Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Sunday, October 05, 2014

Kos sara hidup

Kenaikan mendadak dan pengurangan subsidi minyak secara tiba tiba banyak menjejaskan pendapatan ekonomi rakyat. Minyak naik barang naik. 

Matpit dan perompak memang penyangak, kerja tidak mahu, tahu curi hasil penat lelah orang sahaja. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi statistik jenayah, disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Jangan kurangkan subsidi, potonglah bajet berbilion kerajaan dalam menampung makanan dan minuman di pusat serenti dan hentikan ubat ubatan penenang methadon dari kerajaan kepada penagih dadah, seolah olah mengalakkan ramai penagih, bukan terapi bagi pencegahan, kalau dah ambil dadah, takde maknanya nak berhenti, kawan kawan pun hasut hisap balik....emmm

Rasuah pun akan meningkat. Aku masih mampu dan aku juga banyak site income luar, tetapi bagaimana dengan gred bawah yang income hanya sekitar rm 1000 sebulan? Di sarankan pihak kerajaan ubah semula polisi dan dasar dalam benarkan penjawat awam, berniaga termasuklah berniaga online. Asalkan tidak menjejaskan prestasi kerja.

Bukan menentang dan tiada niat untuk menderhaka, cuma meluahkan perasaan yang terbuku di hati, untuk anak cucu cicit di masa akan datang. Tiga benda boleh merosakkan negara, chingey, rasuah dan tidak tepati masa. Haha

Harap bajet 2015, dapat membantu rakyat hendaknya. 

2 comments:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi