Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, November 05, 2014

Dulu lain, sekarang lain..

Budak dulu-dulu, kalau nakal dan kaki buli, cikgu mata pelajaran ke, disiplin ke sebat cukup cukup! tujuannya untuk mendidik supaya jadi manusia suatu hari nanti, mak bapak pun tak kisah! tapi budak budak sekolah sekarang, tak leh kena jentik sikit, kalau guru jentik pihak atasan boleh ambil tindakan terhadap guru terbabit!  

Macam macam program yang 'lembut' pihak atasan arahkan buat, program guru penyayang la itu, itu la ini lah, tapi, budak budak makin banyak lemak!!...banyak kedengaran sekarang di media massa dan media cetak, pelajar pukul rakan, pukul cikgu, terlibat kes ponteng, dan sebagainya! guru besar di sekolah terbabit yang terlibat kes kes sebegini, mohon bertanggungjawab terhadap setiap kes serius membabitkan kes-kes berat seperti dinyatakan diatas!!, ambil tindakan...jangan nak jaga reputasi sekolah sangat!!, semata mata nak dapat kenaikan pangkat! bertanggung jawab lah....!


Budak sekolah makin kurang ajar dengan gurunya dan rakan rakannya disebabkan polisi yang entah apa apa dari sang pembuat polisi..!! Terima kasih kepada cikgu aku di SMK durian daun melaka dan SMK ayer molek, yang 'ajar' aku cukup cukup masa di bangku sekolah era 1998-2002. aku kini dah jadi manusia, bukan alien lagi dah! aku dah taknak pukul pukul orang lagi dah...aku selalu kena sebat dalam bilik tahanan yang gelap sebab takde disiplin dan nakal! seram! haha

Kes buli baru baru ini masih disiasat, dan sekolah yang terbabit, belum di kenal pasti lagi!! kepada guru besar di sekolah yang terbabit dengan kes buli baru baru ini.., dengar kan lagu ni..



6 comments:

  1. budak2 sekarang terlebih manjaaa . bilaa anak depa perangai tak elok mula salahkan cikgu . kdg2 kesian cikgu yg xbersalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la Lieya...cikgu nak 'ajar' pun terbatas! disebabkan arahan arahan yang tidak sepatutnya...cikgu tersepit di antara polisi entah apa apa...

      Delete
  2. ye betul. ayah pun ada cakap.. budak zaman sekarang ni jadi macam tu pun sebab mak bapak juga. terlalu kesiankan anak, terlalu manjakan anak.

    kalau dulu, buat salah sikit je, kena rotan, sedap pula rotan yang halus and panjang. hahaha... tengok sekarang, masing2 jadi orang berguna. jadi businessman, jadi engineer, jadi chef. semuanya bertauliah dan ada adab.

    skang nak jentik pun siap nak masuk berita, come on la..

    ReplyDelete
  3. maaf cakap, tapi memang budak2 sekarang dah melampau. ayah sy dulu siap pesan awal2 kat cikgu rotan je terus sy kalau ada buat salah. budak2 sekarang jentik sikit pun tak boleh. alih2 cikgu sekolah jugak yang makayah saman.

    ReplyDelete
  4. tu la bdk2 zmn skrg dimanjakan sgt. cubit sikit pon repot. phuii~

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.