Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Friday, May 17, 2013

Remove friend

2-3 hari ni ada masa sempat aku kemaskini (buang mana yang tak aktif) friendlist facebook. buang mana yang tak aktif, tak aktif maksud aku bila accept, dia langsung tak generate idea, menyakat, memarahi, dan apa2x lagi la. silent! haha

Sekarang ni kena lebihkan kualiti dari kuantiti. baru tak kosong! hehe

Kalau 1000 orang sekalipun, tapi yang aktif 10 orang pun nothing kan? kepada kawan2x sekolah, kawan kolej, kawan di tempat kerja yang very flipbertigibet janganlah terlalu skeptikal. kita masih kawan. 

Remove friend di facebook bukan bererti putus hubungan di alam realiti, cuma di atas talian sahaja. okay! kan? kan? kan?

Difinisi flipbertigibet - orang yang suka mengumpat

Wednesday, May 15, 2013

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

Kalau dah job hakiki pun sebagai Designer. kalau tunjukkan bukti macamana pun akan tetap dianggap edit. pui..haha

pada 11, 12, 13/5/2013 aku dan group otai(orang lama) dari selayang seramai 8 orang telah pergi ke endau mersing mancing laut dalam. first time aku mancing laut dalam! biasa mancing pantai je.

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

hari pertama aku dah mabuk atas kapal, nasib baik telan pil 2 biji ubat mabuk. lepas tu..dah ok.

Susah jadi nelayan ni, bayangkan, aku baru 3 hari atas kapal, dengan tak mandi punya la rimas, jamban entah kemana, aduhai. tapi yang bestnye , bila time makan, dapat makan ikan fresh . memang terbaik!

hari kedua aku dapat ikan besar dengan rod dan mesin standard pantai, 2 ekor aku dapat, ebek dan jemuduk.

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

macam nak patah tangan aku nak bawa naik ikan ebek ni. tapi memang best. dapat pengalaman berharga, rasa macam nak pergi lagi. memang berdikari gila lah! survival! haha

Aku nak sambar joran dan mesin kategori laut dalam lepas ni! jaga baik. 


Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis
Memang layan walaupun tak mandi 3 hari, dan tak selesa, tapi memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. memang penat jadi nelayan ni, bayangkanlah ada nelayan yang duduk kat laut 2 minggu pun ada dan berminggu2x lagilah, pehh! tapi yang untungnya peraih. lepak tunggu bot sampai  dan deal harga murah direct lumpsum je!

Muka aku dah hitam..


Friday, May 03, 2013

Mode PRU 13

2 hari lagi masa depan negara akan ditentukan. Alhamdulillah, aku dah pun undi pos disebabkan aku kena bertugas sepenuh masa semasa hari mengundi.

Kepada korang semua pilihlah parti yang benar2x membela nasib rakyat, people first, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. masa pru je nampak muka, lepas tu hilang!!

Aku setia pada yang satu!  IM4U!