Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, December 31, 2014

Bantuan ehsan

Kalau nak beri bantuan ehsan atau tambahan pada anggota penyelamat dan beruniform berilah sama adil, walaupun berbeza portfolio ataupun kementerian tapi ingatlah bukan satu badan beruniform je yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir.Haritu dekat berita, hishamudin husin umumkan beri bantuan ehsan rm 500 buat keluarga anggota tentera yang terlibat dengan musibah banjir.

Bomba, TUDM, RELA, Polis bagaimana? Kesian pada bomba dan polis..walaupun berbeza kementerian dengan ATM..menteri patut pertahankan dan beri inisiatif juga. Bomba tangkap ular, selamatkan mangsa lemas, bantu kemalangan, keluar kan mangsa tersepit dalam lubang jamban dan macam macam lagi, polis pun sama. Menteri hati hati keluarkan statement dan fikir semua side sebelum press conference. Jangan ada yang kecil hati.

Beri pandangan je..jangan marah! Teringat bomba datang rumah hapuskan lebah yang bersarang di garaj kereta bertahun tahun, besar dah sarang lebah tu, takut bahayakan keluarga! Nasib baik ada anggota penyelamat..mereka datang tak kira masa. 

Tuesday, December 30, 2014

Jangan bikin ribut

Pasal kehilangan kapal terbang QZ8501 akibat lost contact ketika penerbangan dari surabaya ke singapura pun masih nak bergaduh lagi dengan orang Malaysia? padahal kita jiran serumpun, sebangsa, seagama, ngapain masih nak berdendam dengan negara kami iaitu malaysia, indonesia oh indonesia raya, sedangkan kalau di lihat dari susur galur nenek moyang, indonesia dan malaysia ni berkait rapat dan dah macam adik beradik dah, salahkah kami prihatin dengan nasib kamu disana? 

Dari dulu lagi tiada isu bab copyright yang patut di pertahankan, isu kecil je dan tidak timbul isu malin memalin haaa, itu pun nak besar besarkan, sebabnya indonesia dan malaysia mempunyai budaya, permakanan, bahasa yang hampir serupa, sebab nya? orang indon datang malaysia kahwin dengan anak dara dari malaysia, dapat anak dan bawa budaya sana ke mari, perkara ini berlaku semasa di zaman kesultanan melayu melaka lagi dimana raja palembang iaitu parameswara membuka Melaka.

Jadinya ngapain harus bertengkar sesama sendiri? waduh waduh...jangan bikin ribut ribut, kamu datang di Malaysia mencari rejeki, dan membawa pulang rejeki itu ke kampung halaman kamu udah di kira bernasib baik. Udah udah la...

Pemenang Giveaway untuk Bloggers

Seperti yang dijanjikan, keputusan bagi pemenang Giveaway untuk bloggers diumumkan, dan terlebih dahulu aku ingin meminta maaf jika sepanjang Giveaway berlangsung ada rakan rakan bloggers yang terkecil hati dengan aku, harap dimaafkan salah dan silap, yang baik datang dari Allah SWT, dan yang buruk datang dari aku dan korang semua heee. Biasalah manusia, mestilah ada buat kesilapan kan?

Sebelum keputusan diumumkan, marilah kita sama sama berdoa kepada mangsa mangsa banjir, petugas petugas penyelamat agar sentiasa di lindungi Tuhan dan berdoalah agar kembali pulih seperti sediakala. Amin

Pemenang pertama akan ditentukan melalui random.org, dan segala keputusan yang di paparkan adalah muktamad. Seramai 88 peserta telah menyertai Giveaway untuk Bloggers ini, dan segala masalah berkaitan Giveaway ini adalah di bawah tanggungjawab penganjur. Peserta boleh email pada aku di safirulamar@gmail.com, jika terdapat sebarang pertanyaan / permasalahan berkaitan hadiah, ketidakpuashatiaan ataupun sebaliknya. Kalau nak lihat pemenang giveaway, boleh lihat di bawah ini. untuk melihat peserta yang menyertai tekan SINI

Monday, December 29, 2014

Cara cara hidden file folder

Macam mana nak hidden file gambar atau folder di desktop atau dalam laptop kita? teknik hidden file digunakan untuk menyorok/menyembunyikan folder kita, walau bagaimana pun folder yang telah di sembunyikan itu boleh dikeluarkan semula. Jangan risau.

Sementara itu, langkah langkah yang di tunjukkan di bawah ini, di dalam windows 8, walaubagaimana pun sedikit berbeza dari segi interface layout dengan window 7 bagi memaparkan show/hide hidden file. Ada sedikit aku tunjukkan di akhir paparan bagi show/hide bagi window 7.

Sunday, December 28, 2014

Terima kasih semua

Terima kasih kepada bloggers semua yang sudi menyertai Giveaway untuk bloggers aku dan dengan kerjasama berberapa sponsor dari bloggers hebat, alhamdulillah sambutan mengalakkan, dan pemenang akan diumumkan pada 30/12/2014, insyallah aku akan buat lagi di lain hari, mungkin jumlah hadiah akan ditambah, tujuannya tidak lain, untuk menghargai rakan rakan bloggers dan agar dapat mengeratkan silaturrahim walaupun melalui online virtual. Banyak manfaat yang boleh diperolehi bila wujud program seperti ini. 

Di dalam kemeriahan menyertai Giveaway, kebetulan ada pula kisah sedih dan duka yang terjadi seperti musibah banjir dan kehilangan pesawat air asia indonesia yang dalam perjalanan dari surabaya ke singapura. Apa pun sama sama lah kita berdoa ya agar semua nya seperti sediakala dan sentiasa di lindungi Tuhan dan semoga semuanya selamat.

Saturday, December 27, 2014

Lemah betul badan lah

Laa kena rewind balik lah ni? Kertas yang masa kau ambil order mana? kena lah cakap balik satu persatu makanan yang di makan. Lemah betul badan lah kalau makan dekat kedai yang kena repeat balik apa makanan yang di pesan masa nak bayar.

Aku dah la nak cepat, kenapa lah nak kena buang masa macam ni. Sekarang ni semuanya nak cepat, maklumlah kan zaman serba maju katanya, masa customer tengah makan, apalah salahnya buat kira kira dulu prepared bil yang customer makan. Ada masa kau guna kan untuk berangan, kertas order kau buang entah kemana mana. Orang yang baru datang, tunggu lama sebab cashier suka repeat benda yang sama. Sabar jelah. 

Suka lepak dekat kedai yang ada alat untuk tekan butang billing. Bila tekan...terkedek kedek pekerja kedai datang bawa bil makanan. Haha

Friday, December 26, 2014

Balik rumah awal dari kebiasaan

Hari ini balik rumah awal dari kebiasaan sebab ada hal mistik dekat office berlaku, dengar orang cakap, sebab tak masuk office sangat minggu ni, outstation je manjang. hehe, orang cakap, hujung tahun ni, kena close akaun, dah boleh kira untung rugi perniagaan. hehe, belanja pun boleh tahan, maklumlah dah hujung tahun kan? 

