Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Saturday, November 01, 2014

Susah sikit la bro!! baru dapat selami..

Takde rakyat tiada la kamu seperti sekarang! Sebelum pilihan raya macam macam cakap pada rakyat!! Akan bantu lah itu lah..akan menjadi hamba kepada rakyat lah! Ok fine ..kami undi! Tak kisahlah pembangkang ke pemerintah..aku neutral! Yang mana bagus dan berkelayakan aku undi...!

Lepas dah pilihanraya, nak jumpa pun susah..macam macam birokrasi di tolaknya kita macam bola...dulu...sebelum pegang jawatan, tak buka pintu rumah pun ketuk...suruh buka, kalau tak kunci, main masuk je...!! Tak jemput pun datang...!

Minyak naik semua naik..! Jalan jammed panjang berjela kami diam kan je..itu pun adun adun ni tak reti sabar bila di jalan raya!! Siap ada escort polis lagi! Kami nak beri laluan pada kamu??? Apa keistimewaan kamu, tanpa kami, kamu tak mungkin berada dimana jawatan kamu dapat sekarang!! Duduk dengan kami berjam jam di jalan raya..rasai dan selami...barulah kamu tahu penderitaan kami.


Haha dalam mesyuarat selalu kena maki..kenapa lambat datang la itu la, kenapa tak punctual la!! Pui..! Bila beri alasan..kerja banyak dan jalan jammed..kena marah! Di cakapnya kita main main dan keluar statement, aku boleh datang awal, kenapa kau tak boleh datang awal? 

Ah! Kau tak faham dan selami kesusahan senanglah cakap! Dah terbiasa terbentang karpet merah dan kuning.....! Kalau nak ke tingkat 20, ada vvip datang..siap ada yang kata jangan guna lif tu, sebab untuk vvip..emm baguslah tu..aku dan orang ramai yang macam sardin dalam lif dan tunggu lama! Haha...

Apa pun ...syukur malaysia masih aman ...cukai pintu naik lagi! Tahun depan bermula..haha. Bukan menentang...! Cuma menegur..kalau dengan teguran ini, aku di anggap derhaka! Apalah gunanya suara kami ni tok..? Alahai latuk la la latuk...

9 comments:

  1. Jadi pemimpin ni besar tnggungjawabnya..
    Biarlah mereka didahului skrng ni... esok2 merekalah yg terakhir sekali..
    Bnyk nk dipertanggungjawab atas apa mereka lakukan kat dunia ni.

    Pstt.. sb tu kita mak ayah moden ni, marilah kita sama2 mendidik ank2 kita biar jd pemimpin islam yg sebenarnya2. Ikut islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih suka tngok diorng hadapi situasi seperti kita hadap..baru diorng faham...diorng ni kadang2x keluarkan statement syok sendiri...

      Delete
  2. tahu xpe...sy setuju dgn safirul...tp xblh komen pnjg2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma teguran dan nasihat je Mila...
      Kalau entri ini di anggap berbaur hasutan...aku rela dihukum..kebenaran harus di tegakkan...

      Delete
  3. Yepp..sokong sangat tu safirul amar.
    Tanpa undian rakyat, kamu tak jadi apa yang kamu jadi sekarang.
    Tambahan-: ikat perut konon. Isi perut ada lahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..ikat perut apanya kan? Puih! Dah lama dahhh perhati si boroi ni...

      Delete
  4. Aman ke Safirul?
    Dah x aman dah Malaysia ni.
    Pembunuhan berleluasa.
    ** Betul ke cukai pintu dah naik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm yeke jela Doc..! Itukan slogan yg selalu di laung laungkan oleh menteri yg tak faham! Emmm syukurlah malaysia masih aman! Haha
      Di peringkat negeri melaka, implementation 2015 kenaikan itu...tak tahu pula bagi negeri lain...takut2x seragam...tunggu dan lihat je...

      Delete
  5. haha. terbaik bro entry ni. moga Tuhan balas segala "jasa" mereka.
    andai Rasulullah masih ada mesti baginda sedih.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.