Kalau dah job hakiki pun sebagai web designer. tunjukkan bukti hasil tangkapan macamana pun tetap orang anggap itu gambar edit. Maaf kali ini gambar betul , kisah semasa Trip Memancing Di Mersing Johor hari itu, bukan main atau cubaan ya, haha. Pada 11-13 Mei 2013, aku bersama group pakcik pakcik warga emas dari selayang. Seramai (8) lapan orang telah pergi ke Endau Mersing, Johor, Trip Memancing Di Mersing Johor .

Huh pertama kali wei aku mancing di laut dalam, ikut Trip Memancing Di Mersing Johor bersama group dari pasar besar selayang ini,  biasanya, kalau mancing laut pun, takde la sampai di tengah laut, hanya memancing di kawasan pantai je .


Trip Memancing Di Mersing Johor

Hari pertama aku mabuk gila atas kapal, badan lembik atas kapal, muntah je, nasib baik pakcik pakcik ni semua ada bawa pil mabok, aku telan pil dua (2) biji ubat mabuk. lepas tu, ambil masa juga la nak sembuh, Susah juga jadi nelayan ni, bayangkan, baru (3) tiga hari atas kapal tongkang, dah tak tahan dan mabuk laut, dengan tak mandi, badan melekit, bahang matahari, punya la rimas, tahan dari nak berak, sebab takde jamban atas kapal tu, buang bawah je semua! semua campak ke laut,malu pun entah dah kemana, memang survival betul, aduhai. tapi yang best nya , bila masa makan!!haha sebab dapat makan ikan segar, macam macam ikan aku makan, ikan jenahak, ikan merah, kembung, makan dengan nasi panas, budu, cili hijau, bawang, lauk asam pedas dan masak lemak ikan, haha memang terbaik! Ikan segar rasanya memang lain, sedap dan kenyal!  Itulah pengalaman yang terbaik semasa di Trip Memancing Di Mersing Johor.

Hari kedua, kepala dan badan kembali ok normal, dah tak mabuk laut lagi,  di hari kedua aku dapat ikan besar betul, besar dari kebiasaan sebelum ini, dengan rod dan mesin standard level pantai, memang tak sangka dan pertama kali juga dapat ikan besar gila wei, aku mendapat dua (2) ekor ikan gred A iaitu ebek dan jemuduk. Cukup lah tu dua ekor di Trip Memancing Di Mersing Johor.

Trip Memancing Di Mersing Johor

Berat betul nak naik kan ikan ini di darat, macam nak patah tangan naik kan ebek ni. lama juga la bertarung, tapi memang best Trip Memancing Di Mersing Johor ni. betul betul pengalaman berharga, rasa macam nak pergi lagi lah. tapi kalau pergi lagi, bukan dengan geng pakcik pakcik ni lagi kot, sebab diorang berangin dengan aku, sebab dah rugi satu hari, sebab mabuk laut, kenapa berangin ? sebabnya perjanjian di Trip Memancing Di Mersing Johor ini, ikan yang dapat sepanjang tiga hari di pulau tioman ini, bahagia lapan (8) orang, haha, jadi, tak adil lah buat mereka, memang berdikari gila lah! survival! haha lepas ni plan nak beli joran dan mesin kategori laut dalam lah lepas ni! 


Trip Memancing Di Mersing Johor

Memang layan Trip Memancing Di Mersing Johor ini, walaupun tak mandi selama tiga hari, dan tak selesa pun sebenarnya, dengan panas melekit bau air masin,  tapi memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. memang penat jadi nelayan ni, serius penat wei. Muka aku dah hitam.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.