Berbalik kepada hal mistik di pejabat, aku di nasihatkan oleh seorang kerani, supaya jangan stay lama sangat, sebab takut ada yang menganggu, tiba tiba aku panik dan kemas laptop...hahaha, kata budak tu, hari tu boss naik office malam sebab nak sign dokumen segala macam, tiba tiba dengar suara perempuan mengilai di dalam bilik server! puii! duduk dalam bilik server pulakkkkk dahhh! hebat hantu sekarang, nak duduk dalam bilik sejuk je sekarang ni, main internet ke atau tengok movie aku pun tak tahu lah! 

Biasanya aku kalau tak masuk pejabat di siang hari, malam atau lewat pagi naik jap, tengok apa dokumen yang urgent atau selesaikan apa yang patut, bos besar pun begitu juga...tapi sekarang ni macam mana? rosak program aku lah macam ni! pergi main jauh jauh lah...pergi lah duduk kat jabatan lain...department IT juga yang kau nak duduk...dalam bilik server lak tu! puiii!

Thursday, December 25, 2014

Misteri dua ketul tahi di depan pintu rumah

Dari mana datang 2 ketul tahi ni? betul betul misteri, di depan rumah lak tu..siapa pula yang melepaskan tahi disini, adakah ada unsur unsur khianat? dengki? iri hati? atau sabotaj? ermm tidak mungkin, aku pasti dan aku rasa tak marah sesiapa pun minggu ini, masakan pula ada orang yang ingin khianat dengan aku.

Betul betul misteri ni..kebetulan aku keluar rumah sebab nak beri udang dan ikan peliharaan aku makan, kesian diorang,lapar..hehe, oh rupa rupanya kewujudan '2 ketul tahi' tadi rupa rupanya adalah belacan yang aku buat untuk dibuat umpan mancing petang nanti lah..saja je bikin suspend. Haha

belacan

Cuti yang seronok

Cuti raya krismas hari ini, korang semua buat apa eh? duduk rumah tengok hindustan? erm macam menarik je..hehe, dekat Melaka, cuaca mendung, best landing dekat sofa sambil layan game bola dekat play station 2, takpun main street fighter..pergi kerja pun menghadap komputer, bila cuti menghadap play station. haha

Kepada mereka yang duduk di sekitar pantai timur, bersabarlah dengan dugaan dan musibah banjir yang menimpa ye, aku doakan agar semuanya baik baik sahaja. Terima kasih juga kepada team sukarelawan yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan memberikan bantuan, dulu aku pernah terlibat dengan team sukarelawan bagi bencana banjir di melaka, macam macam pahit manis, tergelincir dalam longkang besar dan lipan masuk dalam kasut but aku. 

Apa pun, memang seronok membantu orang. kan?  takpe lah, hari ini hari mereka, esok hari kita pula, siapa tahu? Erm..tadi masa beli sarapan pagi, tengok air sungai naik, ermm nak mancing ikan haruan, dapat ikan boleh jual dekat pasar dan bela kalau dapat banyak! jom mancing sambil cuci mata di parit tepi jalan ataupun di sungai. haha

Cermin mata Ray Ban wayfarer

Ray Ban adalah antara jenama fesyen yang paling popular di dunia. Mereka adalah pakar dalam menghasilkan cermin mata yang bermutu tinggi. Jenama Ray Ban telah lama dalan industri fesyen namun berbekalkan pengalaman yang sangat luas mereka masih kekal sebagai jenama pilihan ramai.Ini dapat dibuktikan dengan penerimaan ke atas koleksi cermin mata hitam Ray Ban wayfarer yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Populariti jenama ini juga dapat dilihat dengan pembukaan stor dan cawangan di banyak negara di seluruh dunia.

Ray-Ban Wayfarer

Koleksi Ray-Ban wayfarer bukan saja disukai oleh orang biasa seperti aku malah ianya juga menjadi pilihan ramai selebriti popular di Hollywood seperti Taylor Swift, Emma Watson dan Jude Law. Mereka juga sentiasa dilihat sering menggayakan Ray-Ban wayfarer dengan cukup selesa. Lihat gambar mereka di bawah ini, nampak stylish bukan?

Pertandingan pidato

Haritu dapat kiriman melalui whats app pasal pertandingan pidato anjuran parti UTMO (bukan nama sebenar), erm macam menarik je dan teringin nak menyertai lah, bukan menyertai parti politik tersebut, tapi menyertai pertandingan pidato tuh la! hehe

Aku nak membahaskan topik pidato "Yang 'miskin' makin 'miskin', yang 'kaya' makin 'kaya', apa kau buat setan sebagai proksi kepada rakyat!" haha itu topik aku fikirkan untuk perbahasan di depan umum nanti...hahaha, aku pun cari no telefon penganjur dan hantar sms menyatakan keinginan untuk menyertai, tapi sampai sekarang penganjur masih tidak reply pun sms aku. aku nak request topik aku sendiri, mungkin sudah ada topik topik yang tertentu dari pihak penganjur! its ok..nanti bolehlah aku selit selitkan apa yang patut. haha

Agaknya tuan penganjur dah google sedikit sebanyak pasal personal aku, ah, transparent apakah ini?  menegur untuk kebaikan apa salahnya, kalau nak cakap baik baik je, baik lah tidak payah buat program pidato!

Wednesday, December 24, 2014

Katakanlah ya iya iya lah

Katakan penduduk Melaka dah jadi 900,000 orang ketika ini, statistik pengunjung pula meningkat dari tahun ke tahun, katanya 7 juta setahun dan nak meningkat dan terus meningkat, tapi jalan raya tak upgrade? Sesaknya jangan cakap lah...orang Melaka nak keluar jalan jalan pergi Zoo melaka tengok kuda kerdil pun seksa, inikan pula pengunjung luar yang tak tahu selok belok jalan raya.

Jalan jammed, plat kereta singapore pun tak beri laluan pada orang melaka piau macam aku ni. Aku terpaksa senyum dan senyum dan angkat tangan sebagai isyarat beri laluan. Baru dapat jalan....

Melaka ni dari tahun 2010 sejak dah 'maju' ni semua nak top nombor 1. Kalau nak di ikutkan memang lah ada perbezaan dari dulu hingga sekarang, pokok dari kecil sekarang dah besar dah, jalan tanah merah sekarang dah bertar,ikan dalam perigi hang tuah dulu kecil je, sekarang dah besar, banyak bezanya kan..tapi jalan raya tetap macam kat sungai besi, dari 4 lorong jadi 1 lorong. Flyover kalau ada pun tembus jalan yang sama, hasil banyak kan? Dah maju kan? Kasi naik taraf sikit lah jalan raya..

