Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Friday, December 26, 2014

Balik rumah awal dari kebiasaan

Hari ini balik rumah awal dari kebiasaan sebab ada hal mistik dekat office berlaku, dengar orang cakap, sebab tak masuk office sangat minggu ni, outstation je manjang. hehe, orang cakap, hujung tahun ni, kena close akaun, dah boleh kira untung rugi perniagaan. hehe, belanja pun boleh tahan, maklumlah dah hujung tahun kan? 

Berbalik kepada hal mistik di pejabat, aku di nasihatkan oleh seorang kerani, supaya jangan stay lama sangat, sebab takut ada yang menganggu, tiba tiba aku panik dan kemas laptop...hahaha, kata budak tu, hari tu boss naik office malam sebab nak sign dokumen segala macam, tiba tiba dengar suara perempuan mengilai di dalam bilik server! puii! duduk dalam bilik server pulakkkkk dahhh! hebat hantu sekarang, nak duduk dalam bilik sejuk je sekarang ni, main internet ke atau tengok movie aku pun tak tahu lah! 

Biasanya aku kalau tak masuk pejabat di siang hari, malam atau lewat pagi naik jap, tengok apa dokumen yang urgent atau selesaikan apa yang patut, bos besar pun begitu juga...tapi sekarang ni macam mana? rosak program aku lah macam ni! pergi main jauh jauh lah...pergi lah duduk kat jabatan lain...department IT juga yang kau nak duduk...dalam bilik server lak tu! puiii!

Untuk permulaan ni, aku telah memuat turun lagu lagu nasyid dari kumpulan raihan, rabbani atau pun hijjaz, dan bersedia memutarkan lagu lagu tersebut bila berseorangan di pejabat di waktu malam, aku tahu mahluk tersebut tak heran pun...'dia' lagi fasih. tapi yang sebenarnya aku SERAM lah!

Ah, buat apa nak takut, takut pada Tuhan itu yang penting dan patut! aku cuba dan cuba...ya, cakap memang mudah, tapi kalau dah BERBUNYI NYARING....angkat kaki jalan! Sepanjang 8 tahun bekerja, tak pernah lagi di ganggu mahkluk halus di pejabat, cuma dengar dengar je lah cakap dari staff, dan aku memang selalu stay back di pejabat sampai lewat pagi, so far belum pernah di ganggu lagi.

Sekarang ni aku sharp balik kerja, 8pg-5ptg haha, kalau ada apa apa hal pun, naik kejap pukul 6-7 petang, lepas tu minta siapa yang ada teman kan! bagilah upah sikit...agaknya la mungkin bos aku terlupa mandi wajib rasanya tuh yang benda alah tu suka sampai mengilai ngilai...hahahaha atau ini strategi ekonomi? sebab tak bagi staff claim elaun lebih masa? kan? kan? boleh jadi juga....

Serammmmm ni!

7 comments:

  1. hahaha . hantu moden dah skrg ni . mcm akak yaya dulu pun ada jugak benda mistik gngu staff dkt office dia dulu . mmg seramm ahh .

    ReplyDelete
  2. huhuhu... bila baca entry mula2 mcm seram tp pastu mcm kelakar pn ada jga..hehehe... tmpat saya kt opis bertntangan bilik server. pasni xleh stay lama2 kt opis jga lah, takut ada yg ot skali dlm bilik server tu...ngeee

    jemput singgah blog saya http://zinziemeewah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. huuuu! sampai pagi stay di pejabat..Etuza tabik lah dengan Saf ni ..terbaik..

    ReplyDelete
  4. hantu pon nk dok dalam ekon zmn skrg hehe

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.