Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Thursday, October 09, 2014

Batu terbang!


Haritu baru sebut nak ambil kereta baru, Hari ini, cik Alza dah mengamuk dan merajuk! Masa tengah drive tadi, tiba tiba ada batu entah datang dari mana, terpelanting terus ke cermin kereta. terkejut aku..

Ingat takde apa apa yang jadi, emm bila tengok balik!! Arghh...retak la pula!! dalam kepala dah terfikir..rm500-600 terbang ni!! migrain sekejap...

Tapi bila fikir balik, oh aku ada buat insuran termasuk cermin windscreen rupanya! Nasib baik!..nasib baik aku ada tambah windscreen masa buat insuran haritu!! Korang tambah sikit lebih kurang rm 100 ++ camtu la..baik korang tambah untuk insuran cermin kereta. 

Kita tak tahu dan tidak pasti bila nasib malang tiba, macam aku ni hari ini, aku pun tak jangka! baru nak seronok-seronok dengan duit dalam wallet ni, lagipun cermin kereta kalau tukar sekarang mahal.

Bila jadi macam ni, aku terus pergi ke panel bengkel insuran yang di lantik, bawa geran, ic, lesen driving photostat..

5 comments:

  1. Mungkin lepas ni bleh pakai alas plastik meja untuk ganti cermin depan kereta.

    ReplyDelete
  2. Aminpembekalpelastiknatural_88October 9, 2014 at 7:04 PM

    Saudara @abun kalau nak plastik boleh oder sama saya.. murah-murah saja.

    ReplyDelete
  3. Dh tiba masanya utk Malaysia perkenalkn kereta tanpa cermin depan. Tetapi pemandu n penumpang pakai helmet jerkk. Bawa payung standby ujan

    ReplyDelete
  4. Yang penting windscreen tukar yang ori br selamat.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.