Tuesday, December 23, 2014

Sibuk dengan urusan pejabat

Hari ini busy dengan urusan tugas di pejabat, yelah maklumlah semalam EL (emergency leave) mengejut. Hari ini mula kerja dan aku pun lupa hari apa, ingat isnin, rupa rupanya selasa.. lerrrkk..hehe, dalam kesibukan dengan tugas di pejabat tu, menghadap karenah orang ramai, banyak pula orang call pasal nak buat banner lah, buat ini itu lah, tak menang tangan di buatnya, tapi takpelah rezeki jangan di tolak. kan? kan? benda yang baik kenapa harus di tolak? hehe 

Semalam kan aku dapat invitation colaboration dari Zalora kan? jadi hari ini aku dapat 'first task' dari Zalora.com.my, dalam kesibukan yang bertalu talu tiba, akhirnya aku berjaya juga menyiapkan artikel yang tak seberapa, harap harap pihak zalora suka dengan artikel yang aku hantar sebentar tadi.

Esok last paper exam, dan tak sempat baca satu apa buku lagi untuk paper ni. apelah, buat exam time hari kerja, bila masanya nak membaca? suka atau tidak..malam ni kena struggle

Hehe..kepada yang berminat menyertai Giveaway untuk bloggers, penyertaan korang amatlah di alu-alukan ya, jangan malu malu, malu bertanya sesat jalan. bukan kena bayooo pun? Enjoy enjoy pun tak nak ke? Tak nak join pun ok..no hal, its okay dear.

Giveaway untuk Bloggers

Giveaway untuk BloggersSalam dan selamat sejahtera ke atas kamu semua, semoga baik baik saja harini. Sempena hari yang baik baik ini, saya mengumumkan Giveaway untuk bloggers, sebagai tanda menghargai bloggers terutamanya Followers (pengikut blog) yang menyokong antara satu sama lain, berkongsi idea, menyebarkan maklumat yang berguna, saling nasihat menasihati, mengadakan pelbagai program yang boleh menyumbangkan kepada lebih ramai pengunjung dan sebagainya. Terima kasih atas atas setiap kunjungan, komen, pandangan, kritikan dan sebagainya. 

Giveaway ini akan bermula pada 23-12-2014 dan akan berakhir pada 28-12-2014 (11.59pm), pemenang / penerima akan diumumkan pada 30-12-2014 , Ini sahaja lah yang mampu diberikan ketika ini bersama sama dengan sponsor giveaway hebat yang lain. Namun begitu, hadiah boleh di tambah mengikut situasi dan tahap sambutan, hadiah yang sedia ada akan KEKAL. Jangan risau.

Monday, December 22, 2014

Jumpa orang di seremban

Hari ini aku sibuk sikit dengan urusan syarikat di seremban 2, sebab jumpa client pasal development networking landing system, ermm ala yang macam first time login user untuk akses wifi tu, pening juga lah, baru tiba melaka ni..hehe.

Malam ni nak kena siap kan juga interface untuk presentation esok pasal sistem ni, peh, hari ni jumpa, esok dah nak sistem dah, robot pun tak sanggup nak buat macam ni. lepas jumpa client tadi, tengok wayang jap haha...stress memikiran pasal sistem flows, hah, aku tengok cerita hobbits, boleh tahan juga ceritanya..sekuel dari filem lord of the rings. memang layan la, dan banyak pengajaran boleh di pelajari dari cerita hobbits ni..kerana harta, sanggup lupa segala galanya, sanggup mungkir janji dan sebagainya la, tapi aku tetap minat watak gandalf dan thorin dalam cerita tu. hehe

Sunday, December 21, 2014

Selesai satu paper

Selesai satu paper hari ini, aku boleh jawab ke tak boleh jawab ni? kacang je..haha, dengarkan khabar je lah...apa pun lagi satu paper minggu depan, lepas tu merdeka! yeehaa..hee

Kalau ikutkan hati memang malas dah nak sambung belajar ni, takde masa dan betul betul tekanan di buatnya, dengan kerja hakiki lagi, assignment, kerja company, exam, keluarga..ermm hanya Tuhan jelah yang tahu, bertapa huru haranya aku...takpelah susah susah dahulu, senang senang kemudian. kan? kan?

Cepat lah habis exam ni, selagi tak habis, rasa macam serba tak kena. mandi tak lena, tidur tak basah. hehe

Pilih peserta wanita yang anda gemari

Pilih peserta wanita yang anda gemari, dan jika peserta wanita pun suka, boleh ambil bawa balik dan dapat pergi bercuti dengan hadiah dari pihak penaja, mudah kan? haha.. itulah program realiti Perfect match yang di tayangkan setiap ahad di NTV7, pukul 6.30 petang. 

Haha...kalau pakai selipar dan kemeja T, selekeh je..kerja pula biasa biasa memang balik tangan kosong je la.. tapi kan? kan? ada lelaki yang kerja bagus boleh menampung perbelanjaan bila dah kahwin nanti, tapi ternyata peserta wanita yang bertanding lebih mementingkan penampilan luaran dari dalaman, dalaman yang di maksudkan itu ialah, yang mampu membahagiakan pasangannya walaupun tidak berduit, apa gunanya mewah tapi tidak bahagia. kan? kan?

Saturday, December 20, 2014

Belum boleh lagi, sikit je lagi

Belum boleh lagi, sikit je lagi baru boleh makan tomyam seafood. haha, apa pun Malaysia memang terbaik malam ni,  aku nak baca buku pun tak boleh lah, selagi tak habis bola ni, selagi tuh la aku tak fokus. 

Aku suruh diam sebab nak baca buku, aku kena marah balik. di suruhnya aku duduk di masjid atau dalam bilik air, aku fikir, lebih baik aku pun tengok sekali lah bola. lagipun dah 2-0, agreget 2-2, ada peluang Malaysia menang.

Bukan selalu Malaysia masuk final, lagi lagi semakin hampir...! hehe..exam boleh repeat, tapi final bola sepak Malaysia setahun sekali pun belum tentu! Baik jangan lepaskan peluang, tapi jangan risau, skor tetap skor...comfirm cemerlang!

Ampun kan aku

Terlebih dahulu aku mohon ampun dan maaf dari hujung kaki hingga hujung kepala kerana tidak sengaja termakan tomyam semalam haha dan untuk makluman sejak perlawanan pertama final Aff suzuki cup yang lepas, aku telah melancarkan kempen makan makanan tempatan, no tomyam! No thai foods and massage thai erm erm erm..haaaa makanan indonesia ok! ayam penyet...hihi

Aku memang menyirap betul! Siapalah yang beli tomyam dan letak di atas meja makan, kebetulan aku lak lapar dan tomyam tu nampak cam sedap..sesedap mata memandang bila tengok awek awek thailand di stadium haha...mungkin peminat cappius striker thailand yang belikan..! Tendang bola pun tak kena..minat apabenda...tapi sedap juga tomyam tu...hehe..chappius tu bukan reti main pun...dapat main dalam pasukan thailand pun guna kabel...haha

Friday, December 19, 2014

Kecundang di kecewakan

Kecundang di kecewakanLast live lah perlawanan bola sepak ni..aku dah tak boleh main lagi dah...penat...! Lutut dah longgar..haaa..maklumlah umur dah nak cecah 30 tahun..haaa perlawanan persahabatan bola sepak petang tadi berkesudahan pasukan aku kalah 6-2. Puii..6-2? Haha adat perlawanan kan ada kalah dan ada yang menang. Sabar jela..kan? Kan? Kesian penonton dan penyokong...bersorak dan memberi sokongan..jangan menangis ye..hero hindustan memang kalah dulu. 

