Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, August 31, 2014

Payung hampeh

Kalau dah tahu stock takde dan cukup cukup je. Janganlah buat pertandingan terbuka. Buat untuk kakitangan petronas sahaja lah. 

Kan senang, kalau lah tahu awal, baik tuang minyak dekat shell atau petron. Lagi lebih kilometer..

Bukan nak sangat payung, boleh beli..

Just nak fun dan kumpul cop untuk dapat hadiah sahaja. Dah jadi macamni rasa macam kena game sahaja. Nevermind!

Seronok kumpul cop, shell yang dekat tak mahu nak isi, sanggup jalan jauh dan tambah kilometer, semata mata nak cari petronas. 

Meniru

Meniru

Meniru adalah perbuatan yang salah, susah nak kawal murid dari meniru. Ada macam macam kaedah meniru. Haha

Pakai anti cheating  ni kan senang...haha

Saturday, August 30, 2014

Memang sedih...


Obses nak selfie, kau selfie lah puas-puas buat kali yang terakhir...mendiang seorang anak yang baik...

Set Alarm

Orang lain set alarm dekat jam loceng, kau pun nak macam orang lain. Kunci jam pukul 6.30 pagi, kesudahannya, pukul 11.00 pagi bangun. Apa nak jadi. Dah bangun, tidur balik. Apalah aku ni.

Semangat dah ada..haha

Friday, August 29, 2014

Bermusim

Islam & palestin dah menang, Konflik selesai dan keputusan berpihak kepada palestin, dan gencatan senjata dipersetujui.

Macdonald pun kembali meriah, tiada boikot, dan prank lagi. Sticker Mc donald dah boleh ditampal semula oleh sang si boikot..

Pekerja mc donald beragama islam kini kembali yakin untuk bekerja, gelanggang badminton dan sepak takraw juga semakin kosong, belia mungkin sibuk dengan permainan online.

Kita berharapkan Pemain badminton dan sepak takraw malaysia memenangi game bertaraf dunia menewaskan musuh tradisi. barulah ramai yang aktif dan bersemangat waja, sampai ada yang sanggup membeli raket bernilai ratusan ringgit, tak main lah yang local!

Musim sentiasa berubah, ada musim bunga, musim merdeka, musim berhenti rokok, musim rambutan,musim bogel dan sebagainya.

Wednesday, August 27, 2014

Bahasa penjajah

Mentang mentang pensyarah orang putih, kau nak berlagak cakap bahasa inggeris dalam lif dengan slang macam penjajah belanda. Cakap pun tak berapa betul. Tapi baguslah ada usaha nak maju ke depan dengan harapan dapat sambung pengajian di United kingdom.

Aku tak pandai cakap inggeris, sikit sikit bolehlah bergantung pada keperluan sebagai contoh di dalam mesyuarat, kelas dan sebagainya, dan bahasa penjajah juga sangat sesuai untuk memaki hamun di dalam mesyuarat, sopan jika dibandingkan dengan bahasa jawa atau melayu melaka.

Benci tapi rindu

Dulu benci tapi sekarang rindu dengan subjek sejarah.

Umur dah cecah 30. Dulu masa belajar dekat sekolah, tak mahu belajar. Sekarang dengan keadaan politik yang huru hara, gaduh sana sini, perkauman tidak sudah sudah. 

Tanpa sejarah maka tiadalah kita semua.

Jadikan sejarah lampau sebagai panduan untuk berhati hati, dan iktibar untuk di masa sekarang.

Jangan sampai kita dijajah semula dan jangan hilang identiti.

Happy Merdeka Day.

Tuesday, August 26, 2014

Kelas Microsoft Office : Excel

26 hb aku akan mengajar microsoft excel Intermediate di UTC Jalan Hang Tuah Melaka. 

Kursus ini di jalan kan secara percuma, kepada anak Melaka yang berminat untuk kursus akan datang, bolehlah mendaftar di www.emelaka.gov.my. Banyak program seperti animation 2D, 3D, PHP & MySql, Joomla Web, Video, Photoshop dan lain lain ditawarkan. 

Bagi kursus excel kali ini, adalah untuk kakitangan kerajaan seluruh Melaka.

Khas untuk anak Melaka. Percuma.

Monday, August 25, 2014

Pekerja Sakit Mental

Dasar pekerja sakit mental

Bila di masukkan bekerja kau berpolitik pula di organisasi, mengumpat, bisik membisik mengata hal kerja orang, buat perbandingan pekerja A dan Pekerja B, dan siapa yang paling banyak kerja! itu yang kau fikirkan. 

Pekerja yang beritahu status di FB selepas waktu pejabat dengan status "masih disini, menyiapkan kerja ,orang lain semua dah balik, aku je masih meneruskan kerja" , dianggap pekerja yang sangat bernilai, sampai masa claim yang dirinya layak dan patut mendapat pekerja cemerlang.

