Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, December 31, 2014

Bantuan ehsan

Kalau nak beri bantuan ehsan atau tambahan pada anggota penyelamat dan beruniform berilah sama adil, walaupun berbeza portfolio ataupun kementerian tapi ingatlah bukan satu badan beruniform je yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir.Haritu dekat berita, hishamudin husin umumkan beri bantuan ehsan rm 500 buat keluarga anggota tentera yang terlibat dengan musibah banjir.

Bomba, TUDM, RELA, Polis bagaimana? Kesian pada bomba dan polis..walaupun berbeza kementerian dengan ATM..menteri patut pertahankan dan beri inisiatif juga. Bomba tangkap ular, selamatkan mangsa lemas, bantu kemalangan, keluar kan mangsa tersepit dalam lubang jamban dan macam macam lagi, polis pun sama. Menteri hati hati keluarkan statement dan fikir semua side sebelum press conference. Jangan ada yang kecil hati.

Beri pandangan je..jangan marah! Teringat bomba datang rumah hapuskan lebah yang bersarang di garaj kereta bertahun tahun, besar dah sarang lebah tu, takut bahayakan keluarga! Nasib baik ada anggota penyelamat..mereka datang tak kira masa. 

7 comments:

  1. agknya menteri ada perancangan lain kot.. tunggu ja pngumuman.. semua ada tanggungjwb dan beri bantuan msa negara dlm musibah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu dan lihat.
      Apa pun terima kasih kepada Menteri yang sanggup pulang dari luar negara sebab bantu dalam misi banjir dan company company, NGO yang membantu.

      Delete
  2. kadang-kadang terlepas pandang semua ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Apa khabar Safirul? Aduhaiii, lama betul dah tak bw.. Hmm, betul tu.. Nak bagi bantuan biarlah sama rata.. Xnak komen panjang2.. Tengok jelah.. Huhu..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut 2015 ya Saf. Hehehe tu hadiah dikembalikan kepada Etuza. kena returned..info tiacamana tu ya, alamat saf sebenarnya apa ya..aduh ..gawat ni nak hantar balik tapi nanti bagi alamat yang benar bro!

    ReplyDelete
  5. Etuza dah tebus tadi di pos laju ya..dah agak hadiah saf dikembalikan mujur sampai ya. Pernah tau 2013 ..etuza kirim produk berhara RM 400 lebih harga..ya Allah tak sampai di tempat yang di tuju..hadui..ada sampai tapi makcik tu tak nak sampaikan kepada yang di tuju sebab katanya dia di Kl anak buah kat kampung, makcik tu kembalikan kepada Etuza tapi tak sampai2..tak apa lah dah bukan rezeki lah tu. entah siapa lah yang bertuah dapat hadiah tu..Allah ja yang tahu..

    ReplyDelete
  6. Saf dah bagi phone number kan ..Etuza cek balik..di gmail

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.