Masa untuk main indoor game lak..macam dart, karom, dam aji..haha..di sebabkan kecewa perlawanan terakhir yang menyaksikan pasukan aku kalah...aku dengan ini akan memfokuskan pada perlawanan bola sepak online yang mana boleh membahagiakan aku, hehe...iaitu PES 2015 dan FIFA 2015. Itu sahaja yang aku mampu menang kot dan tak memenatkan fizikal...hahaha!!

Jom Aktifkan Mykad

Sudahkah anda mempunyai MyKad? bagi rakyat Malaysia yang bermastautin tetap, Mykad digunakan sebagai identiti atau pengenalan diri sebagai penduduk Malaysia, itu perbezaan kita dan rakyat asing. Tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu yang Mykad sebenarnya banyak kegunaannya..mari kita terokai kelebihan bila mengaktifkan Mykad. So,  kita sahut cabaran ini bersama sama kita menyertai kontes jom Aktifkan Mykad

SEJAK dilancarkan pada 2000, aplikasi kad pintar pelbagai guna kerajaan atau MyKad yang berperanan sebagai teknologi merekod dan menyimpan maklumat rasmi terus mengalami revolusi penambahbaikan.

MyKad bukan sahaja mengandungi maklumat asas seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, status kewarganegaraan serta lesen memandu pemiliknya. Malah, ia juga boleh digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan serta sebagai e-tunai.

Kelebihan MyKad yang dilengkapkan dengan cip mikroprosessor 32 kilobait itu juga membolehkan aplikasinya diperluaskan dari semasa ke semasa ke arah meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Cara cara buat website di Adobe Photoshop

Adobe photoshop di gunakan untuk tujuan manipulasi gambar foto dan untuk tujuan editing image, dan dalam masa yang sama boleh di gunakan untuk membuat website antaramuka (web design interface) dan bagi tujuan pembinaan video.

Persoalannya, boleh ke membina website menggunakan adobe photoshop? jawapannya ialah BOLEH. dan macam mana nak membina website menggunakan adobe photoshop?

Lihat teknik teknik ringkas dibawah ini, kena praktis dan mencuba, Sekarang ni, banyak platform untuk membina website dengan mudah, beserta dengan template lagi, ada yang percuma (open source) ataupun berbayar, contoh platform open source yang percuma ialah seperti Joomla, plone, wordpress dan sebagainya.

Berubah sebelum parah

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11).

18/12/2014 semalam aku ke seminar pekerja cemerlang dan penceramahnya ialah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..bagus ceramah motivasinya..terangsang sedikit, hehe, banyak jugalah tips tips untuk menjadi insan cemerlang dan di sayangi, rupa rupanya banyak lagi yang aku tidak tahu sebenarnya, terima kasih Dato' kerana berkongsi ilmu dan tidak lokek. yelah..pihak penganjur bayar mahal rasanya, mestilah output pun terbaik..hehe

Bila menyebut pasal ingin menjadi pekerja cemerlang, kena mula di peringkat asas iaitu seperti permakanan yang betul (elak penyakit), ketika di bilik air, mengetahui dan mengelakkan dari hal paranormal sihir sesama mahluk, dan kenali diri sendiri.

Antara sedikit tips dan kata kata dari DMFK dari  seminat tersebut ialah, kalau kita lihat seseorang tu pertama kali dan kita rasa benci, maknanya orang kita benci tersebut menyampaikan aura bencinya juga kepada kita, dan kalau pertama kali kita lihat orang kita sayang..maknannya orang tu menyebarkan aura sayang juga kepada kita. hehe..camtu lak? beliau menyarankan kita supaya sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur, supaya hati kita bersih.

Thursday, December 18, 2014

Selamat pagi dunia

Selamat pagi semua...kembalilah membuat tugas tugas dunia yang penuh pancaroba untuk kesinambungan hidup, begitulah hidup di dunia..ada siang dan malam. Setelah penat bekerja di waktu siang...malam pula waktu berehat, keesokannya...berterusan hinggalah kita menutup mata dan bertemu denganNya...

Hee..makin hampir menuju ke tahun yang seterusnya..makin sibuk dengan tugas dan pembelajaran. Apa yang pasti..sejauh mana kita bijak menguruskan pengurusan masa kita..

Wednesday, December 17, 2014

Penatnya main futsal

Seperti biasa la bila habis waktu kerja main futsal bersama rakan rakan...penatnya jangan cakap lah! apa nak buat..bila lagi kan nak bersukan? Sibuk je memanjang..tapi hari ini mood happy sikit..semua payment job masuk..alhamdulillah. 

Tapi dalam kegembiraan itu..seketika rasa macam sedih dan hiba je..macam terlupa sesuatu..sayup sayup kedengaran dari jauh memanggil manggil...

Payah dan menjadi kritikal bila ada..

Akan menjadi payah berhadapan dan bila nak menerangkan pula kepada orang sekeliling yang 'tidak berapa faham' berkenaan hal yang sebenar benarnya pasal kita mereka tak faham faham, dan menjadi lebih kritikal apabila menjadi buah mulut orang lain. 

Menjadi payah

Bila kita dapat jiran yang suka menjenguk jenguk dari tingkap siang, pagi dan malam apa yang jiran sebelahnya lakukan,  

dan menjadi kritikal 

Bila kita yang berjawatan lebih tinggi dari anak jiran sebelah yang menyibuk tu pergi kerja lewat dari kebiasaan di waktu pagi...padahal dah minta MC, atau sudah memberitahu pejabat akan kelewatan ke tempat kerja atas alasan alasan yang kukuh atau outstation luar. Lepas tu, jiran sebelah tersebut pelik dan mempersoalkan kenapa kita pergi kerja lambat, sedangkan anak nya telah pergi kerja lebih awal. Habis di jajanya cerita kita yang anak jiran sebelah pergi kerja lambat, tak sama macam anaknya.

Sungguh suci...

Tuesday, December 16, 2014

See you tomorrow live forever



Dah lama tak dengar lagu ni dari Spice girls-Viva forever..Hasta Manana viva forever. (See you tommorow, live forever) Zaman kanak kanak berlalu begitu sahaja..kan? Rindunya zaman tersebut...kita bermain, berseronok, berimaginasi...andai masa tersebut boleh dikembalikan...alangkah seronok.

Viva forever, I'll be waiting , Everlasting, like the sun, Live forever, For the moment, Ever searching for the one

Tips berguna ketika mengulangkaji pelajaran

Ini adalah tips tips berguna mengikut kaedah yang biasa aku buat ketika mengulangkaji pelajaran. Tidak menciplak dari mana mana artikel, tips ini adalah amalan yang aku lakukan sebelum menjawab peperiksaan, boleh dikongsikan bersama untuk panduan. Namun terpulang kepada anda semua, dan masing masing ada cara yang tersendiri dalam mengulangkaji pelajaran, mana yang baik bolehlah  di ikut dan yang tak baik boleh hindarkan ya.

