Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, July 27, 2014

Kisah Hamdan (Episod 6)

Walaupun Lauren petah dalam berbicara siang dan malam tanpa henti ketika berjumpa dengan Hamdan, tidak sedikit pun Hamdan menyimpan rasa bosan didalam dirinya untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Lauren.

Hamdan suka dengan gaya dan kepetahan Lauren dalam berbicara, dari isu sejarah kesultanan melayu, politik hinggalah ke isu makanan. Lauren suka makanan melayu terutamanya makanan dari jawa iaitu Tempe. 


Lauren juga suka melihat siaran tv masakan dan paling digemarinya 5 rencah, 5 rasa. 

Pada suatu petang yang dingin, Lauren telah mengajak Hamdan ke suatu tempat iaitu taman permainan dimana disitu terdapat buaian kanak kanak. Lauren kelihatan seronok bermain buaian tanpa rasa bersalah. Hamdan terpinga pinga. 

"Oh mungkin, Dalam hidup ini kita buat sahaja apa yang kita nak, pedulikan apa orang kata, yang penting bahagia. "- hati Hamdan berbisik

Lauren telah memberi inspirasi kepada Hamdan untuk meneruskan kehidupan yang penuh berliku dan lara.

Walaupun kelihatan Lauren tersenyum girang, Hamdan dapat merasakan ada kesedihan yang tersembunyi di dalam diri Lauren. Seolah olah menyembunyikan sesuatu.

Mulai dari hari tersebut, Hamdan benar benar ingin menyelami dan memahami Lauren. Bagi hamdan kesedihan Lauren adalah kesedihannya juga. 

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.