Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, October 29, 2014

Kegunaan internet pejabat...

Internet di pejabat digunakan untuk buka sistem, email rasmi dan segala hal yang berkaitan kerja. Bukan untuk buka harakah daily, barisan nasional online, berita harian, utusan malaysia, air asia, portal genting highland, youtube, blogger, facebook dan twitter. 

Bila sistem di tempat kerja dan internet down, semua orang salah kan IT department, akses bandwidth meningkat, internet menjadi lembab. Kalau nak buka facebook atau media sosial yang lain atas tujuan peribadi! Gunalah data plan handphone atau broadband masing masing, mustahil guna smartphone tak pakai mobile data. Tak pasal pasal kena off firewal.


Baca ikrar macam macam integriti la, akauntabiliti la, tapi dalam masa yang sama, salah guna harta kerajaan. Ada user yang sanggup install perisian seperti ultrasurf untuk view facebook, perisian macamnilah yang menganggu sistem di dalam rangkaian dalaman. Lepas tu cakap, kenapa sistem tak boleh buka dan cakap apa yang it department buat! 

Aku block perisian yang tak sepatutnya dibuka di tempat kerja dalam firewall, kalau degil nak buka juga kerana boleh mengigil badan kalau satu hari tak dapat akses beli broadband sendiri je. Keluar duit sendiri taknak!!

Tengok laman web lucah, download sana sini, lepas tu banyak spam dan virus masuk dekat PC..apa lah nak jadi...macam macam perisian yang korang install, takpe nanti aku remote komputer korang ni semua, buang semua apps yang entah apa apa! Kalau nak akses juga, guna data plan masing masing. Internet streamyx dekat pejabat ni, bukan main lembab macam siput..ini semua sebab bandwith internet out yang tinggi..

Aku pun tak boleh nak akses blogspot..haha..baru adil..bukan saja saja block, boleh buka je..no hal, masalahnya kalau dah unblock tu diam diam lah, nanti orang cakap, eh dia boleh buka, aku tak boleh ni..emm karang habis di report nye..

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.