Aku bukan profesor mahupun cendekiawan yang apabila mengeluarkan tips tips, boleh di gunapakai 100%. tidak ya, tidak sama sekali!!..terpulang, kita ni hidup saling melengkapi. 

Ketika anda mengulangkaji pelajaran, anda mungkin  berhadapan dengan situasi cemas atau tidak fokus (sukar ingat), masalah utama yang biasa aku hadapi adalah tidak fokus tapi berbekalkan tips tips yang aku selalu amalkan ini, otak aku menjadi semakin cerdas dan so far buat masa ini, belum pernah repeat paper lagi, walau carrymark rendah serendah 4/40., alhamdulillah..exam masih membantu!! haha

Minggu exam

minggu exam amar
Minggu ni adalah minggu exam, aku kena baca buku. Ada 2 paper yang susah. Mulai dari esok amran mesti baca buku...amran boleh..! 

Balik kerja karang nak beli kismis la...lepas tu nak jogging dan lepas maghrib..dah boleh mula membaca dan buat nota, minta minta dan harap harap bila aku balik kerja nanti tak tertido sampai esok pagi! Hey young man...no need to feel down and to no need to be unhappy! Haha

Kepada rakan rakan, doakan aku sukses dan berjaya menjawab exam. You can, dont be sad young man!! 

Monday, December 15, 2014

Bestnya kerja dekat selangor....

Wah...haritu ada terbaca surat khabar di selangor kini, dengar kata kerajaan negeri beri bonus satu bulan setengah gaji..hebat! Begitu menghargai pekerja..hehe dalam masa yang sama kerajaan persekutuan beri bonus lagi setengah bulan gaji..pehhh!! bertingkek tingkek la duit bonus siapa yang bekerja gomen. Haha apa pun politik kat malaysia...dia gaduh sama dia..masing masing nak tunjuk hebat dan bagus, akhirnya rakyat dan pekerja gomen juga yang untung, dapat air percuma dan sebagainya..dah mereka beri ambil..jangan dikeluh kesahkan lagi...bekerja la sebagai penjawat awam yang patuh walau siapa pun yang mentadbir. Jangan pula sibuk berpolitik. Telah termaktub dalam pekeliling penjawat awam gomen kena bekerja dengan pemerintah semasa.

Apa pun...jika benar seperti apa yang diperkatakan seperti di atas, baguslah dan berjimat cermat lah dalam berbelanja. Sekarang ni pun ada apa dengan nilai rm50 untuk sehari? Macam airrrrr..! Hehe..tengok harga rumah sekarang ni pun mengigil badan..dah macam dekat indonesia dan nilai seperti mata wang mereka dah...semua main juta juta dan ratus ribu...hehe. jangan buat pasal.

Review Blog by Bloggers Etuza

Haa terima kasih kepada bloggers bro etuza yang me 'review' blog aku. sangat menghargai jasa kamu. Sebenarnya tiada apa pun yang istimewa di blog ini, cuma sekadar berkongsi ilmu yang ada, dan sedikit luahan hati berkenaan isu isu semasa yang berlaku, tidak salah kan?

review by bloggers etuzaBerkenaan dengan loading time dan kenapa blog ini ringan, aku hanya menggunakan simple template seawal dari mula berblog dari tahun 2006. dan berkenaan dengan status aku, ermm aku telah pun berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. nampak muda kan? haha...rahsia nya makan petai dan mandi air perigi 7 gunungan..haha..

Satu persatu pergi

Seniman filem Melayu klasik Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, pagi tadi. Al fatihah buat arwah..semoga di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman..

Aku memang minat artis artis lama dan suka dengar lagu lagu klasik dari radio klasik nasional. Janji Tuhan itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan menemui Nya.. cuma cepat atau lambat sahaja.

Aku suka klasik kerana aku suka dengan suasana persekitaran semasa arwah atuk masih hidup, dan bila aku mendengar lagu klasik, teringat aku kepada arwah atuk dan pekan segamat. Cerita klasik dan lagu lagu lama ni jujur jalan cerita bukan macam cerita sekarang yang cerita pasal melayu kaya yang bergelar Tan sri, datuk, datin la itu la...bosan! Bukan berpijak di bumi nyata, padahal hakikatnya..!! 

Tiada yang lama..maka tiadalah yang baru. Artis artis lama ni dah macam bapa bapa kita. Respect! Paling aku minat allahyarham Hussien Abu Hassan. Kini yang tinggal adalah karya karya mereka...semoga aman lah arwah yang telah pergi selama lamanya dan di tempatkan di Sisinya. Al fatihah.

Sunday, December 14, 2014

People who make no mistakes get promoted

People who make no mistakes get promoted

Realiti yang berlaku, haha..

Saturday, December 13, 2014

Jadilah sahabat yang baik

Kawan biar seribu berkasih biar satu, kawan di masa senang ramai tapi kawan ketika kita bersedih tidak ramai. Kita semua tahu dan sedar. Tapi masih ramai yang buat buat tidak tahu.

Itulah perbezaan sahabat dan kawan. Tidak semua kawan boleh menjadi pendengar setia yang baik dan menyimpan semua rahsia, ada yang menokok tambah, mencurah minyak dan mengadu domba. Berhati hati bila bercerita masalah kerana budaya "aku cakap dengan kau, kau janji jangan cerita dengan orang lain" berleluasa. 

Susah nak mencari sahabat sejati di zaman milenium ni...susah! Berhati hati dalam memilih kawan, tidak semua kawan boleh di percayai.

Friday, December 12, 2014

Selamat menjalani pembedahan tonsil

Alhamdulillah, Semalam adik perempuan aku telah selamat menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital pakar, apa itu tonsil? ermm aku pun tak tahu dan tak pernah kena, tapi yang aku faham, macam ketumbuhan lah dekat area tekak, kalau nak mengunyah makanan pun susah sebab sakit. Kesian dia, perut lapar, nak makan apa pun susah, yelah baru lepas pembedahan, luka pun tak baik lagi. Doktor sarankan makan makanan yang lembut seperti bubur dan ais krim vanilla kalau nak cepat sembuh.

Sepanjang adik perempuan aku masuk hospital, suram je rumah. yelah, dia jelah yang rajin melayan, buatkan nescafe lewat pagi, masakkan maggi kari, nasi goreng dan telur dadar. hehe..dia takde berberapa hari ni baru terasa yang sebenarnya dia berguna rupanya..haha

Latihan dalaman MICROSOFT EXCEL (Bulan 12)

Hari ini aku akan menguruskan latihan dalaman microsoft office excel bagi kakitangan kerajaan terutamanya pembantu tadbir gred N17, Siap juga akhirnya modul untuk latihan ini. Latihan pada kali ini di peringkat asas dan intermediate (pertengahan) dan selama 1 hari. boleh ke? hehe

Antara yang akan di ajar, seperti membina pelbagai jenis carta graph, simple calculation with formula, freeze panes, mail merge, security and backup data, validation source data, filter dan sebagainya.