Claim lebih masa kau tetap berkira, tidak boleh kompromi langsung! semua kau sapu, selagi ada peluang! tidak terfikir pula banyak masa yang dicuri, seperti minum pagi berjam-jam, keluar minum petang, berborak dari satu meja ke satu meja dan berak di tandas berjam-jam! tak boleh lebih kurang..

Friday, August 22, 2014

Kawal kawan mereka

Masalah sosial anak anak melayu dan budak budak sekolah semakin menjadi-jadi.

Dah berbuih mulut ibu bapa, guru sekolah, makcik, jiran-jiran menegur, tapi masih tak berkesan untuk mengubah tingkah laku anak-anak setan ini.

Berkabung

Perkataan berkabung merujuk kepada Malaysia yang mempunyai banyak bangsa dan anutan agama.

Keyboard worrior ramai yang mempertikaikan kenapa perlu berkabung, kenapa perlu pakai baju hitam, dah macam menyerupai upacara keagaamaan orang bukan islam.

Thursday, August 21, 2014

Transform

Transform

Inilah keadaan aku selepas jawab exam. Padah susah soalan. Ada yang boleh jawab dan ada yang tak boleh.

Tak apalah yang penting dah usaha. Dah tak dapat nak jawab, nak buat macamana. 

Wednesday, August 20, 2014

Nak tanam orang ke?

Nak tanam orang ke?

Tuesday, August 19, 2014

Endau Rompin (part 2)

Bulan 9 ni ada trip memancing lagi di endau rompin. emm nak pergi ke tak? nak pergi ke tak? duduk atas tongkang 3 hari tak mandi dan mabuk laut memang memualkan.

First time pergi memang terbaik, walaupun masa tu hari pertama aku dah menjerit nak minta hantar balik, rindu kat darat.haha

Nota : dari mancing pantai berjam-jam dapat gelama halus, baik korang pergi mancing laut dalam, boleh dapat ikan tenggiri.

Monday, August 18, 2014

No lighter, I only using this..

No lighter, I only using this..

Setiap hari kena beli lighter baru, semua orang pinjam, lepastu semua masuk poket, buat tak tahu je, kena buat cara macam ini lah lain kali. haha

Kesedaran Jalan Raya


Di malaysia ni ramai anak anak muda yang kreatif dan pakar grafiti. Boleh lantik mereka untuk membuat seni seperti ini di Malaysia.

Sekurang kurangnya boleh wujudkan peluang pekerjaan dan mengindahkan kawasan.

Kalau korang lihat seni seperti ini adakah korang akan memperlahankan kenderaan? 

Di Malaysia, had 60km/jam, tapi bawa 110km/jam. Lamborghini cap malaysia katanya dan jalan banyak berlubang.Tampal Tar, lepas tu selang seminggu korek. Itu jelah. Kos penyelenggaraan tayar dan kenderaan pun meningkat.

Sunday, August 17, 2014

Latihan Bola

Esok bermulalah semula latihan bola sepak. Lama dah bercuti sejak awal puasa lagi. Sepanjang aku dalam group ni, tak pernah menang satu perlawanan pun. Persahabatan mahupun pertandingan. Haha

Bila training, yang hadir 4/24 orang. Bila perlawanan, 58/24 orang.

Julia ke swimming pool

Julia suka berenang samaada di sungai, laut ataupun di kolam renang. Oh ya mungkin ini adalah hobi julia di masa lapang.

Masalahnya disini julia tidak dapat mengenal pasti apa akibat yang bakal kunjung tiba, baginya dapatlah beliau melepaskan stress akibat dari tekanan kerja dan permasalahan yang lain.

Emm..Err

Bermula dari zaman persekolahan, memanggil kawan dengan gelaran yang menjelekkan. Ada nama sayur, nama bapa, nama haiwan dan sebagainya.

Ada yang seronok dipanggil Ayam, kucing,pacat, dan katak, padahal nama yang diberi oleh ibu bapa sudah sopan. Lebih mudah sebutan dan senang dipanggil katanya.

Saturday, August 16, 2014

Apa Fungsinya?

Wujud media sosial untuk memberi fakta, menjawab persoalan, menjawab aduan, menghebahkan aktiviti anjuran program dan mendekat diri dengan stakeholder kamu. 2 hala katanya seperti apa yang obama yahudi sering laung laungkan. 

Itu yang sepatutnya, tapi apa yang telah terjadi kini? Baik artis mahupun orang politik. Sama sahaja. Tiada maklumbalas diberikan. Yang pasti dan ada hanyalah birokrasi dan kaedah konvesional yang menyusahkan sahaja, walaupun sekarang ini zaman siber.

Apa fungsi sebenar kamu mewujudkan medium sosial? 

Kisah Hamdan (Episod 7)

Apa yang bermain dan terpendam di benak Lauren tiada siapa yang tahu. Hanya Lauren sahaja yang tahu. 

Walaupun di wajahnya terpancar senyuman, namun dihatinya menyembunyikan seribu penyesalan dan kesedihan.

