Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Monday, September 22, 2014

Taklimat kesedaran pakej umrah

Di taklimat kesedaran pakej umrah ini, banyak info berguna diperolehi. Lepas ini dah tahulah pakej pakej yang menipu macamana.

Bila slide dibentangkan. Ada yang tidur, ada yang angguk geleng geleng macam faham, dan ada yang duduk belakang tiang batu konkrit. Pandang tiang ..haha..sungguh strategik..


Penganjur kena lihat semula, jangan sekadar cukup muat je dan pandang kuantiti. Lihat kualiti dari kursus yang dianjurkan. Pilihlah lokasi seminar yang menepati syarat. Saya pun tak dapat lihat slide sepenuhnya.

Lif boleh muat 20 orang, masuk 60 orang.

Jangan anggap jumlah yang ramai hadir sebagai kejayaan, cuba lihat dari aspek kualiti penganjuran, faham ke tidak, penceramah membosankan ke tidak atau sebaliknya.

Kandungan kursus tersebut banyak menekankan penipuan pakej pakej penipuan dari syarikat yang tidak sah dan tidak berdaftar di bawah kementerian pelancongan.

Ciri-ciri syarikat yang tidak sah!

1) Mempromosikan pakej umrah di jalanan
2) Buka booth di pasaraya
3) Tidak berdaftar dengan kementerian pelancongan malaysia. jika ada masalah boleh merujuk portal     kementerian pelancongan untuk pengesahan.
4) Harga tawaran terlalu rendah dan tidak relevan, sebagai contoh RM 3200!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.