Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Tuesday, July 01, 2014

Kisah Hamdan(Episod 1)

Pada suatu malam yang hening, Hamdan tiba tiba terjaga dari tidurnya dan merasakan sangat dahaga dan lapar, perutnya sakit, lantas dari keadaan terjaga itu, Hamdan telah memikiran serta memutuskan untuk keluar dari rumah untuk mencari sesuatu untuk dimakan, Lalu Hamdan mencapai smartphonenya dan menelefon Lauren (teman wanitanya) dan memaklumkan kepada Lauren mengenai kelaparan beliau.

Hamdan dengan rasa agak sebal, mengajak lauren untuk menenaminya makan dan minum di sebuah warung mamak.

Akhirnya Lauren bersetuju dan bersiap-siap untuk menemani Hamdan walaupun lauren keberatan kerana sedang menuntun DVD hantu cina.

Jam ditangan Lauren menunjukkan sudah pukul 12.30 pagi, namun kelibat Hamdan masih lagi tidak kelihatan.masih kesamaran, peluh malam menitik-nitik.

Dalam penungguan yang agak berjam-jam lamanya, Lauren menjadi lapar , lalu memetik buah rambutan di tempat dia menunggu, secara kebetulan ada pula pokok rambutan, seperti pucuk dicita ulam mendatang.dipetiknya buah rambutan itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Ekoran dari kelaparan kerana menunggu hamdan yang masih tidak tiba lagi, Lauren telah menelan 5 biji buah rambutan, termasuk biji dan kulitnya sekali  - bersambung di episod 2 akan datang

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.