Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, September 26, 2014

Cara cara nak buat pemberitahuan SMS Google Calendar

Setiap orang, aku dan termasuk diri anda semua, pasti ada kalendar aktiviti hari ini, esok dan sebagainya. kadang kadang hampir terlupa, disebabkan banyak perkara yang hendak dilakukan. Jika di pejabat, mungkinlah ada orang seperti pembantu anda atau rakan tolong ingatkan, tetapi bukan untuk setiap masa! 

Untuk menambah nilai kehidupan anda menjadi lebih baik, menyokong kempen bumi hijau (kurang kertas) dan fleksibel dari segi masa, di tambah pula sekarang ini, ramai yang menggunakan smartphone hebat dan menggunakan gmail akaun! agak terlalu rugi jika tidak menggunakan platform yang percuma ini.

Google melalui email, akan menghantar pemberitahuan aktiviti anda melalui SMS.


Bagi sesiapa yang mempunyai akaun gmail dan aktiviti yang padat!, anda boleh ikut langkah ini! hanya perlu isi jadual anda di aplikasi kalendar yang disediakan dan settting mobile phone anda. 

Pemberitahuan SMS
 (gambar 1)

Cuba lihat di area atas kanan gmail akaun anda, anda akan dapati simbol kotak(lihat gambar 1)!tekan sekali dan anda akan dapat lihat ada CALENDAR di situ..

Pemberitahuan SMS
(gambar 2)
Jika keluar popup macam ini, cuma tekan close (x).(lihat gambar 2)


Pemberitahuan SMS
(gambar 3)

Selepas tekan pada calendar tersebut, cuba lihat di sebelah kiri gmail anda, cuba cari My calendars dan tekan sekali pada butang arrow kecil tersebut. Paparan seperti gambar atas (lihat gambar 3) akan muncul, cuba tekan pada Calendar settings.

Pemberitahuan SMS
(gambar 4)

Selepas tekan pada Calendar settings tersebut, paparan seperti gambar atas (gambar 4) akan muncul, dan cuba tekan sekali pada pautan Reminders and notifications.

Pemberitahuan SMS
 (gambar 5)
Untuk setting sms notifications anda tekan pada pautan Set up your mobile phone to receive notifications (Lihat gambar 5)


Pemberitahuan SMS
(gambar 6)
Selepas itu, masukkan nombor telefon anda, negara anda dan selepas tu, tunggu verification code yang akan di hantar kepada anda melalui sms, dan sila isi verification code, selepas itu save dan lihat status samada enable atau disable sms notification anda!

Pemberitahuan SMS
(gambar 7)

Jika semua dah ok, dan save (gambar 6), tekan pula pautan Calendar (lihat gambar 7) untuk setting sms time before anda after event, dengan tekan pada Reminder and notification

Pemberitahuan SMS
(gambar 8)

Selepas tekan pada pautan reminder and notifications(gambar 7), anda akan paparan seperti di gambar atas (lihat gambar 8) akan muncul, dan untuk add sms reminder, anda boleh tekan pada Add a reminder di area atas dan set timer (lihat gambar 8).
Ingat, pastikan lakukan dan setting dan register first your mobile phone seperti step sebelum ini. 

Selepas itu, cuba back to calendar dan cuba isi sebulan jadual anda!

Ramai yang mempunyai akaun gmail, dan dalam masa yang sama jadual kalendar rekod dekat nota kosong dan di excel. setiap hari kena semak manual. Jadi, apa salahnya ubah kepada yang lebih baik dan cepat?

Boleh juga install apps android seperti colornote dan sebagainya. boleh juga! biar banyak install baru tidak lupa! hari-hari PA nak bagitau, esok terpaut la pulak! haha

Sesiapa yang jadi personal assistant, boleh buat macam ini, tak perlu nak remind your boss everyday through call! 

2 comments:

  1. :) dah lama dh benda ni..
    Ramai yg guna gmail, tapi tak ramai yg tahu ada sms ni

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.