Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Friday, October 03, 2014

Isu Halal

Isu halal ini, dari definisi yang kita faham, ialah bebas dari benda benda yang haram di makan oleh orang islam, bebas dari najis, diproses disediakan mengikut hukum syarak.

Sejak akhir akhir ini, kecoh dengan isu starbuck di media-media sosial berkenaan haram kerana mencampurkan wine (arak ) dalam sesetengah produk mereka. dan ini kenyataan dari pihak JAKIM. 

Nasihat dari Jaim dan Jakim, mereka tidak pernah mengesahkan bahawa starbuck itu haram, cuma sijil starbuck telah ditarik balik dan jika ingin menikmati hidangan, sila lihat dan pastikan sijil halal di premis tersebut.


Aku keliru..kalau di tarik balik, kenapa nak kena tengok sijil halal? 

Kalau makan di hotel, tidak semua hidangan halal, kalau dekat premis bangunan tu ada logo halal, bukan bermaksud kesemua makanan tersebut halal. berhati-hati lah, rujuk lah agensi agensi yang di lantik.

Sesiapa yang tinggal di Melaka, sila rujuk JAIM, mereka lebih faham dan mereka ada maklumat. Isu halal ini sangat subjektif, di premis makanan melayu pun berhati hatilah, bila sebut halal, bukan merangkumi semata-mata babi dan arak, jika penyediaan makanan sangat kotor, ada unsur-unsur pemujaan syaitan seperti penarik pelanggan dan memasukkan spender di dalam makanan, itu HARAM, dari hasil penyelidikan dan bercampur gaul dengan pelbagai level latar belakang rakan rakan, mereka kata, jika kedai yang ada pasang lilin, ada pakai hantu! betul ke?

Aku bukan ustaz, rujuk orang alim agama...aku sekadar berkongsi maklumat.

Untuk direktori halal, tekan sini , starbuck dekat AEON Melaka halal, tarikh tamat 2016! apa lagi...tapi israel produk, so say no!, makan tomyam je dekat rumah.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.