Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Saturday, November 15, 2014

Kena ubah pendekatan

Sekarang ini, semua perkara urusan konvesional mungkin tidak relevan di zaman siber ini, kos sara hidup naik, semua naik!! Orang semakin berkejar kejar untuk mencari duit..! Tiada masa...Mana kaedah yang cepat, itulah yang digunapakai..

Ok, kita di dedahkan dan di kejutkan dengan pelbagai isu membabitkan pelajar sekolah kini..mungkin salah satu faktor disebabkan mereka tertekan dengan cara pembelajaran yang masih konvesional di sekolah, di fahamkan ada lab komputer yang disediakan kerajaan, tetapi tidak digunakan sebaiknya, mungkin guru ict tak berapa nak faham yang apa patut dibuat dengan makmal komputer tu dan tujuan nya di bina?



Pelajar pun manusia juga, ada perasaan dan sifat ingin memberontak..tak dapat pukul guru, dapat pukul rakan di sekolah pun jadilah, murid murid mungkin tertekan di rumah dimana ibu bapa mungkin tiada masa dengan mereka, sibuk je memanjang..! Ramai guru complaint murid degil, kurang ajar dan lembab, takde disiplin dan tak minat belajar ? Sebab apa? Sebab murid tak faham apa yang di ajar, jika kaedah masih cara lama dan bosan!! Kita sebagai pendidik kenalah memaksa diri kita sekurang kurangnya tahu asas ICT! Murid murid atau anak anak kini lahir lahir je dah pandang komputer!! Pelajar tak suka baca buku dan dengan cara pembelajaran oleh guru yang bosan dan berpandukan buku sepenuhnya, tidak dinamik!!

Apakata serapkan elemen ICT sedikit dalam pembelajaran supaya lebih interaktif, tetapi dalam masa yang sama, dua hala!! Ini akan menimbulkan rasa minat untuk belajar dan secara tidak langsung..gejala seperti salahlaku disiplin akan dapat di atasi, Jika kita masih selesa mengikut cara yang masih lama dan cara menekan...jangan salahkan pelajar jika pelajar tersebut kurang cerdik, degil ataupun kurang ajar..! Satu lagi, murid datang sekolah, bukan ditugaskan untuk membuat kerja kerja yang sepatutnya dibuat oleh guru dan kerja tukang kebun seperti mengecat, cabut rumput dan sebagainya! Murid datang sekolah nak menimba ilmu....jika degil dan lembab sangat pelajar tersebut, jangan pula dikerah seperti buruh kasar di sekolah, guna pendekatan berbeza untuk mengajar murid lembab tersebut..

Memang tak di nafikan, guru guru terseksa dengan pelbagai sistem dan polisi dari si pembuat dasar dan polisi! Aku tengok sistem i think dan pbs pun sakit hati! Kenapa nak membebankan guru dengan benda yang komplikated sedangkan hakiki tugas sebagai seorang guru pun tak terkejar...? Apa fungsi pentadbir, jabatan, ministry, dan sebagainya berkaitan pendidikan? Goyang kaki? Make use of people?...tak terlayan guru dibuatnya, macam macam nak kena urus, program motivasi, sistem, key in data dan dalam masa yang sama sebagai pendidik!!..kesian guru guru.

Mungkin guru guru faham apa yang cuba aku sampaikan ni...kesimpulannya..budak budak sekolah ni ada yang lebih faham ICT dari guru gurunya..!

5 comments:

  1. mama ada terbaca komen awak tadi tentang eliza punya segmen.. kikiki.. kenapa jadi macam tu ek? mengalahkan denaihati punya segmen.. kalau berbaloi hadiahnya ok kot.... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku terasa mcm nak pukul dan nak buli orang sekarang ni kak...hahahahahaha

      Delete
  2. Saf dah rujuk blog aetuza ka ada infor baru hal anugerah tropi tu..sila buat tindakan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde apa apa pun? kena pakai borang jawaban tu ke?

      Delete
  3. etuza datang selesaikan pembacan..hal kerjaya Etuza, memang banyak cabaran bila semua online, sistem lama masih boleh pakai..bab nak isi maklumat ..so line amat slow.macam2 keadan berlaku hingga ada langsung sekolah tak siap info yang diinginkan.tak sampai maklumat. Tapi bab mendidik anak2 di sekolah.tak boleh stres...

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.