Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, October 14, 2014

Mandi

Dah berbulan tak basuh kereta..plan hari ini nak basuh kejap la! hantar kedai je..kalau nak basuh sendiri memang tak sempat, hantar carwash jela. kali terakhir aku hantar kereta, kena charge RM 35.00 padahal sebelum ni RM 15.00 je. bila tanya, kenapa mahal sangat ni ? sebelum ni RM 15.00 je? alasan yang diberikan tauke kedai ialah, kereta awak kotor sangat.. boleh terima ke alasan tu? kalau kereta bersih, aku tak hantar la dekat kedai kau kan? ada member kena charge RM 40.00. haha..alasan yang sama la..sebab kereta kotor..cam setan! haha


Kalau nak cerita pengalaman aku yang lain pasal basuh kereta ni, ada satu lagi cerita, aku tunggu dari pukul 2,00 petang sampai lah ke pukul 6.30 petang. padahal kereta ada 3 buah je termasuk kereta aku, entah apa yang lama sangat, tapi takpelah sabar dan sabar. Tunggu punya tunggu pukul 4.30 petang hujan turun, lebat! masa tu kereta aku baru nak cuci..aku tunggu lagi! pukul 6.15 petang, tauke kedai tu panggil, cakap dah siap! aku pun cakap berapa ringgit, dia kata RM 12.00, ok fine, aku start kereta, bila tengok dashboard dan dalam kereta, kesan coklat yang anak aku makan, masih ada! aku sound la, hai..lama saya tunggu berjam-jam, kesan coklat dan dalam kereta ni tak bersih pun, tauke tu cakap, "oh, kita basuh luar je, kalau nak basuh dalam kena tambah duit!...arghhh..tension aku la! banyak orang gila sekarang ni!" 

Arghhh...apa yang kome semua ni basuh! berjam-jam aku tunggu.... 

Ini lah masalahnya kedai basuh kereta orang melayu ni, bukan kita tak nak tolong, masalahnya menipu dan takde kualiti. sekarang ni, dah jumpa kedai basuh kereta yang benar-benar hebat dan bersih! dekat semabok, namanya VIP Carwash..aku kena charge dalam RM 15.00 je untuk SUV car..bersih! serius..

Kereta bersih..hati pun tenang...takde la berserabut..walau pun minyak naik, takpe..yang penting kereta bersih..haha

6 comments:

  1. Amboi, sampai RM35 basuh kereta... Mahal nyaa, tapi xde pengalaman pun agi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai dah kena dengan kedai bakau darah tu...basuh dah la tak bersih,,

      Delete
  2. Hamboi, cuci kereta sampai cas 40 hengget??! Memang tak masuk akal betul.. Selalu cuci kete paling mahal pun dalam RM15 je.. Memang kalau kedai Melayu cekik darah.. Menipu satu hal.. Pastu bila orang tak pegi tempat dia kata tak support bisnes orang Melayu pulak.. Memang orang zmn skrg dah ramai yang gila.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada org mcm ni..dah terdesak..so terpaksa menipu

      Delete
  3. kekadng org melayu ni buat keje tak ikhlas. mcmana nak tlng bangsa sndiri?

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.