Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, October 18, 2014

Rukun tetangga kampung

Kampung atau area taman kediaman korang ada tak rukun tetangga atau pasukan ronda? Tujuannya, untuk jaga keselamatan kampung dan taman..

Lewat pagi macam ni lah, biasanya aku dan berberapa rakan kampung ronda, semua kawasan redah, jalan kaki dan naik motor....so far time aku jaga dari pukul 12.00 pagi hingga 5.00 pagi, setiap satu jam ..kitorang akan ronda lah...

Ada satu malam tu, tengah leka berbual, kitorang terdengar suara orang minta tolong, sayup je bunyinya, kitorang pun apa lagi..jejak punya jejak suara tu, sampai ke kebun getah! Depan sikit..ada kubur! Makin rapat makin jauh...ah! Apa lagi...berterabur lari!


Sepanjang pengalaman aku bertugas dari pukul 12.00 pagi hingga 5.00 pagi, tiada kes kecurian atau pecah rumah terjadi! Hebat? Lepas kitorang balik rumah pukul 5.00 pagi, tidur dan bila bangun esoknya, ada 2 kes curi motorsikal di kampung! Pui! Pencuri lebih bijak! Dia pun tahu berapa lama, kau boleh tahan mata. Pukul 6-7 pagi, kau curi ye! 

Satu lagi, semasa ronda yang terakhir sebelum balik rumah, kitorang nampak dari jauh, ada seseorang sedang berdiri di sebelah motorsikal di rumah rakan kami, sangkaan kami, oh, mungkin si deris mahu ke pasar membeli barang dapur! Kitorang pun sambunglah berbual..haha, esok dengar cerita, motor deris hilang!!! 

Paling sedih dan cepat balik, bila nampak kuntilanak genduruwo di sawah!!! Bukan main cantik landing....itulah malam last rukun tetangga kampung! Lepas tu dah tiada lagi sehingga kini! Haha

Sekarang ni, dengar kata setiap rukun tetangga dapat elaun, peruntukan daripada kerajaan negeri masing masing.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.