Kalau dah nama pun anak jati Melaka, memang hari hari makan asam pedas!! kalau tak pekena asam pedas melaka, makan pula asam pedas johor, memang terbaik! lepas makan makanan pedas-pedas, mulalah bercakap pun 'pedas' sampai keluar 'api' ala ala orang melaka hahaha!  emm gurau gurau je ya, emm daging salai masak lemak negeri sembilan pun sedap juga.

Kadang kadang kita kena tukar selera,kan? baru kemanisan sebuah kehidupan dirasai begitu juga bila kita berblog, setiap entri tidaklah menjurus kepada sesuatu kategori, kadang kadang perlu ada entri yang serius, berkaitan kerjaya, keluarga, perniagaan, politik dan sebagainya, sekadar berkongsi pengalaman dan idea. apa salahnya? namun, terpulang kepada masing-masing.

Ok, kali ini nak buat review tentang Hidangan Makanan Jepun iaitu Gyudon, hidangan ini boleh di dapati di Restaurant Sukiya, biasanya ada di Aeon Jusco, cari je nama nya Sukiya.  


Hidangan Makanan Jepun Gyudon

Gambar makanan kat atas tu namanya Gyudon, Bila ada waktu lapang dan santai, dan nak tukar selera makan, jom cuba Hidangan Makanan Jepun Gyudon ini. Orang korea atau jepun , makanan dia lebih kurang sama, lebih pada daging dan sayur...! emm kalau makan dengan set kimchi,telur dan sup dia. erm memang sedap, kenyang dan jimat lak tu!

Kalau ada asam pedas dekat sukiya ni, aku dah order dah, haha..tapi sekali sekala kena juga makan menu macam ni Hidangan Makanan Jepun Gyudon , hidangan daging kan, baru tubuh kuat...

Menu makanan orang jepun dan korea ni, makanan diorang susah nak jumpa yang bergoreng dan banyak minyak!...amat sesuai untuk permakanan yang sihat...menu ni ringkas, halal, sedap dan sihat itu yang dapat aku rumuskan buat masa ini!! Gyudon kalau kita makan, kita kenyang sampai ke malam, sebab nasi diorang tu besar dan bulat...agaknya orang jepun dan korea ni, makan sekali je kot setiap hari...

Ok, ini review percuma je, malas nak review lebih lebih, cukup lah tu..haha, jom cuba Hidangan Makanan Jepun Gyudon.

9 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Harga?? =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    BalasHapus
    Balasan
    1. Biasa nya kalau medium rm 7.50 cmtu la siap air..
      Kalau large set..dlm rm 13.50 siap air...cuba view sukiya..

      Hapus
    2. Biasa nya kalau medium rm 7.50 cmtu la siap air..
      Kalau large set..dlm rm 13.50 siap air...cuba view sukiya..

      Hapus
  2. ana suka pulun shushi kat aeon tu.
    certain org x suka sbb dia mcm hafl cook.
    arhh pedulikkan lah org nak kata apa. haha
    nti nk try ni la pulak hehe

    BalasHapus
    Balasan
    1. Gyudon dgn kimchi ni best...sy mkn pun sbb member yg ajar ..haha..lama2x jdi mnt lak..shushi pun sedap..! Inari..sedap..

      Hapus
  3. Masak lomak memang sodap.
    Ni dinner tadi makan ikan sembilang salai masak lomak.
    Saya suka juga masak asam melaka..johor xsure macamana pulak rasenye..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Emmm...Doc, ye masak lomak mmg sodap..hee..
      Asam pedas melaka pekat ..johor..cair sikit, bnyak air asam dan daun kesum, tpi kalau area gemas, batu anam segamat asam pedas johor dia letak sayur asin..best...
      Selalu mkn dkt parit jawa.....

      Hapus
  4. Tak pernah makan gyudon ni.
    Betul ke pemakanan Malaysian camtu?
    Ishhh teruklah...patutlah patient yang berpenyakit 3 serangkai makin ramai dari kalangan muda-mudi.
    P/s: kalau Doc kat klinik mmg xde istilah minum pagi. Lepas breakfast.. Tggu lunch je lah..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Doc, ini apa yg saya nampak la...kebanyakkan nye cm tu lah kalau dkt Malaysia ni..kita kaya dengan pelbagai jenis makanan...smpai bnyk siaran siaran makan makan...

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.