Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, October 13, 2014

Berhati hati ketika memandu

Korang pernah tak ketika menungggang motor atau bawa kereta, tengah syok driving, tiba tiba ada haiwan melintas? ada juga yang kemalangan kerana cubaan mengelak haiwan yang melintas..

Biasanya kalau lalu di kawasan kampung, kawasan pokok getah atau kelapa sawit, korang mesti akan menghadapi situasi break emergency! dan ternampak signage "awas, haiwan melintas!". Speed trap korang boleh elak, kalau haiwan melintas, jangan kata nak mengelak! dia acah acah lagi ada la!


Berhati hati ketika memandu

Berhati hati lah, masa bawa kenderaan tu, cuba lihat kiri kanan, jangan tengok jalan clear, tekan pedal minyak, bagi laju! malang tidak berbau...ketika anda menaiki kenderaan baca la doa memandu kenderaan, sekurang kurangnya kalau tidak tahu, bacalah al fatihah...untuk mengelakkan dari musibah.

Kalau haiwan tu, bercekerama di jalan raya laluan anda, bawakan lah bersabar! aku pernah menghadapi situasi dimana haiwan seperti di atas tu, melintas..dah la lembab, melintas pula bawa anak sulung sampai lah ke anak bongsu..aku dahlah dah lambat! aku tekan hon, berterabur lari menyondol apa ada disitu...nasib baik tak sondol kereta yang aku bawa, karang tak pasal-pasal kena samak! ada kes, yang dimana seorang pemuda parah, kerana tiba tiba khinzir macam gambar dekat atas tu, tiba tiba melintas...habis terbalik dan kemek kereta kancil tu! 

Berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya...

4 comments:

  1. Kalau kena kes yang mcm nie lebih baik perlahankan kenderaan dan bagi haiwan2 nie melintas. Sebabnya depa tak tau undang2 tapi kita tau, lagipun lebih selamat... kdg2 haiwan2 nie susah nak diramal pergerakkannya.

    ReplyDelete
  2. uish...betul tu..kena banyak berhati-hati time memandu ni =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.