Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Sunday, August 17, 2014

Emm..Err

Bermula dari zaman persekolahan, memanggil kawan dengan gelaran yang menjelekkan. Ada nama sayur, nama bapa, nama haiwan dan sebagainya.

Ada yang seronok dipanggil Ayam, kucing,pacat, dan katak, padahal nama yang diberi oleh ibu bapa sudah sopan. Lebih mudah sebutan dan senang dipanggil katanya.


Sudah biasa panggil seorang rakan dengan gelaran bawang, sampai suatu ketika, aku datang ke rumahnya untuk mengambil barang aku yang dipinjam oleh bawang! Bila tiba dirumah bawang, bawang tiada, yang ada hanyalah emak dia je, masalahnya aku lupa nama sebenar dia. Takkan nak panggil bawang ada tak makcik? Malu betul masa tu. Nasib baik mak nya pun panggil anaknya dengan panggilan Bawang!!

Kesimpulannya, sebelum mengelarkan rakan rakan anda dengan panggilan tertentu, ingatlah nama betulnya terlebih dahulu.

P/s: Rupa rupanya aku kawan dengan haiwan dansayur-sayuran.
Adalembu,kambing,belalang,pijat,kucing,komeng,soya,papan,bawang dan bendi!

5 comments:

  1. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
    salam kenal done follow ya

    ReplyDelete
  2. hahahahaha.. kelakar kn... mcm2 nme jee....

    ReplyDelete
  3. Cik Nadyya: sekadar berkongsi pengalaman. Smpai skrng panggil mereka ini dengan panggilan mcm tu. Haha

    ReplyDelete
  4. Etuza: salam kenal. Done follow too..
    Noura: mcm2..tu bru sikit i list..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi