Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Saturday, October 11, 2014

Berhati hati dengan keputusan

Semua orang akan sakit, termasuk aku..sebabnya kita ni adalah manusia. Kadang kadang kita sakit biasa seperti batuk, selsema dan demam. Jika tak sembuh, kita ke klinik untuk ambil ubat dan minta pandangan doktor..kan, kan? Tapi dalam masa yang sama, jangan la kedekut dalam mengeluarkan duit lebih. Dapatkan juga pandangan dari berberapa klinik dan hospital pakar. Ada klinik biasa yang hanya ambil untung sahaja, kadang kadang mereka tiada teknologi atau kepakaran sepenuhnya.

Aku pernah ke sebuah klinik membawa mertua. Mertua sering mengalami pendarahan di bahagian sulit ketika membuang air kecil. Saya bawa terus ke klinik swasta di Melaka, keputusan dari doktor tersebut, ini hanya lah sakit biasa apabila tiba monopos. Emm..aku lega!

Tapi selepas diberi ubat, sakit dan pendarahan semakin menjadi jadi! Dan aku bawa lagi ke klinik pakar puan! Hasil siasatan, mendapati ada ketumbuhan di bahagian sulit! Jika dibiarkan boleh menjadi barah dan kanser!

Akhirnya, mertua di bedah, dan kini sihat seperti sediakala. Jadi, berhati hatilah, dapatkan nasihat dan pergi ke pakar! Biar keluar duit lebih, asalkan keputusan memuaskan.

Ini kisah lama dan aku kongsikan kepada anda semua agar berhati hati!

3 comments:

  1. biasanya klinik swasta baik servis. bila ke klinik, doctor cakap ni benda biasa saya memang tak puas hati. cek la betul2 biar setimpal dengan bayaran. kalau setakat nak cek lebih kurang je, buat naya patient macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly klinik swasta ok, tpi yang kes sy ni, klinik swasta...
      Entah doktor dari mana dtg ..

      Delete
  2. Ada pro dan kontra antara swasta dan kerajaan..terpulang kepada pilihan masing masing.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi