Apa itu EPSA? EPSA ialah e Pembelajaran Sektor Awam khas untuk penjawat awam sahaja. Boleh mendaftar di epsa.gov.my dengan menggunakan email rasmi yang sah sahaja. Sebagai contoh amar@jais.gov.my.

Penjawat awam kena mencukupkan 7 hari  kursus dalam masa setahun. Bagi yang sibuk sampai tak dapat nak hadir mana mana kursus boleh cuba epsa ini. Ada panduan dan secara multimedia. Cuma ikut arahan yang diberi semasa menjawab.

Di dalam EPSA, ada masa yang telah ditetapkan di dalam setiap kursus, sebagai contoh, kursus menulis surat, masa yang diberi untuk menjawab kesemua soalan dalam masa 30 minit, anda perlu menjawab lebih dari 30 minit baru anda akan diberikan sijil dan tempoh kursus juga ada dinyatakan, sebagai contoh lagi, jika tempoh sesuatu kursus adalah selama 22 jam, untuk memenuhi 1 hari kursus anda perlukan 6 jam, so 22 bahagi dengan 6 anda telah melengkapkan 3 hari kursus. Hanya secara online sahaja. Tidak perlu tunggu 3 hari, hanya dalam masa lebih kurang 1 jam. Anda berjaya dan telah melengkapkan kursus selama 3 hari. Selepas menjawab dan ikut step by step, anda akan diberikan sijil, dan ada dah boleh mencetak sijil kursus anda!!


Sangat fleksibel, boleh berkursus di kedai mamak sahaja. Hanya ikut step by step dan arahan yang diberikan sahaja. Sangat mudah dan mesra pengguna.

Layari www.epsa.gov.my.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.