Lihat entri sebelum ini di SINI atau cara cara nak membina dan integrasi Mail merge

Thursday, December 11, 2014

Kalau aku tidak bekerja



Kalau aku tidak bekerja seperti pekerjaan yang aku lakukan sekarang di dalam bidang IT dan web designer, mungkin aku akan bekerja sebagai pemain muzik atau sebagai gitaris solo hebat seperti Marty friedman macam dalam video kat atas tu...haaa best nya, dapat entertain dan membuatkan orang terhibur dan dapat melayan perasaan dan emosi atau....mungkin aku akan menjadi...

Beriadah dan merawat diri dengan sukan

Beriadah dan merawat diri dengan sukanAktiviti aku lepas kerja di waktu petang, saja je meluangkan masa bersama dengan rakan rakan dengan aktiviti sukan yang memenatkan seperti futsal ni, beriadah dan merawat diri dengan sukan. Kalau dulu masa belasan tahun boleh lah, bagi je apa jenis sukan pun aku boleh main...tapi sekarang...ermm penat dan tercungap cungap di buatnya...hehe..apa apa pun, aku enjoy dan dapat lah rilis sedikit tekanan perasaan di tempat kerja dan hal company

Kasut futsal pun aku tak bawa..kalau nak bersukan ni kena bawa peralatan yang betul, jangan jadi macam aku, main futsal, tapi pakai kasut untuk main golf..! jahanam kaki dan kasut kalau buat macam aku ni..bila nak main pun tak selesa, nak berlari lagi lah payah, nasib baik tak terjatuh, korang juga boleh lihat entry aku sebelum ini, berkaitan nak main futsal di SINI


Wednesday, December 10, 2014

Hati hati ketika di sana

MALAYSIA BOLEHKepada rakan rakan ultras dan holigans malaya, ucapan dari aku, supaya berhati hati lah ketika di vietnam ya, semoga sampai di sana dengan selamat dan tidak berlaku kejadian yang tak di ingini, info dari seorang rakan ultras, malam atau petang ni mereka akan bertolak ke vietnam, doa kan mereka supaya selamat tiba..! Mereka akan diiringi anggota pasukan keselamatan kita disana nanti. bersemangat betul team ultras kita ni. Kepada pasukan Malaysia...aku percaya, korang boleh! dan kita mesti menang esok! Amin.....

Lakukan seperti mana korang membaham singapura tempoh hari. Singapura lagi kuat pasukannya kalau nak di bandingkan dengan vietnam kot..apa apahal pun...Malaysia boleh! hehe..orang vietnam makan kucing..kita makan nasi berulamkan ulam ulaman dari hasil hutan, dan lauk asam pedas tetel..kita mesti menang...heheeee

Di pandang sebelah mata

Di pandang sebelah mataAda segelintir yang menganggap menceburi dunia bloggers sebagai membuang masa dan tiada masa depan, walhal ramai bloggers di luar sana yang berjaya dan 'kaya' dari segi penguasaan ilmu dan pengalaman berkongsi pengetahuan di internet, dan dalam masa yang sama merancakkan dan membantu secara tidak langsung berberapa kluster dan sub-kriteria dari segi ekonomi negeri, pelancongan, kesihatan dan makanan, agama, sosial, e-pembelajaran dan sebagainya.

Cari apa sahaja maklumat dan info di internet, bloggers merupakan penyumbang utama kepada maklumat dan info yang berguna, bila sesuatu tempat itu di promosikan dengan bersungguh sungguh melalui blog, mesti la akan menarik ramai pengunjung, ye tak? dan orang yang datang..bayar tol, bayar saman parking, dan meningkatkan statistik pengunjung negeri? kan?

Tuesday, December 09, 2014

Esok nak main futsal lah..

Dah lama aku tak main futsal..asyik menghadap kerja yang tak sudah sudah je dekat pejabat...sampai bila nak habis entah...! kau tahu? aku pun tak tahu..hee..sekali sekala kena reward diri dengan beriadah juga ye tak? baru otak cerdas, ligat dan dapatlah bercampur gaul dengan rakan rakan...maklumlah..dah biasa menghadap mesin dan komputer..terus jadi anti sosial, biasanya setiap hari rabu member member office ada main futsal ramai ramai, semua orang ada dari pelbagai peringkat jawatan, dan yang tak join, aku sorang jelah....haha

Kali terakhir main futsal masa perlawanan amal jozan rasanya kot, itupun sebab dapat jemputan dari badan NGO dan badan politik....dalam banyak banyak sukan, mestilah ada sukan yang kita betul betul minat kan? sukan yang paling aku minat sekali dan pernah mewakili kampung ialah sukan sepak takraw...itu pun dah lama tak main, yelah dulu takde kerja..study je..bolehlah...bila dah start kerja dan ada company, terus tak bersukan sebab takde masa..apa lah nak jadi...

Jom kita bersukan...badan sihat otak cergas...! Agi hidup Agi Ngalaban..

Monday, December 08, 2014

Produk lokal tempatan dari Pop Clock Inc

Pop clock inc adalah sebuah pertubuhan komuniti DIY yang menghasilkan produk lokal tempatan bermutu tinggi dan kreatifantara produk terkini yang dihasilkan oleh pop clock inc ialah custom clock yang beraneka warna dan pilihan, dan mengikut citarasa yang anda mahukan.

Sokonglah produk lokal tempatan. harga berpatutan dan di jamin berpuas hati. Ini adalah hasil kreativiti dan inovatif anak muda yang bernaung di bawah produk lokal dan di himpunkan di Pop clock design.

Korang boleh gantung jam dinding ini di rumah..dan boleh mengikut tema yang anda mahukan. Sebagai contoh..aku meminati band muzik led zappelin, dan aku ingin mencorakkan dan mengabadikan band pujaan aku itu di jam custom made....jangan risau pop clock inc akan mengikut 100% dari citarasa anda!!! Heee

Untuk melayari selanjutnya, korang bolehlah layari facebook rasmi pop clock inc di pop clock design. boleh tekan di SINI


Macam mana nak baiki ERR_NAME_NOT_RESOLVED di Chrome?

Tiba tiba malam ni keluar error code: ERR_NAME_NOT_RESOLVED, rasa nya macam kena malware pada line network dan DNS infected, akhirnya aku jumpa juga penyelesaianya..isu ini banyak berlaku di browser Chrome, manalah tahu tiba tiba korang kena macam ni kan..keluar error seperti the webpage is not available. Penyelesaiannya, ada banyak cara..ermm

Solusi pertama, pergi dekat start, taip CMD (command prompt) dan taip


Indah khabar dari rupa

Kalau tak betul, cakap jelah tak betul..tak payah lah nak selindung atau cover line...tak perlu nak jadi plastik. Terus terang atau bak kata najib perdana menteri...TRANSPARENT..!

