Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Wednesday, September 10, 2014

Naik lagi!

Apela, kata ekonomi semakin mencanak pesat, yang miskin makin bertambah miskin, yang kaya terus kaya. 

Penguatkuasaan makin ketat, saman banyak dikeluarkan dari tahun ke tahun.

Harga rumah makin melambung, pinjaman diperketatkan, harga minyak kejap naik, kejap turun, tapi harga barang basah naik tak turun turun.

Bagi bantuan, lepas tu ambil balik duit bantuan melalui tindakan penguatkuasaan, cukai dan kenaikan harga barang.


Kesimpulannya, harga rokok naik rm 1.00. Kami rakyat marhaein kadang kadang tak berapa faham pelan ekonomi yang di gembar gembur ni. 

Kembali kan kami ke zaman 1980 an! Aman, tenteram dan klasik. Tiada MRT, tiada brim,tiada Duke, tiada tol, caj parking harian dan tiada flyover.

Bagus juga bila rokok naik, murid sekolah susah nak membeli rokok, hah ye! Pintu sempadan dikawal 24 jam, itu kata menteri, tapi kenapa rokok seludup sampai sekarang masih ada? Kalau harga rokok seludup serendah rm 2.50 sekotak berbanding dengan rokok yang sah rm 13.00. Tak mampu ke budak budak sekolah nak membeli?

Cepat wujudkan akta inhalant tu, lepas ni ramai la hisap gam. Jangan sibuk gaduh dekat parlimen macam budak budak je. Haha

Saya tiada masalah, yang saya risau, bila bebanan kewangan yang ditanggung tidak boleh dikawal, jenayah pula yang semakin berleluasa seperti ragut,pecah rumah, curi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.