Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, November 20, 2014

Ambil kesempatan atau kesempitan?

Semua orang termasuk rakyat marhaien terutamanya peniaga kecil kecilan merasai kesan dari pengurangan subsidi minyak, Ada peniaga kecil yang mengambil kesempatan dari kenaikan harga minyak dengan menaikkan harga barang..jika dulu pau kaya harganya dikedai yang sama dibeli sebelum kenaikan, berharga RM 1.00, selepas kenaikan harga minyak, sudah jadi RM 1.20 sen? kenapa menjadi begini? sebabnya, kos barang yang lain bagi membuat pau mungkin meningkat sekali, namun selepas penurunan harga minyak? adakah harga pau akan turun? 

Yang kaya terus kaya...yang miskin terus miskin...yang kaya adalah penghasil & pengeluar barang-barang dan yang menguasai ekonomi, yang rata rata bukan terdiri dari bangsaku, aku turut merasa tempias dari kesan kenaikan harga minyak, kerana rata-rata supplier mula memberi alasan menaikkan harga barang mereka sekali ganda.... 


Harap harap peniaga tidak menaikkan barang jualan makanan mereka selepas pelaksaan GST pada tahun 2015, walaupun pelaksanaan GST tidak melibatkan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan 40 lagi barang keperluan asas yang lain. Namun kita sebagai manusia, tidak lari dari memerlukan keperluan kehendak yang mana setiap dari kita pasti mempunyai keinginan untuk menaik taraf diri kita supaya kelihatan sempurna dari orang lain dan untuk keselesaaan keluarga kita juga, sebagai contoh memiliki kereta, handphone, tilam, televisyen dll yang mana tanpanya kita masih boleh meneruskan kehidupan..

Untuk memiliki keperluan kehendak ini, setiap orang memerlukan duit untuk memiliki dan berbeza beza mengikut taraf hidup masing-masing. 

Situasi 1 , Masa makan di sebuah warung di Melaka, aku terperasan sebelum minum air yang di pesan, straw minuman seperti di gigit dan macam telah digunakan...ermm kitar semula ke ni? tapi takpelah...mungkin peniaga tu susah agaknya...! nak beli straw baru..mungkin mahal..baik kitar semula dan basuh...! Kesian...

Situasi 2, Masa tengah makan di sebuah warung yang lain juga, terdapat banyak kucing berkeliaran di kedai tersebut...! nak di pendek kan cerita, seekor kucing telah mengambil ayam mentah yang masih belum di goreng, tapi telah di potong-potong dan telah di siang, kucing tersebut membawa lari tidak jauh dari kedai tersebut...! si peniaga tersedar..dan terus merampas semula ayam yang telah di ratah sedikit oleh kucing tersebut...dan membawa semula ayam tersebut ke dapurnya...

Oh..adakah di zaman ini, dengan kenaikan pelbagai harga barang, harga minyak dan kos sara hidup yang lain, menyukarkan hidup rakyat dan mengubah cara kehidupan rakyat?  atau sekadar mengambil kesempatan dari situasi semasa yang berlaku untuk mengambil keuntungan ataupun benar benar kesempitan dalam menjalani kehidupan sampaikan terjadi seperti situasi situasi seperti di atas.

Bukan mengeluh...aku cuma memikirkan bagaimana nasib orang orang yang susah...aku mungkin cukup cukup makan..apatah lagi mereka mereka ini?

خا خا تاحو كه يانغ كي تا سبنار منومفانغ دي بو مي سن ديريوو كي تا له دي خا خاه سدر له واحاي بانغساكو

ِAku tak pandai jawi, tapi aku cuba tulis..erm..kata kata hikmah tuh...haha

ساقئرل امر

14 comments:

  1. Samalah, Safirul.
    Setakat ni saya memang cukup makan.
    Taktau mereka yang susah macamane lah agaknye mereka ikat perut.

    ReplyDelete
  2. Hmm...10,20 tahun akan datang..bagaimana generasi yang seterusnya.. =(

    seronoknyermelukis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm erm...entah ada lagi ke tidak kita masa tu...
      macamaana la ye...

      Delete
  3. Merangkak baca Jawi bawah tu..Tahniah terpilih...dapat straw yang dah digunakan!!Hawau betul peniaga tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...memang orang JAWA MELAKA la achik ni! hahaha

      faham ke tak JAWI tu? cuba sebut kalau pandai?

      Delete
    2. Memang tak tahu langsung apa benda tu...simpan la kata-kata hikmat tu..

      Delete
    3. Achik..maksud nye..

      HAHA TAHUKAH YANG KITA MENUMPANG DIBUMI SENDIRI. KITA DI JAJAH..SEDARLAH WAHAI BANGSAKU

      Delete
  4. tudia la kan. tu baru disbbkan myk naik 20sen terus recycle straw. xtau apa pulak nk jadi nti hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm...kalau naik RM 0.70 sen...agaknya...bg minum guna air perigi je....

      Delete
  5. Betul tue..nak tak nak kena la tabah menghadapi keadaan ekonomi skrg nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee.....tabah je la....
      malaysia masih aman katanya....
      Yeah!

      Delete
  6. miskin harta, kaya jiwa. haha. kalaulah boleh di apply pada zaman ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrng ni..kaya jiwa pun.kena kaya harta juga..sbb semua benda duit duit duit

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.