Demi nak menjaga reputasi atau menjaga hati? Sanggup menidakkan kebenaran? Kalau kita tak berani menerima teguran, macamana kita nak membaiki kelemahan? Hai kadang kadang tergelak bila ada segelintir yang tak berpijak di bumi nyata...laporan semua nak tip top..dan pada hakikatnya indah khabar dari rupa..

Kalau tak ok..cakap je tak ok..tidak perlu nak menjaga hati atau sebaliknya. Setiap teguran adalah untuk kebaikan juga kan? Sampai bila kita nak berada di takuk lama? Kata kata ibu bapa kita susah nak dengar..tapi kata kata dari kawan? 

Rezeki berniaga

Kalau nak berniaga, berniaga lah betul betul, muka kasi senyum sikit, jangan buat muka dan keluarkan bunyi yang kurang enak di dengar!! Pembeli baru tanya sikit, dah buat muka, apalah salahnya terangkan sikit produk yang dijual..pembeli mestilah nak yang terbaik, kalau boleh dapatkan barang tu  secara percuma, takpelah, tak tanya pun takpe... barang tak elok sangat pun kami ambil...!!

Haritu ada beli buah pisang dekat kedai tepi jalan...beli pisang tanduk! ermm aku tunjuk lah pisang yang tergantung tu, tanpa berlengah terus peniaga tu potong tandan pisang tu,  aku pun cakap lah..ehh pisang tu dah masak ke? (sambil buat muka kelat) peniaga tu balas..ermm kalau nak pisang yang dah masak sikit, yang dah potong ni kena bayar dulu lah...! (buat muka kelat lagi) eh sombong lak diaaa...yelah aku bayar, ingat aku takde duit ke?? mentang mentang aku pakai selipar...

Cara menukar kod iframe kepada old embed

Kod Iframe tidak dapat di indeks atau di baca oleh google dan HTML 5, bagi anda yang mementingkan Search engine optimizations (SEO) terhadap kandungan blog, penggunaan kod iFrame harus di elakkan di blog. Salah satu contoh penggunaan iFrame ialah seperti chat box Cbox, video Youtube dan Facebook page like. 

Namun begitu anda masih boleh memasukkan video dari youtube, caranya dengan menukar menukar kod Iframes kepada object old embed code

Ini adalah contoh kod iframe video yang diambil dari youtube.


Sunday, December 07, 2014

Terus terang cakap kan senang

1,2,3,4 siapa cepat dia dapat, kalau sakit makan ubat, tapi mana nak sama...hanya kau seorang, suka berterus terang, hanya kau yang ku sayang, itu lagu dari Band butterfinggers yang bertajuk terus terang..haaa

Erm hari ni deadline bagi last assignment pasal communication, dah 2 minggu minta di review sebelum submit, tapi sampai dah tiba deadline tak reply...aku submit je ah..cakap je pang pung pang pung...nak review la itu la..aku kecewa..aku kecewa dengan kamu..! Terus terang cakap kan senang kalau tak boleh...

Saturday, December 06, 2014

Bertambah sedih..

Hari ni service kereta alza di melaka perodua service center, mulanya standard service...harga dah cecah rm 300..sedih sikit, hehe. Tapi aku gembira balik sebab aku menang cabutan bertuah berupa keropok dan jajan untuk kanak kanak..lepas tu ada jamuan akhir tahun perodua..dapat makan kambing golek...terbaik dan sedap!! 

Tengah makan kambing golek..tiba tiba mekanik panggil..cakap tayar dah retak..ermm nak taknak kena la tukar..demi keselamatan aku dan keluarga..yela, takut apa apa hal kan nanti..ermm tambah lagi kos nya..!

Realiti yang orang tidak tahu

Realiti atau rekaan? Have no life bagi seorang alien atau robot, mungkin kehidupan bagi bloggers yang orang sekeliling pandang sebelah mata je..diorang tak faham kehidupan yang sebenarnya benarnya, yang mereka tahu..order dan demanding...hehe  

Realiti yang orang tak tahu

Bersiap nak pergi kerja

Umumnya, manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat, antaranya Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Walau apapun versinya, tidur dilihat sebagai satu nikmat yang kurniakan oleh Allah kepada manusia. 

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Ini berdasarkan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Sebagai contoh yang biasa kita dengar, jika tidur selepas solat Subuh, orang tua mengatakan bahawa rezeki lambat dan susah untuk hadir.

Bukan aku tak sudi

Bukan aku tak percaya dengan mekanik atau bengkel di tepi jalan ni, aku cuma takut alat ganti yang di tukar di bengkel jalanan ni bukan dari yang sepatutnya dan tiruan, aku lebih selesa dari memilih bengkel yang di lantik dari jenama syarikat pengeluar kereta yang digunakan. Mereka lebih tahu serba serbi tentang alat ganti yang sesuai, apa yang perlu dan tidak, takpelah mahal...yang penting kondisi kereta terjamin sihat, ala lebih kurang jelah..kalau mahal pun...lebih kurang je dengan harga service di bengkel tepi jalan..! bergantung la pada major service atau minor..!

Aku ni memang takde masa nak jaga kereta...nak tengok minyak hitam la, tuang air cooleen, minyak stereng lock dan apa apa la, yang aku tahu...bila dah hantar service dekat specialist workshop, aku dah tak perlu nak maintain apa apa, hanya tunggu next service jelah..! tapi sekali sekala kena lah check air bateri seminggu sekali ke..dan minyak hitam, mana lah tahu ada berlaku kebocoran ke atau apa..

Friday, December 05, 2014

Habis koyak baju aku di kerjakannya...

Ni pokok ke raksasa? Habis koyak baju gua di kerjakannya...setiap hari nak pergi kerja mesti terlanggar pokok ni..jangan la marah ye si pokok..saya tak parking sebelah awak lagi...nanti saya balik kerja..saya siram kamu ye..

Pokok apa ni eh? Haritu pergi kerja kahwin dekat rumah orang kampung pun...terlanggar pokok camni juga kat sana...ramai orang tanam pokok ni..heee

Nasib baik takde ulat..kalau ada ulat...aku tak sayang!

Backup dan autosave dokumen

Backup fail dokumen dan autosave recover di Microsoft Word sangat penting khususnya ketika anda sedang menyiapkan dokumen penting seperti assignment, kertas kerja, slide presentation dan sebagainya. Ya, malang tidak berbau, dan siapa sangka, ketika anda sedang tekun dalam menyiapkan tugasan penting tersebut, tiba tiba komputer terpadam atau elektrik di rumah blackout. siapa sangka? kan? kan?

Aku mencadangkan agar, sebelum anda memulakan tugasan penting, lakukan berberapa perkara mudah ini untuk memastikan proses yang seterusnya berjalan dengan lancar.

