Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, November 01, 2014

Sepotong kuih...

Seorang wanita membeli majalah dan berberapa ketul kuih, sementara menunggu kereta api tiba, wanita tersebut membaca majalah yang dibelinya dengan kusyuk. 

Ketika membaca majalah tersebut, duduk di sebelahnya seorang lelaki. Namun tidak di endahkan oleh wanita tersebut. Tiba tiba lelaki tersebut mengambil seketul kuih dari dalam beg plastik! Wanita tersebut menyedari, dan diam sahaja, dalam hati wanita tersebut berkata " dah la curi kuih aku, langsung tak ucap terima kasih!!


Kemudian, si wanita mengambil seketul dari beg plastik itu dan makan, dan dalam masa yang sama lelaki terbabit mengambil lagi dan lagi kuih sehinggalah tinggal seketul kuih, lelaki itu tersenyum sahaja!!, si wanita tersebut bertambah geram! Kuih yang terakhir..si lelaki tersebut, membahagikan kepada 2 bahagian, sebelah untuk lelaki tersebut, lagi sebelah di beri pada wanita tersebut! Si wanita mengambil kuih itu dan terus bangun memandang lelaki itu dengan muka yang bengis dan beredar tanpa memandang lelaki si pencuri itu! Dalam hati wanita tersebut! Mengutuk si lelaki pencuri itu...! 

Kebetulan kereta api tiba! dan wanita itu terus masuk ke dalam dan pergi!! Selepas menaiki dan duduk, wanita itu menyelak bungkusan plastik di begnya..dan mendapati, kuihnya tidak terusik!! Wanita tersebut, tersedar yang kuih yang dimakan tadi bukanlah kuihnya..itu adalah kuih lelaki tersebut..dan pencuri sebenar adalah wanita itu sebenarnya! Wanita tersebut rasa bersalah terhadap lelaki itu dan ingin meminta maaf, tapi apakan daya..keretapi telah bergerak laju meninggalkan lelaki tersebut!!

Pengajaran dari cerita ini, hentikan prasangka buruk! Siapa sebenarnya pencuri!?

Sumber: mastika edisi Jun 2014..

12 comments:

  1. Rasa pernah tengok iklan ni dekat tv..adibah noor berlakon =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la bro...cerita ni dari mastika...saya baca td..sementara tunggu turn saya...

      Delete
  2. owh...err...pandangan saya cerita ni rasanya kita cenderung melihat salah orang lain berbanding melihat salah sendiri... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) kita ni selalu berprasangka buruk...pdhal tak nampak pun kesilapan kita

      Delete
  3. La...apa pasal la letak plastik tu sebelah-sebelah...letak la jauh-jauh sikit. Biasa la tu, prasangka buruk mesti ada. susah juga kita nak latih hati kita ni berprasangka baik. Apatah lagi nak minta maaf atas prasangka buruk kita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu achik...setiap hari ada je masalah...

      Delete
  4. Maksud tersirat rupanya.
    Lorr tak check ka?
    Main tuduh lah ni kott, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye doc..hee...kita selalu tanpa usul periksa..selalu prasangka buruk pd seseorang..haha kan?

      Delete
  5. Replies
    1. Haha tu la..ini kisah cuma memberi pengajaran dan nak sedapkan cerita.
      Semalam saya baca buku mastika, sementara tunggu turn giliran sy utk gunting rambut! Kisahnya ada dalam mastika edisi jun Ms4..camtulah..

      Delete
  6. haha. pernah baca dan pernah tengok kisah ni. yup sarat dengan mesej yg nak disampaikan. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh la..saya baca mastika masa tunggu turngunting rambut

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.