Ramai yang suka tengok video dan dengar lagu di Youtube, tapi tidak tahu bagaimana nak memuat turun audio atau video tersebut? Jika tahupun cuma copy embed code dan paste di blog. Ada banyak akaun web yang digunakan untuk muat turun, namun terpulanglah kepada masing-masing, aku lebih selesa muat turun video dari youtube menggunakan cara ini, korang juga boleh convert video kepada format audio (mp3). mudah sahaja, hanya perlu copy dan paste dan mahir dalam ilmu hisab matematik..haha 

Tutorial di bawah ini adalah Cara mudah download video dari Youtube, langkah pertama, pergi www.youtube.com dan lakukan carian video dan audio kesukaan anda. Korang boleh extract audio mengunakan converter online dan muat turun video dari youtube. Memang mudah.


Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Selepas lakukan carian, video dan audio anda akan dipaparkan, di area url address, youtube telah menyediakan url seperti https://www.youtube.com/watch?v=llHYn-jGjt8 sebagai contoh. anda hanya perlu copy url tersebut.

Selepas itu, buka tetingkap baru (new tab -window) dan taip di url address akaun web http://ytconv.net/. pastikan paparan seperti di bawah muncul. 

Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube
(Gambar 1.0)

Paste kan url address dari youtube tadi ke dalam ruangan Youtube URL di ytconv.net. (lihat gambar 1.0), target format pula, format apa yang korang mahukan dari video yang korang muat turun tu, anda boleh pilih samaada MP3(Audio), jika inginkan format video korang boleh pilih 3GP, FLV, AVI, MP4 (Video format) dan lain lain.

Anda harus dan kena masukkan figure verification, if you are human, soalan matematik..haha..aku pun kadang-kadang salah isi..haha, jika salah isi, ikut semula langkah awal !! selepas semua maklumat di isi, tekan butang check. 

Selepas itu Ytconv akan proses permohonan anda, dan jika tiada apa apa masalah dan dari segi license copyright, (biasanya OK je, tiada masalah)..akan di paparkan seperti gambar dibawah.

Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube

 Ok, tekan butang Continue. Ytconv akan memproses lagi. 

Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Jika keluar iklan popup sepanjang dalam tempoh Ytconv, sila tekan butang pangkah, banyak popup akan keluar biasanya..tapi takpelah, sabar je..

Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube
(Gambar 1.1)

Jika tiada apa apa masalah, ini lah step kedua terakhir..sila tekan mana mana butang yang sesuai untuk download. kalau aku , aku guna AdF.ly . tekan sekali pada Adf.ly.

Anda akan dapati, window baru akan dibuka..dan untuk langkah yang terakhir sila tekan butang SKIP AD (lihat gambar bawah) sebelum itu anda kena waiting dalam 5 seconds sampai butang SKIP AD > muncul..sabar ye bawa bertenang. jangan gelojoh!! 

Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Muat turun in progress..Semoga berjaya, good luck! begitu lah cara mudah download video dari Youtube.

(Bila sesebuah hasil karya dimasukkan di internet untuk tontonan umum, risiko untuk berlakunya kecurian atau muat turun secara percuma tanpa keizinan tetap ada dan berleluasa, terpulang kepada masing masing dalam menyokong karya tempatan, banyak akaun web yang di gunakan untuk proses muat turun, gunakanlah cara ini untuk tujuan kebaikan dan pendidikan seperti muat turun video video ceramah agama dan kartun untuk tontonan anak anak dan sebagainya)

6 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Asalam Saf..inshaAllah akan datang lagi nak elajar. Kuiz bagaimana ya betul2 kah nak ikut ni..harap buat jawaban nya ya

    BalasHapus
  2. hantar jawapan di ruang ulasan pun boleh ya ..nanti Etuza taip balik untuk print ya...

    BalasHapus
  3. ilmu baru ni.. biasanya ana donlod kat keepvid hehe

    BalasHapus
  4. YouTube Mp3 converter is by and large talked by others. Inside their diverse fields, they'd really need to have an utilization of a converter, whether it's free or not. Mp3 or melodies assume a basic part in the lives of people today.youtube video downloader for android mobile

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.