Thursday, December 04, 2014

Burn audio menggunakan windows media player

Ramai yang bila nak burn lagu je dalam CD (compact disk) mesti nak kena guna third party software seperti nero, tahukah korang yang sebenarnya tanpa perisian Nero pun, korang masih boleh burn lagu pilihan korang pada bila bila masa tanpa perlu install perisian ketiga, yang penting kena lah ada CD..hee   

Hanya menggunakan perisian yang sedia ada dimana telah tersedia dipasang dikomputer korang asalkan korang menggunakan perkakasan windows lah. Perisian yang di maksudkan itu ialah WINDOWS MEDIA PLAYER

Bawa kenderaan laju nak kemana tu?

Sekarang ni...sebatang jalan di setiap 100 meter..ada trafic light..kalau ada taman dan sekolah..erm jangan cakap lah, 1 taman 1 traffic light!! baru nak speed sikit...dah kena berhenti..! nasib baik guna gear auto...kalau tak, tercabut lutut! haha

Dah tahu depan tu ada trafic light..yang bawa macam orang gila dan memotong kereta lain macam kat depan tu lebuhraya 3 lorong kenapa ? kesudahannya kena berhenti juga dan berjumpa kembali..heee

Wednesday, December 03, 2014

Lemah betul badan..

Dari pagi sampai ke petang aku bersin tak henti henti dan selsema, biar sengal dan lenguh badan tapi jangan selsema dan bersin lah..memang betul tak selesa  dan tak larat..bila bersin, kepala lak migrain. erm nak makan dan nak bercakap dengan orang pun tak selesa....tengah bercakap je meleleh air kat hidung...hahaha

Haa..habis tisu satu kotak..biasanya kalau jadi macam ni, tandanya kurang tidur..erm nak cepat baik, kena tidur secukupnya. Sebelum tidur makan ais krim dululah...Oh lupa, malam ni ada jumpa orang pasal job design buat majalah r & d negeri melaka..ermm...apa nak buat..dah nasib badan...! terpaksa lah pergi..sebab dah buat appointment.. heee

Banyak nya air dan coklat..

Haha..sampai je dekat pejabat, aku terkejut bila tengok dekat meja ada coklat dan air ais lemon tea..ermm...siapalah yang baik hati lak ni...ermm rupa rupanya staff dari jabatan lain yang selalu berurusan dengan aku pasal sistem yang belikan...ermm kalau baik semacam je, mesti ada buat salah lah tu...! 

Tepat sangkaan aku..password sistem diorang dah kena kunci (lock) sebab dah lebih dari tiga kali masukkan..setiap hari 5 kali aku reset password diorang..tak faham la aku dengan diorang ni!! dan hari hari diorang kena marah dengan aku.haha...sampai takut diorang...lepas tu aku pujuk balik..! kesian....lepas kena pujuk baru diorang kembali tenang, masa pujuk tu aku sempat cakap "lain kali jangan benak sangat ye, takkan kata laluan mudah pun boleh salah tulis" diorang cuma angguk kan kepala jelah....hahahaha

Tuesday, December 02, 2014

Bola punya pasal

Apa nak heran bila player bola hisap rokok, duduk Malaysia lak tu,lagi le....erm biasa lah aku pun hisap rokok dan main bola juga..! Haha.. Presiden amerika pun hisap rokok! ermm....kalau nak ikutkan disiplin main bola ni, banyak kriteria yang perlu dijaga, dari segi permakanan, kesihatan, stamina, perasaan dan emosi, fizikal dan sebagainya la, yelah..nak berlari keliling padang kan...kejau sebiji bola..heee

Mungkin prestasi bola sepak negara yang tidak menentu, lepas tu ada player negara lak kantoi hisap rokok di sebuah kedai! Haaah apa lagi! di jadikan modal kutukan sehingga menjadi viral di media sosial lah..! . "player lembab la sebab hisap rokok, takde stamina la" cuba korang main bola lak..kita tengok yang tak hisap rokok boleh beat dan speed ke tak macam safee atau makin teruk? 

Program latihan komputer Google Sketchup

Tahniah kepada penduduk Rembia kerana mengambil peluang mempelajari aplikasi perisian komputer seperti google sketchup dan coral video studio X3, pada sesi kali ini, setiap peserta mempelajari teknik teknik membina pelan dan model menggunakan Google Sketchup. Memang sangat mudah perisian ini.

Google sketchup ni adalah perisian berbayar dan ada juga versi percuma (freeware), senang dan mudah di pelajari, di gunakan bagi membina konsep model dalam bentuk 3D dan 2D. Arkitek pun menggunakan software ini bagi tujuan pembangunan pelan bagi gambaran 3D konsep, dan bagi menepati spesifikasi yang di benarkan pula, mereka menggunakan Autocad bagi struktur pelan pembangunan.

Monday, December 01, 2014

Kusut itu SENI

Ya kadang kadang betul kata bijak pandai, tak perlu berkata-kata, hanya sekeping gambar sahaja, mampu menerangkan 1000 perkataan, kekusutan dah tak tertanggung...hanya mampu diterjemahkan di dalam lukisan sahaja. Tuhan jadikan setiap sesuatu itu berpasang pasangan, ada bulan ada pula matahari, sejuk dan panas, barat dan timur, lelaki dan perempuan dan sebagainya, begitu juga dengan kusut, di sebalik kusut akan ada ketenangan, bila kita benar benar menghayati kekusutan dan menterjemahkan dalam bentuk lukisan dan mewarna...hahaha

Ok, kita kembali kepada topik iaitu kusut itu SENI , tahukah anda di sebalik kekusutan pasti ada keindahan di sebalik itu? aku sangat kusut hari ini di pejabat, banyak benda yang nak kena jawab on the spot, stress dengan orang yang menolak kerja, orang yang menunding jari tanpa berbuat apa apa, orang yang pandai berkata kata tanpa tindakan dan.....grrr..STRESS! Apa boleh buat....lebih baik berhadapan dengan pokok dan haiwan..mereka pun faham dan tak banyak songeh. Lebih baik buat ART THERAPHY! heee..

Membuat halaman Landscape dan Potrait dalam satu dokumen di Microsoft word

Haaa..pernah tak korang mengalami kesulitan dalam memasukkan dua jenis halaman landscape dan potrait dalam satu dokumen di Microsoft Word? kebiasaannya kita menggunakan format potrait dimana dalam posisi menegak dalam membina surat, kertas kerja, tugasan dan sebagainya dan kadang kadang..anda memerlukan format jenis melintang (landscape) didalam dokumen anda (lihat gambar 1), khususnya bagi menunjukkan table (jadual) yang lebih terperinci yang mana memerlukan space (ruang) yang banyak. 

Macam mana nak masukkan halaman potrait dan landscape dalam satu dokumen
gambar 1
Macam mana nak masukkan halaman potrait dan landscape dalam satu dokumen di MICROSOFT OFFICE WORD? Berikut adalah cara cara membuat halaman Landscape dan Potrait dalam satu dokumen di Microsoft word. Langkahnya mudah..tutorial ini dibuat di dalam microsoft versi 2010. namun, anda boleh menggunakan memperaktikkan dengan menggunapakai keyword keyword yang tertentu seperti page setup atau page layout. 

Duit Dari Internet