Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, November 03, 2014

Latihan dalaman Microsoft Word

Pada 04/11/2014 aku kena beri taklimat dan latihan bagi kursus microsoft office word! Faham faham lah, dah nak hujung tahun...semua nak achieve apa yang belum capai!!  Dalam taklimat dan latihan ni, level pembelajaran, intermediate dan advanced. Nota diberi selepas habis latihan, kalau bagi awal awal, bukannya diorang belajar, diorang mengenyam nanti!

Kalau ajar terlalu asas, nanti peserta main-main. Masa latihan lepas yang kursus asas internet komputer, aku dah maki sorang peserta ni, kalau kau dah pandai sangat, jangan ganggu peserta lain dan buat bising! Aku cakap dengan minah ni, kalau tak berminat..boleh berambus! Kalau kau pergi kursus berbayar pun belum tentu kau akan dapat apa yang aku ajar hari ni. Bila tanya, tak dapat jawab! Dah tu kenapa nak interrupt dan influence orang lain??! 

Latihan ni, modul yang akan di ajar ialah seperti table of contents, security protection document, customization interface, table, mail merge, web, page orientation, shortcut key, paragraph setup dan lain lain.

Aku banyak guna microsoft word untuk buat content web based...microsoft word ni banyak kegunaannya!! Belajarlah...selagi boleh. Duit kumpul macamana sekalipun, ada susut nilai dan akan habis bila di belanjakan, sebaliknya dengan ilmu! Ilmu makin bertambah dan tidak akan berkurangan bila kita belanjakan dan kongsikan dengan orang lain.

Korang ada idea? apa lagi part yang nak aku ajar untuk microsoft word ni? Saja je, nak minta idea korang, apa salahnya...!!? Kan..hee

3 comments:

  1. security protection document & customization interface tu macam mana?
    kiranya saya ni masih dalam kategori intermediate kot. time study dulu buat assignment ikut format yang biasa je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..masa nak save file tu...pastikan ada dkt bawah tu ada button kecik..cuba cari general option..boleh create password utk document word ...so kalau nak buka..kena masuk pwd dulu. ..

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi