Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Sunday, July 27, 2014

Rancang Perjalanan

Sebelum pulang ke kampung,  rancanglah perjalanan anda semua, kalau tidak boleh driving di waktu malam, driving lah diwaktu siang.

Sebelum driving, pastikan tidur secukupnya, kalau tidak cukup tidur, takut anda beraya di hospital swasta atau kerajaan.


Pastikan juga kondisi tayar dari segi alignment, angin, balancing betul dan service apa yang patut. Kalau ada masalah, terutamanya di highway hubungi plus tol di talian yang dinyatakan di kad tol anda. Jangan mudah percaya pada pomen jalanan di lebuhraya.

Kalau mengantuk, berehatlah di RNR yang meriah dan tumpuan orang ramai, jangan berehat di lokasi/hentian rehat yang sunyi. 

Biar lambat asalkan selamat. Pastikan anda dilorong yang betul. Setiap tahun ada raya, tak lari kemana pun raya korang. Di malaysia ada pelbagai kaum dan perayaan, kalau kena bertugas di waktu raya jangan la bersedih. Deepavali kan ada.

Masa nak balik raya, di radio dengarlah lagu yang gembira, buka CD lagu yang diminati. Jangan buka lagu sedih, takut terlayan perasaan entah kemana. Ingat jangan dengar lagu sedih seperti pusara di lebuhraya-ekamatra.

Jangan menambah bilangan statistik kemalangan ops sikap yang meningkat dimusim perayaan. Dan yang pasti anda semua bukanlah sebahagian dalam/daripada angka statistik tersebut.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.


2 comments:

  1. menyampah betol tengok pemandu yg jenis memotong ikut lorong kecemasan. ape die ingat die sorang je yg nk sampai cepat. huhh~

    ReplyDelete
  2. Anamizu: tu semua org gila..takde sivik punya org

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.