Friday, August 15, 2014

Begitulah lumrahnya

Bila panas kau mengeluh nak sejuk, bila sejuk kau mengeluh nak panas, bila dua dua cuaca bertembung, kau nak salji pula, eh kau mati baiklah!. Apa punya orang lah kau ini? Begitulah luahan pakcik pom yang separuh gila terhadap Moin yang baru berumur 5 tahun.

Begitulah lumrahnya manusia, ada sahaja yang tidak kena, itu salah ini salah. Orang lain beli itu ini,cemburu dan buruk sangka. Begitulah manusia. Kok gitu apa yang bisa membuatkan kamu bahagia? Kau ini bagaimana, atau aku yang harus bagaimana?

Sekarang ni musim hujan dan banjir, dan kenapa musim hujan ini tiba dikala tiba musim exam?Tak apa lah,  Syukur padaMu.

#idonthavetheideaswhenwheatheriscoldhaha

Sunday, August 10, 2014

Jimat Tenaga & Bantu

Jimat Tenaga & Bantu

Kini dah tak perlu nak balik rumah cepat-cepat dan hidup kembali bermakna dan kembali ceria. haha

Saturday, August 09, 2014

Santai di range

Esok exam, harini driving range la. Haha boleh cuci mata lihat green field.

Dah lama tak ke range and green, 4 bulan dah rasanya. Bila baca buku tak boleh fokus. Hopefully, lepas ke range, can be define whats the matters of reading and will focus.

Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

Klik Image diatas untuk Join.

Penat

Penat

Penat membaca dan menghafal. Totally different masa belajar diploma dahulu dari segi language. Totally in English.

Inilah padahnya lepas 8 tahun grad diploma baru nak sambung degree. Dah tak boleh nak buat excemption credit. Kena ambil full subject termasuk teras.

Tapi oklah, buat separuh masa ini, flexible. Duit gaji bolehlah tampung yuran belajar.

English aku sederhana je walaupun dengar lagu Metallica. Nasib baik ada kamus besta. Boleh tolong translate wording. Haha

Asal baca je mengantuk. 

#penatbacabuku
#malamsebelumexambacalah.

Thursday, August 07, 2014

Taknak kawan slash lagi!!

Cita cita aku masa kecil nak jadi slash guitars kumpulan Gun n Roses. Memang style! sepatutnya aku memilih menjadi anggota penyelamat bomba, tetapi disebabkan kehebatan slash dalam bermain guitar, aku memilihnya sebagai ambisi aku.

Taknak kawan slash lagi!!

segmen : blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

segmen : blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

Selesai masalah

Sebelum ni susah nak tidur bila malam, kalau tidur pun lewat. Kalau paksa tidur mesti migrain dan tak nyenyak.

Selesai masalah

Ada orang kata, sebelum tidur, makan dulu baru boleh tidur. Untuk menjadi manusia yang efisyen, makan, tidur tidak digalakkan, ini kerana bagi mengelakkan menjadi tabiat harian, malas,obes dan menjadi hobi.

Kalau interview kerja, bos tengok kerja sebelum ini makan tidur, tidur makan. Kau terima padahnya. 

Wednesday, August 06, 2014

Know-Lead-Edge

Know-Lead-Edge

Boikot tidak salah, itu bagus. Yahudi telah jauh kedepan berbanding kita dari segi penguasaan ekonomi. Who have knowledge, they will control the world. From knowledge you will enhance your economy.

Mengimbau Sejarah

Pesta bogel di teluk bahang baru baru ini, mengingatkan kembali aku pada zaman batu pra sejarah, paleotik, neolitik dan mesolitik, dimana pada zaman itu manusia tidak berpakaian secara sempurna dan hidup di hutan serta gua.

Tuesday, August 05, 2014

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam. Maaf Zahir dan Batin. Semoga pada Aidilfitri kali ini akan dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita, macam-macam jenis ucapan salam sebelum tiba raya, salam kosong-kosong dan macam macam lagi, jangan lepas raya dah jadi 10-0 pula. Haha.

Saturday, August 02, 2014

Boycot Israel

Tahukah anda semua, yang sebenarnya Israel telah menguasai dunia dan telah lama bergerak secara senyap melemahkan negara islam didunia.Ramai pemimpin islam telah dibunuh, dan meletakkan pemimpin dikalangan yahudi sebagai proksi. Banyak produk israel berada di pasaran malaysia. Dan tidak mustahil dalam usaha kita mahu memboikot, kita terbeli. Kerajaan kena menyekat semua produk, dan secara tidak langsung, suka atau tidak, rakyat berbilang kaum di Malaysia terpaksa menggunakan produk tempatan SDSI.

Google yang anda gunakan sekarang juga mengiktiraf israel sebagai sebagai sebuah negara, dan salah satu produk israel. Israel tidak layak diiktiraf sebagai sebuah negara, jika merampas tanah penduduk palestin.