Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, October 31, 2014

Ikut sapa la ni...

qayyum

Alahai si anak sulung ni, kenapa kamu berperangai sedemikian rupa? Haha..lagi sekali buat macam ni, nanti daddy babab! Si abang buat macam ni, esok si adik lak mengikut...!

Muka tak puas hati, sebab tak dapat main game kat laptop aku, aku dah belikan tab untuk diorang, tapi tak nak main game dalam tu..nak juga main daddy punya game!! Aku pun main dinner dash dan solitair je, itu je game yang ada kat laptop ni!! Daddy nak buat assignment la korang pergilah tengok cerita mr oss ke, upin ipin ke, cerita korea ke, atau perfect macth vivo!!...tangan sorang sorang dah la macam JCB!! Habis di geledahnya!! nanti korang tekan macam macam takut terdelete data data dalam tu lak nanti......

Budak budak sekarang ni dalam proses membesar, dia mengikut apa yang orang dewasa buat...tapi yang korek hidung ni, aku tak tahu dia ikut sapa!! Haha..aku suka pakai kemeja, baik malam atau siang..anak anak pun mengikut sekali..nak pakai baju yang ada collar dan poket..siap nak ada pen lagi! Haha..

Tak suka bila buat kerja anak anak datang..sebab bila aku buat kerja, aku suka hisap rokok, baru ada idea..

3 comments:

  1. Betul la tu...Masa kita mengemas rumah, diaorang dah ngadap laptop..bila time kita nak ngadap laptop, diaorang sama dok merengek kat sebelah..Hancurr idea.

    ReplyDelete
  2. ha, mesti ikut daddy die ni...hahaha..

    ReplyDelete
  3. Haha! Nakal abang long nih.. ikut perangai daddy la tu.. Ahaks!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.