Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Thursday, July 31, 2014

Gajet dan anda

Handphone canggih 4G, LTE, 3G, Smart Screen dilengkapi dengan package data internet berkelajuan kuasa kuda.

Aplikasi Whats App, Telegram,Twitter, Instagram, FB, Path dan pelbagai lagi aplikasi penuh di install.

Kuih raya, rendang, ketupat pun tak lalu nak makan, yang pantas dan berselera adalah Selfie. ambil gambar selfie bersama kuih raya, ke kubur pun selfie, dapur terbakar pun masih mahu berselfie.


Kesan dari kehadiran gajet ini, perbualan konvesional secara terus menjadi semakin kurang, sebaliknya lebih selesa melalui aplikasi sahaja. Duduk berhadapan pun masih nak berwhats app. Baik yang dewasa, kanak kanak dan orang tua.

Macamana nak gostan?  Semakin maju teknologi semakin pupus sedikit demi sedikit nilai nilai baik yang ada dalam diri manusia. Namun terpulang pada masing masing.

Gambar makanan penuh dalam aplikasi sosial masing masing. Kononnya, just sharing dan mempromosikan makanan itu, padahal ada yang melihatnya tidak mampu untuk membeli dan makan, apa yang di sebarkan itu.

Ada yang suka menunjuk nunjuk yang dia suka membela dan memandikan kucing, berjemaah di masjid, pakai gelang emas, duit bertimbun atas badan, kereta besar, makan makan di hotel, bahagia berkasih sayang suami isteri di wall, padahal boleh je cakap rindu di personal inbox. Tapi masih nak tulis di wall, mengharapkan like mungkin.

Itu hak masing masing, sukahati koranglah kan.  



2 comments:

  1. tu la kan. zmn skrg ni begambaq dulu sblm mkn. bkn kira apa dah. yg paling x menahan, selfie kat kubur tu lah T____T

    bersembang pon mata asyik ke skrin henfon sesaja. bkn nk hadap muka org dah.

    yg berkaseh syg kat public wall lg lah. hurmm MANUSIA la katakan.


    moga2 kita dijauhkanlah dari semua tu kan.

    ReplyDelete
  2. Anamizu: ya. Skdr peringatan buat saya juga. Sy pun leka dgn benda alah ni.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.