Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Tuesday, July 08, 2014

Kisah Hamdan (Episod 4)

Setelah melihat SMS yang dihantar oleh Lauren, Hamdan menjadi sangat tertekan, dan memikirkan bagaimana ingin meminta maaf kepada Lauren.

Hamdan membuat keputusan untuk pergi memancing dengan harapan beliau akan dapat idea bagaimana untuk meminta maaf kepada Lauren. dari pukul 1.00 ptg hingga 5.30 ptg, jangankan kata biawak laut, atau kuda laut,  ikan buntal pun tak dapat!!. Hamdan tersipu-sipu malu, bila seorang pemancing lain yang duduk tidak jauh dari hamdan (tangkapan dia pun baru seekor), menyoal beliau "Banyak dapat dik?".


Dalam hati hamdan berkata, takpelah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian, sedih dahulu, gembira kemudian, dan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, ohh..Lauren sedang menghubunginya...!

Mungkin ini lah kegembiraan yang sebenarnya, MUNGKIN INILAH IKAN YANG DICARI (bentak hati Hamdan).

Lauren bertanya kepada nya, dan setelah beliau mendapat tahu yang Hamdan sedang memancing, Lauren terus kata NAK IKUT, NAK IKUT.

Mungkin inilah masa dan tempatnya untuk Hamdan melamar Lauren, suasana hanya bertemankan semut hitam, lalang, dan pokok pokok hijau.

Akhirnya Lauren tiba, dan sebaik beliau turun dari kereta, Hamdan melihat matanya bersinar sinar memandang beliau, dengan topi koboinya berwarna pink, terkinja kinja berlari-lari itik kearah Hamdan sambil membawa kerepek kacang.

Bersambung di episod seterusnya...


No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.