Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, November 05, 2014

Kes penipuan online

Banyak penipuan online sekarang ni berlaku, tadi ada seorang rakan di tipu, macam biasalah, bila dah kena tipu, barulah datang jumpa aku!! Sebelum beli dan bayar, takde lak nak datang jumpa! Emm dengar dia cakap pun sakit hati di buatnya..

Rakan aku ni nak beli handphone, cari barang pun dekat internet, katanya mudah.my, lepas dah dapat no call penjual, terus call, bila call berkali kali tak jawab, urusniaga hanya secara whats app sahaja di layan!! Selain dari itu..No!! Rakan aku nak COD ( cash on delivery), penjual tu kata, taknak datang, sebab jauh! Alasan lain, sebabnya jantina nye perempuan! Tak elok la kononnya..! Laa..kalau taknak datang takpe la, kita boleh pergi jumpa..takde hal lah! Macam macam alasan di beri si penjual!


Ok la..member aku ni pun buatlah cash before delivery (CDB), bayar guna cash deposit dan selepas bayar tunjuk resit melalui whats app akaun si penjual..dan tiada respon. Apa lagi, member angin la satu badan!! Haha..lepas tu, member usha guna nombor hp lain dengan whats app akaun berbeza, bila tanya samada ada lagi ke tak handphone tu..si penjual respon, Ada..kalau berminat bank in duit dulu..!! Memang penipu la! 

Nasihat aku, urusniaga online tu ok dan bagus..seeloknya COD! itu yang biasa di lakukan lah! Yang online tu, dari mana kita dapat informasi sesuatu penjualan barang tu..melalui facebook ke, whats app ke atau sebaliknya, urusniaga tu biarlah kalau boleh berjumpa dengan penjual..kan lebih elok. Dapat kenal kenal..!! Pernah order barang online jam tissot! Dalam gambar lain , bila barang sampai lain dan local tissot!! Damn!! Haha

7 comments:

  1. mcm mn kwn safirul blh percaya kalo dh awal2 tu byk alasan.kalo sy, dh xnak berhubung da kalo style mcm tu..hmm..mmg rezeki si penipu btl lah ... sy biasa beli on9 jugak tp yg harga murah2 je..sbb kalo tertipu x ralat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la Mila...percaya je...haha...orang tu suruh bank in, dia pun bank in! hahahaha....

      Delete
  2. Kena kaji betul2 dulu latar belakang peniaga tu sebelum buat apa2 pembelian.. Bahaya zaman skrg ni.. Macam2 caa orang nak menipu.. Huhu..
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela tu puan..sekarng ni ada banyak channel, boleh google ke apa ke..emm..kadang kadang takut hal hal camni...! fobia ..kalau kita kenal tu lainlah...

      Delete
  3. Hmm..yang susahnya peniaga online jujur yang mencari rezeki halal.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, mereka klau jujur orang akan percaya sampai bila2x...tuh la kan

      Delete
  4. aiseh kesian pon ada mmber hang tu amar. tp nk tergelak pon ada hahahaha.
    oppsss TERgelakkan plak dah =P tu lah beli online ni kena hati2 lah. bkn
    smuanye jujur. tp nk wat cmna anggap je lah kifarah dosa lalu hikss

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.