satu jam!

Anak : Uh! (Tunduk sedih).

Anak : Daddy, boleh saya pinjam RM 50?

Ayah : Jika kamu bertanya soalan begini, untuk kamu beli benda bodoh dan yang bukan2x..pergi masuk bilik dan tidur!!! Aku kerja keras cari duit bukan untuk kau beli benda yang bukan2x..
Berani kau tanya soalan macam ni semata-mata untuk dapatkan duit RM 50!!! 

Selepas kira-kira sejam atau lebih, Daddy tersebut telah tenang, dan mula berfikir: Mungkin ada sesuatu yang dia benar-benar perlukan untuk membeli sesuatu dengan $ 50 dan lagipun dia benar-benar tidak meminta wang yang sangat kerap. Daddy tersebut pergi ke pintu bilik anaknya dan membuka pintu.

Ayah : Adakah kamu sudah tidur nak?

Anak : tidak ayah, saya berjaga..
  
Ayah : Nah, ambil duit RM 50 seperti yang diminta, ayah minta maaf kerana telah memarahi kamu. 

Anak : oh. terima kasih Daddy (sambil tersenyum)

Tiba tiba anak nya menarik keluar berberapa duit yang telah renyuk di bawah bantal, dan melihat kejadian tersebut, ayahnya mula kembali marah dan bertanya

Ayah : kenapa kamu perlu wang lagi, padahal kamu sudah ada berberapa wang!!!!

Anak : Duit saya tidak cukup Daddy, cuma ada RM 50 je, tapi sekarang sudah cukup dan telah ada RM 100, Daddy...bolehkah saya membeli satu jam masa anda? sila balik awal esok, saya ingin makan bersama kamu.

Luluh hati seorang ayah bila mendengar kata-kata anaknya itu, dan mula memohon maaf dan mengusapi rambut anaknya. 

p/s : Jika kita mati esok, syarikat tempat kita bekerja dengan mudah boleh menggantikan kita dalam masa berberapa hari sahaja, tapi keluarga dan kawan2x yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan bagi seluruh kehidupan mereka.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.